Followers

Carian Dalam Blog Ini

Showing posts with label Saniah Masri. Show all posts
Showing posts with label Saniah Masri. Show all posts

Thursday, March 28, 2013

''DARI MATA KE HATI''

''DARI MATA KE HATI''

SAAT MERELAKAN CINTA BERTAKHTA DI HATI,
HADIR SELEMBUT BAYU,
KASIH BERSULAM CINTA SETIA MENANTI,
KALAU MEMANG HARUS BEGITU.

GURAUAN BERKASIH,
SELAMAT DATANG CINTA,
DARI MATA KE HATI,
MERAIH CINTA BERTINTA SAYANG,
DIKURNIAKAN UNTUKKU.

KALAU DAH SUKA BUKAN TAK SUDI,
RIBUT CINTA DI TAMAN SYURGA,
SINGGAHLAH DI HATI ,
KU SERU NUR KASIHMU,
JANGAN KAU UCAP
SELAMAT TINGGAL CINTA..

saniah binti masri
10:20pm
24/03/2013

Sunday, February 17, 2013

KE EGOAN LELAKI

KE EGOAN LELAKI
oleh Saniah Masri pada pada 14hb Februari 2013 pukul 3.13 ptg ·
kau lelaki
derita tanpa putus asa
tak akan tumpah
airmata walau setitis.
airmata lelaki
bukan mainan
tiada tumpah
tanpa paksa'an
tewas dengan
sekelumit alasan
airmatanya
tumpah kerana kepiluan
ayah yang derita
jiwa anak melayang

airmata lelaki
tanda ke egoan
tumpahnya jua
tanda kasih sayang

ilham suri
saniah masri
felda selancar 2
segamat
joho

ANAK-ANAK ISLAM DEKAD INI

ANAK-ANAK ISLAM DEKAD INI

Anak dekad ini
cukup kenal apa itu mega tv
apa itu internet, apa itu astro
apa itu korodor raya multimedia

tapi,,,,
adakah anak dekad ini
cukup benar mencintai allah
mengenal rasulullah
menyunjung alqur'an
menegakan ke utuhan islam

banggakah kita?
mengikut perubahan duniawi
hingga luputnilai ketimuran
gugur pakaian kesopanan
tergadai darjat kemulia'an
yang memilukan
lupa islam sebagai pegangan

anak anak dekad ini
tidakterdetik kah rindu?
rindu untuk memiliki
peribadi persis puteri rasulullah
keimanan sejitu puteri junjungan
usah beri alasan
yang zaman kita, zaman mereka
berbeza???

benar,,,
iman kita tidak seteguh
saidina abu bakar
tidak sepadu
omar al khattab
tidak sejitu rabiatul adawiah

namun kita punya akal
punya hati
anugerah rabbul izzati
untuk tidak menilai
yang hak dan batil

anak kita dekad ini
bersatulah,,,
kita tegakan keutuhan islam
kita bangunkan kalimah Allah
kita pastikan islam terpasak kukuh
di bumi ini!!!
kita tengelamkan,,,anasir hina
penggugat iman

pada saat itu
baru kita punya hak untuk berbangga
bila insan hidup dalam kebuluran
atas landasan kebenaran di bawah
rahmat dan kasih ilah
usahakanlah!
agar itu bukan impian semata-mata

ingatlah!!!
kalau bukan sekang, bila lagi?
kalau bukan di sini, mana lagi?
kalau bukan kita, siapa lagi?
usahakanlah wahai anak anak islam

nukilan
saniah masri
no 20 felda selancar 2
segamat
johor
04 30pm
11/2/2013

Saturday, February 16, 2013

RUMAH USIA

RUMAH USIA

oleh Saniah Masri pada pada 13hb Januari 2013 pukul 4.08 ptg ·

Kita penghuni rumah usia
sekadar menyewa untuk selamanya
bukan hitungan harta

qadaq dan qadar adalah perjanjian
bukan kemahuan fikiran
setibanya usia berabuh
sesaat tiada lagi tertangguh

di rumah usia bukan penentuan masa
biarlah usia itu pencipta sejahtera
menimbus dosa dosa di liang pahala

perancangan kita
ketika di rumah usia
sekadar doa semesta
nikmat dan berkat atas anugerahnya
selagi berhayat biar lah berrahmat

esok atau lusa
warisan ini di jajah sepi
setelah di geruni kalibat sendiri
hanya mampu bernafas sepi

esok atau lusa
perangi kelalaian kita
teladani warisan tua
moga kita tidak sesal
ketika melewati rumah usia
muhasabah diri
pada yang maha esa

ilham suri
saniah masri
felda selancar 2,segamat
johor
13/01/2013
4.06 pm