Khamis Itu
Khamis itu
ligat aku mencipta alasan
menggunung tinggi harapan
melepak bersama rakan
selepas tahlil di pekan
khamis itu
rakan mengajar ilmu baru
gulungan tembakau busuk berbau
dibakar disedut berkongsi satu
aku ahli baru
khamis itu
ayah sabar menunggu
di laman rumah berteman kopi susu
anak sulung belum bertamu
risau mula memain lagu
khamis itu
pelajaran baru
ayah hanya diam membisu
pelukan hangat membungkus jasadku
linangan air mata sayu, pilu
khamis itu
baru kutahu
MAHAL air mata itu
maaf aku derhaka kepadamu
aku sayangkanmu...ayah
1123161113
a.K
Manjung
Followers
Carian Dalam Blog Ini
Showing posts with label Asmir Kasbon. Show all posts
Showing posts with label Asmir Kasbon. Show all posts
Tuesday, November 12, 2013
Sunday, November 10, 2013
Bila Rindu
Bila Rindu
Sebak dada menahan sayu
mengalir jua air mata
hanya di kaca televisyen
namun cukup menggantung jiwa
perginya meninggalkan seribu percintaan
walau sejarah menjadi perantara
seakan berlaku di depan mata
hijrah
mekah ke madinah
berbekal iman teguh
bawah lindungan Allah
bersama sahabat sedarah
kini sepertiga dunia
Alhamdulillah, aku dalam kalimah
sungguh perasaan itu menggamit
terlalu banyak datang berkait
aku lemah, aku rindu
aku tahu Dia tahu
hanya itu cita terakhirku
semakin lama, semakin aku bisu...
0723061113
a.K
lumut
Sebak dada menahan sayu
mengalir jua air mata
hanya di kaca televisyen
namun cukup menggantung jiwa
perginya meninggalkan seribu percintaan
walau sejarah menjadi perantara
seakan berlaku di depan mata
hijrah
mekah ke madinah
berbekal iman teguh
bawah lindungan Allah
bersama sahabat sedarah
kini sepertiga dunia
Alhamdulillah, aku dalam kalimah
sungguh perasaan itu menggamit
terlalu banyak datang berkait
aku lemah, aku rindu
aku tahu Dia tahu
hanya itu cita terakhirku
semakin lama, semakin aku bisu...
0723061113
a.K
lumut
Putih
Putih
Putih tetap putih
jangan diubah menjadi pelangi
jangan seperti kiasu pagi
petang menjadi sepi
rakan yang rugi
Putih tetap putih
tiada perlu kaucacatkan
tiada perlu kaucelakakan
kerana kautidak diperlukan
hadirmu parasit kehidupan
Putih tetap putih
lambang suci bersih
jangan disisih
idaman pemuja kasih
Putih tetap putih
0623081113
A.K
Lumut
Putih tetap putih
jangan diubah menjadi pelangi
jangan seperti kiasu pagi
petang menjadi sepi
rakan yang rugi
Putih tetap putih
tiada perlu kaucacatkan
tiada perlu kaucelakakan
kerana kautidak diperlukan
hadirmu parasit kehidupan
Putih tetap putih
lambang suci bersih
jangan disisih
idaman pemuja kasih
Putih tetap putih
0623081113
A.K
Lumut
Saturday, November 9, 2013
Ayah
Ayah
Pilu
anak-anak balik menyerbu
semua sayu
irama yasin kedengaran syahdu
ibu menangis sedu
aku...pilu
jasad terbujur kaku
cerita semalam berputar laju
rotan, sindiran itu kurindu
ayah, teman, dan juga guru
hilang tiada ganti buatku
kini, seakan di depan mata
cerita kembali di minda
damailah engkau di sana
terang di sisi-Nya
sungguh..aku rindu AYAH.
0100551113
A.K
Lumut
*al-fatihah buat arwah Kasbon Abdullah. Genap 2 tahun seminggu berangkat bertemu yang Satu. Moga ditempatkan bersama yang dilindungi-Nya. amin.
Pilu
anak-anak balik menyerbu
semua sayu
irama yasin kedengaran syahdu
ibu menangis sedu
aku...pilu
jasad terbujur kaku
cerita semalam berputar laju
rotan, sindiran itu kurindu
ayah, teman, dan juga guru
hilang tiada ganti buatku
kini, seakan di depan mata
cerita kembali di minda
damailah engkau di sana
terang di sisi-Nya
sungguh..aku rindu AYAH.
0100551113
A.K
Lumut
*al-fatihah buat arwah Kasbon Abdullah. Genap 2 tahun seminggu berangkat bertemu yang Satu. Moga ditempatkan bersama yang dilindungi-Nya. amin.
Thursday, November 7, 2013
Luka Semalam
Luka Semalam
Kukutip sisa semalam
menjadi paksi perjalanan ini
berbekas sindiran sepi
merobek dasar hati
datang kembali sepi
menyapa empunya hati
terbuai dek lamunan
hilang semua kekusutan
mencari seberkas sinar
berpanjangan cahaya kehidupan
melirik, senyum keseorangan
gila mengejar peradaban
masih di sini
persimpangan antara persimpangan
termangu, bergelut fikiran
jalan antara jalan
meninggalkan kisah semalam
yang pasti, luka masih bersarang
3012201013
A.K
Lumut
Kukutip sisa semalam
menjadi paksi perjalanan ini
berbekas sindiran sepi
merobek dasar hati
datang kembali sepi
menyapa empunya hati
terbuai dek lamunan
hilang semua kekusutan
mencari seberkas sinar
berpanjangan cahaya kehidupan
melirik, senyum keseorangan
gila mengejar peradaban
masih di sini
persimpangan antara persimpangan
termangu, bergelut fikiran
jalan antara jalan
meninggalkan kisah semalam
yang pasti, luka masih bersarang
3012201013
A.K
Lumut
Saturday, November 2, 2013
Aku Tak Malu
Aku Tak Malu
Makan tak pakai sudu
Mata mencari budu
Berlengging tiada baju
Aku tak malu
Sebab masih melayu
Salam di muka pintu
Tak kira bila waktu
Tetamu selalu ditunggu
Aku tak malu
Sebab masih melayu
Veteran semakin layu
Remaja makin kuyu
Ada yang seperti kutu
Aku tak malu
Sebab masih melayu
Keluarga nombor satu
Rakan taulan bersatu
Untung sabut untung batu
Aku tak malu
Sebab masih melayu
Engkau, aku tak mahu tahu
Yang penting aku MELAYU
Aku tak malu
A.K
Puchong
Makan tak pakai sudu
Mata mencari budu
Berlengging tiada baju
Aku tak malu
Sebab masih melayu
Salam di muka pintu
Tak kira bila waktu
Tetamu selalu ditunggu
Aku tak malu
Sebab masih melayu
Veteran semakin layu
Remaja makin kuyu
Ada yang seperti kutu
Aku tak malu
Sebab masih melayu
Keluarga nombor satu
Rakan taulan bersatu
Untung sabut untung batu
Aku tak malu
Sebab masih melayu
Engkau, aku tak mahu tahu
Yang penting aku MELAYU
Aku tak malu
A.K
Puchong
Monday, October 28, 2013
Panggilan Itu
Panggilan Itu
Aku rindu
menjadi tetamu
Dia yang Satu
Tak tertanggung
saban waktu
lukisan itu di mataku
mengalir titis syahdu
sendu
Aku rindu
menjadi tetamu-Mu
panggilan itu
keramat buatku
Aku rindu
1716321013
A.K
Sg Petani
Aku rindu
menjadi tetamu
Dia yang Satu
Tak tertanggung
saban waktu
lukisan itu di mataku
mengalir titis syahdu
sendu
Aku rindu
menjadi tetamu-Mu
panggilan itu
keramat buatku
Aku rindu
1716321013
A.K
Sg Petani
Sunday, October 27, 2013
Kesamaran
Kesamaran
Putih tidak putih
Hitam tidak hitam
Terang tiada siang
Gelap tiada malam
Pelacur bukan pelacur
Pengemis bukan pengemis
Penjarah masih menjarah
Tapi
Perlukah untuk menilai?
Hebatkah kita?
Syurga tempat kita?
Di mana tanggungjawab kita?
Kerana akhirnya
Minda kita pakaian kita
1209251013
A.K
Kulai
Putih tidak putih
Hitam tidak hitam
Terang tiada siang
Gelap tiada malam
Pelacur bukan pelacur
Pengemis bukan pengemis
Penjarah masih menjarah
Tapi
Perlukah untuk menilai?
Hebatkah kita?
Syurga tempat kita?
Di mana tanggungjawab kita?
Kerana akhirnya
Minda kita pakaian kita
1209251013
A.K
Kulai
Janji Pasti
Janji Pasti
Indah tenang syahdu
Perasaan dibalik senyuman
Nikmat redha
Janji Allah itu pasti
Tidak cepat mahu lambat
Yang akhirnya
Insan yang yakin
Mampu mengukir senyuman itu
Alhamdulillah
1000201013 A.K
Indah tenang syahdu
Perasaan dibalik senyuman
Nikmat redha
Janji Allah itu pasti
Tidak cepat mahu lambat
Yang akhirnya
Insan yang yakin
Mampu mengukir senyuman itu
Alhamdulillah
1000201013 A.K
Tuesday, October 15, 2013
Masa lalu
Masa lalu
Senyum riang
Tiada masalah
Setiap detik hanya bermain
Mata kuyu masih culas tidur
Indahnya menjadi mereka
Kalaulah masa boleh berputar kembali
Akulah yang paling riang
Anak bongsu anak manja
Kesayangan semua orang
Alangkah indahnya...
A.K
Lumut
Senyum riang
Tiada masalah
Setiap detik hanya bermain
Mata kuyu masih culas tidur
Indahnya menjadi mereka
Kalaulah masa boleh berputar kembali
Akulah yang paling riang
Anak bongsu anak manja
Kesayangan semua orang
Alangkah indahnya...
A.K
Lumut
Monday, October 14, 2013
Dugaan
Dugaan
Rindu bertandang
Lama tiada menitip
Minda bergendang
Akal tebal teritip
Kucoret sebagai ingatan
Tiada cepat perlahan
Kuat lawan syaitan
Semua ujian tuhan
Janji Allah pasti
Tiada Dia menzalimi
Yang sakit diubati
Sulam cinta bersemi
Kita insan lemah
Melakon watak diberi
Dugaan cuba diterjemah
Untuk terus berdikari
Ingat, Allah maha penyayang...
060830Okt13
A.K
Sg Petani
Rindu bertandang
Lama tiada menitip
Minda bergendang
Akal tebal teritip
Kucoret sebagai ingatan
Tiada cepat perlahan
Kuat lawan syaitan
Semua ujian tuhan
Janji Allah pasti
Tiada Dia menzalimi
Yang sakit diubati
Sulam cinta bersemi
Kita insan lemah
Melakon watak diberi
Dugaan cuba diterjemah
Untuk terus berdikari
Ingat, Allah maha penyayang...
060830Okt13
A.K
Sg Petani
Saturday, October 12, 2013
Nikmat
Nikmat
Tarik, tertarik
Panas sedikit
Senyum melirik
Hilang semua sakit
Hurmm..nikmatnya nescafe
011026Okt13
A.K
Siti awan
Tarik, tertarik
Panas sedikit
Senyum melirik
Hilang semua sakit
Hurmm..nikmatnya nescafe
011026Okt13
A.K
Siti awan
Friday, October 11, 2013
Pejuang Perjuangan
Pejuang Perjuangan
Manis kata-kata
Persis pujangga tua
Ilmu penuh di dada
Mendongak tiada
Senyum kala perlu
Agar tiada keliru
Tidak mengaku guru
Mengelakan haru biru
Perjuangan belum berakhir
Ibarat ombak menghempas pasir
Takut zuriat diusir
Mencari pengalaman elok bermusafir
Kata nista makanan harian
Yang putih kaubuat pakaian
Adab santun buah fikiran
Marhaen sentosa nilai hantaran
Indah manusia pada fikiran
Bersih warisan nilai peradaban
Senyum tanda kepuasan
Meniti kemakmuran dan kegemilangan
301620Sep13
A.K
Lumut
Manis kata-kata
Persis pujangga tua
Ilmu penuh di dada
Mendongak tiada
Senyum kala perlu
Agar tiada keliru
Tidak mengaku guru
Mengelakan haru biru
Perjuangan belum berakhir
Ibarat ombak menghempas pasir
Takut zuriat diusir
Mencari pengalaman elok bermusafir
Kata nista makanan harian
Yang putih kaubuat pakaian
Adab santun buah fikiran
Marhaen sentosa nilai hantaran
Indah manusia pada fikiran
Bersih warisan nilai peradaban
Senyum tanda kepuasan
Meniti kemakmuran dan kegemilangan
301620Sep13
A.K
Lumut
Saturday, September 28, 2013
Panggilan buat ibu
Panggilan buat ibu
Tetamu datang tetamu pergi
Peluk cium kasih insani
Ibu menangis lagi
Aku memandang sepi
Dua tahun engkau mengadap ilahi
Gurau senda dibuat-buat
Menghilangkan perasaan kelat
Pesan ibu jangan tinggal solat
Supaya arwah sentiasa dekat
Bawah doa sekalian malaikat
Insya allah semuanya berkat
Panggilan kaabah ibu sahuti
Namun tanpa payung disisi
Aku mengerti ibu tersakiti
Doaku utus kau pergi
Kasih Allah empunya diri
Ibu,
Anakmu terlalu menyayangimu
Sampaikan salam kepada pemilik ilmu
Doa..bercahaya ayah disitu
Sungguh aku terlalu pilu
Merindui saat-saat dia bersamaku
Syukur allah menjemputmu..ibu
281330Sep13
A.K
Kulai
Tetamu datang tetamu pergi
Peluk cium kasih insani
Ibu menangis lagi
Aku memandang sepi
Dua tahun engkau mengadap ilahi
Gurau senda dibuat-buat
Menghilangkan perasaan kelat
Pesan ibu jangan tinggal solat
Supaya arwah sentiasa dekat
Bawah doa sekalian malaikat
Insya allah semuanya berkat
Panggilan kaabah ibu sahuti
Namun tanpa payung disisi
Aku mengerti ibu tersakiti
Doaku utus kau pergi
Kasih Allah empunya diri
Ibu,
Anakmu terlalu menyayangimu
Sampaikan salam kepada pemilik ilmu
Doa..bercahaya ayah disitu
Sungguh aku terlalu pilu
Merindui saat-saat dia bersamaku
Syukur allah menjemputmu..ibu
281330Sep13
A.K
Kulai
Friday, September 27, 2013
Azimat buat Alisha
Azimat buat Alisha
Telah tersurat itu takdirmu
Aku menerima pilu
Sejenak diri ini bercelaru
Namun ini anugerah terindah
Untuk insan yang bergelar ibu, anakku
Alisha
Kasihku selalu untukmu
Jiwaku untukmu
Usahlah kamu ragu
Kamulah pengikat kalbu
Kamu senyumanku
Kamu sinar hidupku
Kamu jiwaku
Kamu tanggungjawabku
Kelak kamu penyelamatku
Alisha
Kuatlah untukku
Pelangikan hidupmu
Teruskan langkah itu
Dunia ini milikmu, anakku
Hanya satu pintaku
Ukirlah senyuman disepanjang hayatmu
Agar kubahagia sebagai ibu
Kerana aku terlalu menyayangimu
Alisha anakku...
262318Sep13
A.K
Lumut
Telah tersurat itu takdirmu
Aku menerima pilu
Sejenak diri ini bercelaru
Namun ini anugerah terindah
Untuk insan yang bergelar ibu, anakku
Alisha
Kasihku selalu untukmu
Jiwaku untukmu
Usahlah kamu ragu
Kamulah pengikat kalbu
Kamu senyumanku
Kamu sinar hidupku
Kamu jiwaku
Kamu tanggungjawabku
Kelak kamu penyelamatku
Alisha
Kuatlah untukku
Pelangikan hidupmu
Teruskan langkah itu
Dunia ini milikmu, anakku
Hanya satu pintaku
Ukirlah senyuman disepanjang hayatmu
Agar kubahagia sebagai ibu
Kerana aku terlalu menyayangimu
Alisha anakku...
262318Sep13
A.K
Lumut
Thursday, September 26, 2013
Potret Buat Puteriku
Potret Buat Puteriku
Tangisan itu sangat pilu
Menusuk jauh dalam kalbu
Sebak dadaku
Puteri tak lena beradu
Benang tebal berselirat
Seperti kusutnya mindaku
Tangisan itu kembali menyatu
Aku diam membisu
Tiada kata tiada lagu
Dodoi buat puteriku
Sebal sakit bertamu
Berlagak kuat buat kamu
Agar engkau tahu
Ayahmu menyayangimu
Lebih dari yang engkau tahu
Puteriku
Kuatlah untuk aku
Kembalikanlah senyumanmu
Agar kita kembali seperti selalu
Gelak tawa nangis bersatu
Gurau mengusik nakal ibu
Ayah rindukanmu
Allah...sembuhkanlah puteriku
250039Sep13
A.K
Lumut
Tangisan itu sangat pilu
Menusuk jauh dalam kalbu
Sebak dadaku
Puteri tak lena beradu
Benang tebal berselirat
Seperti kusutnya mindaku
Tangisan itu kembali menyatu
Aku diam membisu
Tiada kata tiada lagu
Dodoi buat puteriku
Sebal sakit bertamu
Berlagak kuat buat kamu
Agar engkau tahu
Ayahmu menyayangimu
Lebih dari yang engkau tahu
Puteriku
Kuatlah untuk aku
Kembalikanlah senyumanmu
Agar kita kembali seperti selalu
Gelak tawa nangis bersatu
Gurau mengusik nakal ibu
Ayah rindukanmu
Allah...sembuhkanlah puteriku
250039Sep13
A.K
Lumut
Wednesday, September 25, 2013
Musibat
Musibat
Indah khabar dari rupa
Mengharap bulan jatuh ke riba
Akhirnya terlena seketika
Tatkala musuh datang menerpa
Ego tidak bertempat
Nafsu mengawal darjat
Kita digelar musibat
Teruskanlah lenamu sahabat
Kelak engkau menongkat
Jangan pula menagih berkat
Kerna dulu aku MUSIBAT
Semoga berjaya sahabat
211347Sep13
A.K
Lumut
Indah khabar dari rupa
Mengharap bulan jatuh ke riba
Akhirnya terlena seketika
Tatkala musuh datang menerpa
Ego tidak bertempat
Nafsu mengawal darjat
Kita digelar musibat
Teruskanlah lenamu sahabat
Kelak engkau menongkat
Jangan pula menagih berkat
Kerna dulu aku MUSIBAT
Semoga berjaya sahabat
211347Sep13
A.K
Lumut
Naluri Hamba
Naluri Hamba
Luka itu masih berdarah
Luar molek dalam parah
Jiwa hilang arah
Mencari ubat hilangkan amarah
Ini kehendak-Nya
Menguji sabar yang masih bersisa
Melatih bertatih menidak rasa
Tiada kejam tiada zalim maha Pencipta
Doa meniti di bibir
Meski pelakon di balik tabir
Drama semenjak lahir
Mencari kesimpulan terakhir
Aku
Redha kehendak-Nya
Hamba tiada upaya
Hidup berlandas nas-Nya
Moga dalam rahmat-Nya
200111Sep13
A.K
Lumut
Luka itu masih berdarah
Luar molek dalam parah
Jiwa hilang arah
Mencari ubat hilangkan amarah
Ini kehendak-Nya
Menguji sabar yang masih bersisa
Melatih bertatih menidak rasa
Tiada kejam tiada zalim maha Pencipta
Doa meniti di bibir
Meski pelakon di balik tabir
Drama semenjak lahir
Mencari kesimpulan terakhir
Aku
Redha kehendak-Nya
Hamba tiada upaya
Hidup berlandas nas-Nya
Moga dalam rahmat-Nya
200111Sep13
A.K
Lumut
Pejuang
Pejuang
Kita pejuang
Demi sesuap nasi
Demi kelangsungan hidup
Demi anak bangsa
Demi negara tercinta
Demi kalamullah
Kita pejuang
Kesudahan yang boleh dinilai
Kesudahan yang boleh dijangka
Kesudahan yang kita inginkan
Kesudahan yang memerlukan pengorbanan
Walau depan penuh liku
Walau depan penuh duri
Walau depan penuh palsu
Walau depan penuh janji
Kita tetap berjuang
Bukan kerana kemegahan
Jauh sekali keduniaan
Kerana kita dilahirkan sebagai pejuang
Hanya dua pilihan
Baik buruk
Kanan kiri
Hitam putih
Syurga neraka
Yang akhirnya meletakan nilai kita
Sebagai seorang pejuang
Kerana akhirnya kita tetap berjuang
190016Sep13
A.K
Lumut
Kita pejuang
Demi sesuap nasi
Demi kelangsungan hidup
Demi anak bangsa
Demi negara tercinta
Demi kalamullah
Kita pejuang
Kesudahan yang boleh dinilai
Kesudahan yang boleh dijangka
Kesudahan yang kita inginkan
Kesudahan yang memerlukan pengorbanan
Walau depan penuh liku
Walau depan penuh duri
Walau depan penuh palsu
Walau depan penuh janji
Kita tetap berjuang
Bukan kerana kemegahan
Jauh sekali keduniaan
Kerana kita dilahirkan sebagai pejuang
Hanya dua pilihan
Baik buruk
Kanan kiri
Hitam putih
Syurga neraka
Yang akhirnya meletakan nilai kita
Sebagai seorang pejuang
Kerana akhirnya kita tetap berjuang
190016Sep13
A.K
Lumut
Piala Merdeka
Piala Merdeka
Semua orang bergembira
Satu Malaysia riang ria
OKS senyum, tidak leka
FAM lega seketika
DKRG pening kepala
Pemain perlu dibela
Menang dapat piala
Kalah sakit kepala
Penonton buka mata
Menang saja diminta
Mengaumlah Harimau Malaya
Carikan Nusantara
Gegarkan dunia
150402Sep13
A.K
Sg petani
Semua orang bergembira
Satu Malaysia riang ria
OKS senyum, tidak leka
FAM lega seketika
DKRG pening kepala
Pemain perlu dibela
Menang dapat piala
Kalah sakit kepala
Penonton buka mata
Menang saja diminta
Mengaumlah Harimau Malaya
Carikan Nusantara
Gegarkan dunia
150402Sep13
A.K
Sg petani
Subscribe to:
Posts (Atom)