Followers
Carian Dalam Blog Ini
Thursday, November 1, 2012
Laut Kasih 236
Laut Kasih 236
sebelum senja ini
ingin sekali kurenungi
sepasang matamu yang bening
kerana di sana
jika kupandang sedalam-dalam
terpancar nur laut kasihmu...
aku jadi rindu mengucup wangian kasihmu.
CNM
Laut Kasih 235
telah kutulis
sebaris namamu
dalam diari laut kasihku
agar anakcucu kita
bisa membacanya
bahawa mereka punyai
seorang ibu dan nenek yang kaya
dengan kasih dah sayang...
CNM
BULAN YANG GENIT (I)
BULAN YANG GENIT (I)
Bias cahaya di lorong malam
Umpama lohong gelap yang tak tergapaikan
Lantunannya membungkus pada setiap relung kusam
Antara celah cahaya yang mula merata berkilauan
Nyaman terasa semilir mula menguntum ranum.
Yang menjadi kerisauan puput angin yang memutus kasih
Amarah ada di tangannya
Nyeripun bersenandung berkias kata menyumpah
Gesaan dari ketidakmampuan mayapada inginkan cahaya.
Garis-garis waktu merangkul rajuk sayu luluh
Enggan mengasihi memberi cumbu rayu
Nyaman di bahu musim luruh
Ingin diungkit namun tak terucapkan kerana malu
Tertusuk kalbu lantaran bulan genit kini berlabuh.
Nukilan Pencinta Puisi.
Bayu
Segamat,Johor.
14.03.2012 @ 1105 hrs (Rabu).
Nyaman terasa semilir mula menguntum ranum.
Yang menjadi kerisauan puput angin yang memutus kasih
Amarah ada di tangannya
Nyeripun bersenandung berkias kata menyumpah
Gesaan dari ketidakmampuan mayapada inginkan cahaya.
Garis-garis waktu merangkul rajuk sayu luluh
Enggan mengasihi memberi cumbu rayu
Nyaman di bahu musim luruh
Ingin diungkit namun tak terucapkan kerana malu
Tertusuk kalbu lantaran bulan genit kini berlabuh.
Nukilan Pencinta Puisi.
Bayu
Segamat,Johor.
14.03.2012 @ 1105 hrs (Rabu).
MENTARI TUA
MENTARI TUA
Mentari tua menakjubkan tumpahkan cahaya menadah suria
Egotisme di tangan kanannya menghangatkan pentas musim malam
Nyala merah apinya adalah seberkas cahaya dari rasa cinta
Terserlah menitip suria kepada sedu seluruh alam
Aturan janjinya tidak pernah membelot putaran masa
Restunya dibisikkan pada angin yang meniup senyum
Impiannya juga tidak pernah terasa terkasima.
Tepat pada masa silih berganti
Usia tua membuat dirinya lelah namun tidak pernah berdendam hati
Amat mudah hulurkan jasa semudah ia tunaikan janji.
Nukilan Pencinta Puisi.
Bayu
Segamat,Johor.
14.03.2012 @ 1105 hrs (Rabu).
Aturan janjinya tidak pernah membelot putaran masa
Restunya dibisikkan pada angin yang meniup senyum
Impiannya juga tidak pernah terasa terkasima.
Tepat pada masa silih berganti
Usia tua membuat dirinya lelah namun tidak pernah berdendam hati
Amat mudah hulurkan jasa semudah ia tunaikan janji.
Nukilan Pencinta Puisi.
Bayu
Segamat,Johor.
14.03.2012 @ 1105 hrs (Rabu).
KIAMBANG
KIAMBANG
Kiambang bunga hijau dedaunan
Indah terapung hias berkias
Abadi mengamit arus sungai harapan
Malam hitam melarik doa di akar kian kudus
Barangkali sampai bilapun bungamu tanpa haruman
Apa yang tiada di hati selamanya bagus
Nyanyian yang kau dendangkan
Gemilang bagai dirimu yang selalu terurus.
Kiambang bunga hijau
Indah mudah mekar pada waktu pagi
Akar mencengkam air mengalir lesu
Manis wajah dalam sanjungan puji
Bingit suara merata pada taut di bahu
Akar tak jejak menyapa keriuhan pagi
Nasib dirimu bertaut di perdu juntai akarmu
Girang merimbun diri.
Kiambang pintar sembunyikan harum wangi
Ilustrasi kolam rasa seperti selalu
Antun menghias kamar hati
Menyamankan rasa bagai dingin salju
Bila dicintai berpegang pada janji
Alunan setianya membuai sudut kalbu
Namun setianya semudah ingkari janji
Gersangkan sayang seharu sayu.
Kiambang
Menerobos keheningan suasana sunyi
Ketika aku melihat kelip-kelip yang kusangka api
Aku berdiri dalam diri
Menggarap ekspedisi yang belum sempurna lagi
Belum boleh berhenti.
Kegelapan bersarang membatu
Tidak terlerai bagai biduk berlalu
Kiambang bertaut padu
Jangan dipandang serong kalau memang begitu.
Nukilan Pencinta Puisi.
Bayu.
Mersing,Johor.
29.11.2010. Jam: 0245 hrs.
Barangkali sampai bilapun bungamu tanpa haruman
Apa yang tiada di hati selamanya bagus
Nyanyian yang kau dendangkan
Gemilang bagai dirimu yang selalu terurus.
Kiambang bunga hijau
Indah mudah mekar pada waktu pagi
Akar mencengkam air mengalir lesu
Manis wajah dalam sanjungan puji
Bingit suara merata pada taut di bahu
Akar tak jejak menyapa keriuhan pagi
Nasib dirimu bertaut di perdu juntai akarmu
Girang merimbun diri.
Kiambang pintar sembunyikan harum wangi
Ilustrasi kolam rasa seperti selalu
Antun menghias kamar hati
Menyamankan rasa bagai dingin salju
Bila dicintai berpegang pada janji
Alunan setianya membuai sudut kalbu
Namun setianya semudah ingkari janji
Gersangkan sayang seharu sayu.
Kiambang
Menerobos keheningan suasana sunyi
Ketika aku melihat kelip-kelip yang kusangka api
Aku berdiri dalam diri
Menggarap ekspedisi yang belum sempurna lagi
Belum boleh berhenti.
Kegelapan bersarang membatu
Tidak terlerai bagai biduk berlalu
Kiambang bertaut padu
Jangan dipandang serong kalau memang begitu.
Nukilan Pencinta Puisi.
Bayu.
Mersing,Johor.
29.11.2010. Jam: 0245 hrs.
SEMAK
SEMAK
Semak di hutan batu lemas berdinding kaca
lena tak seindah selimut sutera
damai dalam riuh nista
bermandi cahaya neon warna dunia
pelita dan lilin hilang kerdipnya
bertali arus gempita rasa
menghimpit ruang masa sedepa di antara
berhutan batu berdinding kaca
fatamorgananya sukar dibaca
isi tak berjiwa indah di mata
penat mengejar putaran masa
relung laluan menipis jua
di hutan batu berdinding kaca
hangat selimut sutera neon warna dunia
namun rimas dan semak di kota minda.
~ Sekadar Catatan TintaMataPena ~
::AlangEynna::
Nov 1, 2012; 12:45 pm
pelita dan lilin hilang kerdipnya
bertali arus gempita rasa
menghimpit ruang masa sedepa di antara
berhutan batu berdinding kaca
fatamorgananya sukar dibaca
isi tak berjiwa indah di mata
penat mengejar putaran masa
relung laluan menipis jua
di hutan batu berdinding kaca
hangat selimut sutera neon warna dunia
namun rimas dan semak di kota minda.
~ Sekadar Catatan TintaMataPena ~
::AlangEynna::
Nov 1, 2012; 12:45 pm
♥ BuAt YaNg MeNgErTi ♥
♥ BuAt YaNg MeNgErTi ♥
Ingin aku pergi jauh darimu
agar rindu hadir dalam hatimu
saat itu kau akan tahu
untuk mencari di mana diriku
♥ SAYANG
RINDU rindu SAYANG ♥
♥ NuR QaSeH iLA ADiLa - NQIAZAS ♥
♥ SAYANG
RINDU rindu SAYANG ♥
♥ NuR QaSeH iLA ADiLa - NQIAZAS ♥
RINDU MENGALIR SAYU
RINDU MENGALIR SAYU
Rimas melihatnya kerana luka yang dalam
Impikan dirinya selalu kuntumkan senyum
Namun Ilahi mengasihi tiada zalim
Damba kasihku menjadi sebuah danau hitam
Umpama rinduku yang dibungkus muram.
Manjaku
Esok pagi bangunlah sayang
Nanti ayah beli baju baru
Gantungkan di bahu ibu tersayang
Apa-apa yang kurang bisik-bisik rindu dekat ibu
Lestari si tali layang-layang
Indah beradu di lurus siku ibu
Rindu ibu tumpah mengalir sayu selubung mendung.
Sering ibu basah-basah hati
Antara batas waktu dimamah mimpi
Yang ibu harap dirimu oh... sayangku selalu damai
Utuh dalam rindu ibu di jendela kamar abadi.
Nukilan Pencinta Puisi.
Bayu
Mersing,Johor.
09.05.2012 @ 0105 hrs (Rabu).
Umpama rinduku yang dibungkus muram.
Manjaku
Esok pagi bangunlah sayang
Nanti ayah beli baju baru
Gantungkan di bahu ibu tersayang
Apa-apa yang kurang bisik-bisik rindu dekat ibu
Lestari si tali layang-layang
Indah beradu di lurus siku ibu
Rindu ibu tumpah mengalir sayu selubung mendung.
Sering ibu basah-basah hati
Antara batas waktu dimamah mimpi
Yang ibu harap dirimu oh... sayangku selalu damai
Utuh dalam rindu ibu di jendela kamar abadi.
Nukilan Pencinta Puisi.
Bayu
Mersing,Johor.
09.05.2012 @ 0105 hrs (Rabu).
KETAWA ANGGUK-ANGGUK
KETAWA ANGGUK-ANGGUK
Kezaliman peradaban bermula di sini
Emil ada di rongga dada komputer
Tatacaranya berbagai-bagai
Ada yang bengis kemas kias berhibur
Walhal hari-hari memaki
Anotasi meliar hingar-bingar.
Ada insan berkata kasar bahasa parah
Niskala tanpa sahih
Gertak memukal ugut adab siasah
Gema di sana-sini damai orang tak kisah
Ungkit-ungkit siap siaga berpecah-belah
Kota jadi kotor bahunya merekah merah.
Apa gerangan
Niat kusut di tangan
Getar-getaran tiada keruan
Gempita warta belakangkan keamanan
Usulkan bara merah kemarahan
Ketawa angguk-angguk robohkan jambatan.
Nukilan Pencinta Puisi,
Bayu
Mersing,Johor.
15.06.2012 @ 2220 hrs (Jumaat).
Walhal hari-hari memaki
Anotasi meliar hingar-bingar.
Ada insan berkata kasar bahasa parah
Niskala tanpa sahih
Gertak memukal ugut adab siasah
Gema di sana-sini damai orang tak kisah
Ungkit-ungkit siap siaga berpecah-belah
Kota jadi kotor bahunya merekah merah.
Apa gerangan
Niat kusut di tangan
Getar-getaran tiada keruan
Gempita warta belakangkan keamanan
Usulkan bara merah kemarahan
Ketawa angguk-angguk robohkan jambatan.
Nukilan Pencinta Puisi,
Bayu
Mersing,Johor.
15.06.2012 @ 2220 hrs (Jumaat).
BAYU
BAYU
Bayu bertiuplah bayu demi denyut nadi nafasku
Antara mimpi-mimpiku degup di jantungku
Yang telah engkau pangku sedari lahirku
Umumnya jasadmu selalu menderu ciptakan rindu.
Bayu bertiuplah bayu bawalah rinduku
Agar bila tiba musim tengkujuh pada era baru
Yang resahkan garis-garis berjuta rasa rindu
Usahlah alihkan janjimu dengan mematikan nyamanmu.
Nukilan Pencinta Puisi.
Bayu
Mersing,Johor.
15.06.2012 @ 2030 hrs (Jumaat).
Bayu bertiuplah bayu bawalah rinduku
Agar bila tiba musim tengkujuh pada era baru
Yang resahkan garis-garis berjuta rasa rindu
Usahlah alihkan janjimu dengan mematikan nyamanmu.
Nukilan Pencinta Puisi.
Bayu
Mersing,Johor.
15.06.2012 @ 2030 hrs (Jumaat).
AKU TIDAK BERFOYA-FOYA
AKU TIDAK BERFOYA-FOYA
Aku tidak berfoya-foya
Mencari kekasih di meja jodoh
Aku tidak berfoya-foya
Mencari juita di riuh jum heboh
Aku tidak bergoya-foya
Mencari minah di kota raya
Aku tidak berfoya-foya
Mencari wanita di rumah papa.
Aku selalu tanam budi bahasa
Dan
Tidak berfoya-foya
Mengundang liku sesat jalan
Lohong lorong titian ke Neraka.
Aku tidak berfoya-foya
Yang aku cari
Ialah insan kasuma
Yang rajin bekerja bendang sawah sendiri
Tuai padi yang pandai merunduk di huma
Hiasi diri
Hasilnya lohong lorong jalan titian ke Syurga
Terdapat di kota lumayan dijual beli
Yang awal dulunya
Terjalin di bahu bukit pada luas tanah padi
Aku tidak berfoya-foya
Kecuali rimbunkan sayang kasuma di huma.
Nukilan Pencinta Puisi.
Bayu
Mersing,Johor.
15.06.2012 @ 1230 hrs (Jumaat).
Aku tidak bergoya-foya
Mencari minah di kota raya
Aku tidak berfoya-foya
Mencari wanita di rumah papa.
Aku selalu tanam budi bahasa
Dan
Tidak berfoya-foya
Mengundang liku sesat jalan
Lohong lorong titian ke Neraka.
Aku tidak berfoya-foya
Yang aku cari
Ialah insan kasuma
Yang rajin bekerja bendang sawah sendiri
Tuai padi yang pandai merunduk di huma
Hiasi diri
Hasilnya lohong lorong jalan titian ke Syurga
Terdapat di kota lumayan dijual beli
Yang awal dulunya
Terjalin di bahu bukit pada luas tanah padi
Aku tidak berfoya-foya
Kecuali rimbunkan sayang kasuma di huma.
Nukilan Pencinta Puisi.
Bayu
Mersing,Johor.
15.06.2012 @ 1230 hrs (Jumaat).
Tanah Wakaf Ini
Tanah Wakaf Ini
Tanah ini aku jejaki
tanah ini aku lewati
selawat serta salam
buat nabi junjungan
bila sahaja kakiku, aku turunkan
di tanah ini
tanah persinggahan yang kekal abadi
tanah wakaf dari taman-taman firdausi
taman syurga milik Ilahi.
Selawat serta salam aku panjatkan lagi
bila pintu gerbang tanah ini aku lewati
buat nabi junjungan
dan para penghuninya yang kekal di sini
sebelum akhir masa yang dijanji
Al-Fatihah aku mula panjati
kepada setap ahlinya di perbaringan ini.
Al-Fatihah!
Sekali lagi aku sedekahkan
bila sahaja langkahanku terhenti di liang lahad ini
sebagai kamar kecil abadi
sebelum dibangunkan di padang masyar nanti
seperti yang telah dijanji Ilahi
Al-Fatihah kulanjuti lagi
untuk para jenazah yang bakal menjadi penghuni.
Al-Fatihah
terus aku panjatkan kepada Ilahi
sebagai sedekah buat diriku sendiri
semuga tanah ini
semuga di tanah wakaf ini
menjadi tempat istirehatku, kembali
dan diterima jenazahku suatu hari nanti
seperti yang telah dijanji oleh Ilahi.
Selawat serta salam
kulafazkan sekali lagi
bila langkahanku mula meninggali
tanah persemadian yang abadi
dan Al-Fatihah kususuli
sebelum kita semua ditemukan kembali
di tanah ini
tanah dari taman-taman syurga Ilahi
tanah wakaf ini.
Al-Fatihah.
ss/spl/pm ... 1/11/2012.
bila sahaja kakiku, aku turunkan
di tanah ini
tanah persinggahan yang kekal abadi
tanah wakaf dari taman-taman firdausi
taman syurga milik Ilahi.
Selawat serta salam aku panjatkan lagi
bila pintu gerbang tanah ini aku lewati
buat nabi junjungan
dan para penghuninya yang kekal di sini
sebelum akhir masa yang dijanji
Al-Fatihah aku mula panjati
kepada setap ahlinya di perbaringan ini.
Al-Fatihah!
Sekali lagi aku sedekahkan
bila sahaja langkahanku terhenti di liang lahad ini
sebagai kamar kecil abadi
sebelum dibangunkan di padang masyar nanti
seperti yang telah dijanji Ilahi
Al-Fatihah kulanjuti lagi
untuk para jenazah yang bakal menjadi penghuni.
Al-Fatihah
terus aku panjatkan kepada Ilahi
sebagai sedekah buat diriku sendiri
semuga tanah ini
semuga di tanah wakaf ini
menjadi tempat istirehatku, kembali
dan diterima jenazahku suatu hari nanti
seperti yang telah dijanji oleh Ilahi.
Selawat serta salam
kulafazkan sekali lagi
bila langkahanku mula meninggali
tanah persemadian yang abadi
dan Al-Fatihah kususuli
sebelum kita semua ditemukan kembali
di tanah ini
tanah dari taman-taman syurga Ilahi
tanah wakaf ini.
Al-Fatihah.
ss/spl/pm ... 1/11/2012.
MEMANDANG KE LANGIT (3)
MEMANDANG KE LANGIT (3)
Saya terdiam seketika. Kata orang tua-tua diam kerana 'Malaikat lalu'. Jeda.
Saya tidak pernah memandang segalanya dari perspektif seperti itu.
Bulan di kaitkan dengan kesedihan, kesayuan, kesepian, kesunyian dan
kerinduan yang menyentap tangkai hati. Sedangkan bintang pula di kaitkan
dengan pengharapan, impian, dan ketenangan.
*****
Kata Dia: Itu sebabnya bila memandang ke langit, lihat segalanya.
Jangan hanya memandang bulan semata mata kerana cahayanya lebih terang.
Kenapa mesti menghadkan diri pada sesuatu yang hanya membuatkan awak
bersedih. Senyumlah, awak. Alam ciptaan Tuhan sangat luas.
Cuba
awak pejamkan mata dan bayangkan bahawa setiap bintang itu seperti
serangkaian tasbih yang mengiringi awak dalam melewati untaian butiran
suka-duka, derita-bahagia perjalanan sebuah kehidupan. Malam ini, awak
juga boleh anggap bintang-bintang tersebut sebagai tanda ingatan saya
untuk awak. Hadiah dari seorang sahabat buat sahabatnya.
Walau semendung mana langit malam, bintang-bintang di hati tetap akan bergemerlapan menemani awak.
*****
Saya pejamkan mata, memandang langit luas terbentang. Akhirnya saya telah faham.
Bibir mengukir senyuman, tulus dari jiwa. Saya suka dengan perumpamaan yang dia berikan.
Selamat malam, sahabat. Selamat malam, kasih. Dalam hati ada bulan, ada bintang dan ada harapan.
-LM/HN 01112012-
*****
Kata Dia: Itu sebabnya bila memandang ke langit, lihat segalanya.
Jangan hanya memandang bulan semata mata kerana cahayanya lebih terang.
Kenapa mesti menghadkan diri pada sesuatu yang hanya membuatkan awak bersedih. Senyumlah, awak. Alam ciptaan Tuhan sangat luas.
Cuba awak pejamkan mata dan bayangkan bahawa setiap bintang itu seperti serangkaian tasbih yang mengiringi awak dalam melewati untaian butiran suka-duka, derita-bahagia perjalanan sebuah kehidupan. Malam ini, awak juga boleh anggap bintang-bintang tersebut sebagai tanda ingatan saya untuk awak. Hadiah dari seorang sahabat buat sahabatnya.
Walau semendung mana langit malam, bintang-bintang di hati tetap akan bergemerlapan menemani awak.
*****
Saya pejamkan mata, memandang langit luas terbentang. Akhirnya saya telah faham.
Bibir mengukir senyuman, tulus dari jiwa. Saya suka dengan perumpamaan yang dia berikan.
Selamat malam, sahabat. Selamat malam, kasih. Dalam hati ada bulan, ada bintang dan ada harapan.
-LM/HN 01112012-
MEMANDANG KE LANGIT (2)
MEMANDANG KE LANGIT (2)
Dia pula lebih suka memilih untuk berada di tengah padang. Berbaring di
atas rumput, melihat bintang sambil memuji keindahan alam ciptaan
Tuhan.
Kata Dia: Awak tahu kenapa saya suka memandang bintang dan bukannya bulan?
Sama seperti awak, saya selalu mendengar arwah ayah saya bercerita tentang bintang.
Kata ayah, bulan hanya satu. Walau ramai yang meminati bulan, tak siapa
boleh berkata dengan yakin yang bulan tu kepunyaannya. Tapi
bintang-bintang berlainan sekali. Setiap orang ada bintang tersendiri,
bintang yang bersinar untuk dirinya sahaja. Bintang yang begitu setia
memerhatikan dia. Itu sebabnya bila kita pandang ke langit dan nampak
bintang yang khusus untuk kita, hati akan terasa lapang.
Awak
tahu, pada masa itu saya kurang faham apa yang ayah ingin sampaikan.
Namun, sekarang, bila sudah berumahtangga, barulah saya mengerti.
Setiap orang memang ada bintang mereka sendiri yang tersendiri. Bila
kita merasa disayangi dan bila kita sendiri menyayangi seseorang atau
keluarga kita, mereka bagaikan bintang yang menyinari kegelapan malam.
Bintang itu saya namakan 'bintang di hati'. Bintang yang memberi
kekuatan di saat kita lelah. Bintang yang menyokong dan memberi harapan
bila kita tewas dengan permainan dunia.
-bersambung
-LM/HN 01112012-
Kata ayah, bulan hanya satu. Walau ramai yang meminati bulan, tak siapa boleh berkata dengan yakin yang bulan tu kepunyaannya. Tapi bintang-bintang berlainan sekali. Setiap orang ada bintang tersendiri, bintang yang bersinar untuk dirinya sahaja. Bintang yang begitu setia memerhatikan dia. Itu sebabnya bila kita pandang ke langit dan nampak bintang yang khusus untuk kita, hati akan terasa lapang.
Awak tahu, pada masa itu saya kurang faham apa yang ayah ingin sampaikan. Namun, sekarang, bila sudah berumahtangga, barulah saya mengerti.
Setiap orang memang ada bintang mereka sendiri yang tersendiri. Bila kita merasa disayangi dan bila kita sendiri menyayangi seseorang atau keluarga kita, mereka bagaikan bintang yang menyinari kegelapan malam. Bintang itu saya namakan 'bintang di hati'. Bintang yang memberi kekuatan di saat kita lelah. Bintang yang menyokong dan memberi harapan bila kita tewas dengan permainan dunia.
-bersambung
-LM/HN 01112012-
~ Kelopak Cinta Di Lautan Kasih ~
~ Kelopak Cinta Di Lautan Kasih ~
Tika dingin salju kasih
menyinggah perdu
di lautan syahdu
gemerlapan rindu
menghiasi lelangit
Berpaut reranting rindu
membuncah semu
jendela hati merungkai
madu cinta, saat
rembulan memancar sinar
Terusik kenangan silam
menggamit pilu
merubah redup rindu
di kala rembulan
menatap sayu
Cinta embunan
di telapak dedaunan
kekeringan belaian
layu di tasik rindu
menggapai sayup
Di setiap penjuru cinta
kucoretkan lukisan hati
bersalut keemasan
kasih, yang kutaburkan
dalam istana rindu
Hanya bebayang
pengganti, bisa
melenyapkan kemelut
rindu, walau rawanku
disakiti...
'Kelopak Cinta Di Lautan Kasih'...rindu tak berpenghuni...
1hb November 2012 Khamis
2.45am
csnq
menghiasi lelangit
Berpaut reranting rindu
membuncah semu
jendela hati merungkai
madu cinta, saat
rembulan memancar sinar
Terusik kenangan silam
menggamit pilu
merubah redup rindu
di kala rembulan
menatap sayu
Cinta embunan
di telapak dedaunan
kekeringan belaian
layu di tasik rindu
menggapai sayup
Di setiap penjuru cinta
kucoretkan lukisan hati
bersalut keemasan
kasih, yang kutaburkan
dalam istana rindu
Hanya bebayang
pengganti, bisa
melenyapkan kemelut
rindu, walau rawanku
disakiti...
'Kelopak Cinta Di Lautan Kasih'...rindu tak berpenghuni...
1hb November 2012 Khamis
2.45am
csnq
~ hilangnya sinar damai ~
~ hilangnya sinar damai ~
tika resah tiba
kusut mengalut mencengkap jiwa
bila kusam hati derita
jiwa kacau macam nakgila
gelak tawa serba tidak kena
menangis tidak tentu masa
tinjaulah jauh dalam diri
mengapa jiwa tidak tenteram
lihatlah sejadah mana tersimpan
mana tersoroknya surah Yassin
ingatkan kembali arah kiblat
alQuran atas meja hanya hiasan
sekuat mana dugaan datang
setajam mana tajamnya bicara nista
sekuat itulah dinding iman
setajam itu jugalah kilasan taqwa
Tuhan hanya menduga
pada umatnya yang mampu hadapi ujiannya
~ hilangnya sinar damai bila kita semakin lalai pada suruhan Tuhan ~
01/11/2012
jueaffendi
gelak tawa serba tidak kena
menangis tidak tentu masa
tinjaulah jauh dalam diri
mengapa jiwa tidak tenteram
lihatlah sejadah mana tersimpan
mana tersoroknya surah Yassin
ingatkan kembali arah kiblat
alQuran atas meja hanya hiasan
sekuat mana dugaan datang
setajam mana tajamnya bicara nista
sekuat itulah dinding iman
setajam itu jugalah kilasan taqwa
Tuhan hanya menduga
pada umatnya yang mampu hadapi ujiannya
~ hilangnya sinar damai bila kita semakin lalai pada suruhan Tuhan ~
01/11/2012
jueaffendi
- Titisan Rindu ~
- Titisan Rindu ~
Tika bergema kerinduan
membelenggu rawanku
terbangkit kembali
nostalgia semalam
di hati yang lara
Renjisan kasih syahdu
terungkaplah bicara
menitip sayup sendu
di pusara cinta
membias relung rindu
Remang cinta bertaut
menganyam buih-buih
kasih, melayari bahtera
rindu, di persada tenunan
istana menanti
Di tebing cinta bermukim
gelora kasih, meredah
samudera rindu
membungkam kemelut
asa yang pilu...
'Titisan Rindu'...dalam redup cinta terhalang...
31hb Oktober 2012 Rabu
11.58pm
csnq
di hati yang lara
Renjisan kasih syahdu
terungkaplah bicara
menitip sayup sendu
di pusara cinta
membias relung rindu
Remang cinta bertaut
menganyam buih-buih
kasih, melayari bahtera
rindu, di persada tenunan
istana menanti
Di tebing cinta bermukim
gelora kasih, meredah
samudera rindu
membungkam kemelut
asa yang pilu...
'Titisan Rindu'...dalam redup cinta terhalang...
31hb Oktober 2012 Rabu
11.58pm
csnq
Subscribe to:
Posts (Atom)