Followers

Carian Dalam Blog Ini

Showing posts with label Hariz Ameran. Show all posts
Showing posts with label Hariz Ameran. Show all posts

Thursday, October 25, 2012

Balik kampung

Balik kampung

Semangatku bermula dari petang tadi
Siap-siap merapikan diri
Memeriksa kereta berulang kali
Agak malapetaka tidak terjadi

Lebuhraya tadi sesak
Kereta dan lori ade banyak

Hampir sampai di Melaka
Aku ditimpa malapetaka
Yang terkoyak itu tayar kereta
Nasib baik aku tidak apa-apa

Nasib baik ada peronda lebuhraya
Membantu aku menukar tayar
Kini aku sudah sampai di desa tercinta
Niatku hendak beraya dengan orang tua

Terima kasih kepada Peronda Lebuhraya

Tuesday, October 16, 2012

Hatiku

Hatiku

Sudahku tampal lubang-lubang yang ada
Sudahku jahit luka-luka yang ada
Sudahku ubati sakit-sakit yang ada
Sudahku sakit menanggung semuanya

Hatiku terluka lagi
Hatiku dihiris lagi
Hatiku dikisar lagi
Hatiku dihancurkan lagi

Sakitnya..

Monday, October 15, 2012

jadual WANG HANTARAN MENGIKUT TARAF PENDIDIKAN..

jadual WANG HANTARAN MENGIKUT TARAF PENDIDIKAN..

UPSR, PMR/SRP : RM1,000 – RM3,000
SPM : RM3,000 – RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000 – RM12,000
DEGREE : RM12,000 – RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000 – RM20,000
PHD : RM20,000 – RM30,000

Kebiasaannya sekarang, pihak perempuan akan minta wang hantaran sebanyak RM10,000 atau lebih. Fikirkan, bagaimana mahu mencari duit yang sebanyak itu? Sebab itulah ramai yang pinjam ALONG untuk TOLONG mereka kahwin dan akhirnya TERLOLONG begitu sahaja (tak mampu bayar pinjaman).

Duit tak ada, tapi hati ingin kahwin,
Apalah dayaku..
Minta pada ayah, mintak pada ibu,
Minta pada kakak, minta pada abang,

Pesanan : Ikutlah sunnah Rasulullah, jimat dan berpahala (=
Mood : santai~

Saturday, September 29, 2012

LAYANG

LAYANG

Ketika kecil
Aku suka main layang-layang
Berlari menarik tali mengharapkan ia terbang
Seronoknya..

Ketika besar
Sudah pandai hantar surat layang
Tulisan cantik dan ada hiasan bunga
Sukanya..

Ketika besar
Dah ada isteri
Ingat nak pasang satu lagi
Tapi takot ada pinggan melayang
Alahai...

Hahahaha.sekadar gurauan

Monday, September 24, 2012

Kepenatan Hilang Seketika

Kepenatan Hilang Seketika

Melayan kerenah pelanggan
Menunaikan semua permintaan
Memasak masakan
Sungguh kepenatan

Selepas siap semua
Aku mengintai laman Tinta Hati Menitip Kata
Gelak ketawa gurau senda
Kepenatan hilang seketika

Kini perluku undurkan diri
Mahu rehatkan diri ini
Esok sudah menjalankan tugas untuk negara
Persediaan Perdana Menteri membentangkan Bajet 2013 untuk semua

Maafkan diri ini andai telah menyinggung perasaan
Selamat malam dan assalamualaikum

Sunday, September 23, 2012

Kau telah pergi

Kau telah pergi

Malam tadi
Aku bermimpi
Kaudatang lagi
Seperti malam-malam sebelum ini
Aku berlari
Mengejar dirimu yang belum pasti
Aku berlari lagi
Dan aku berhenti
Termenung kusendiri
Bilakah kauakan terus pergi?
Kenapakah tidak datang kembali?
Apakah kautidak sudi menemui diri ini?
Aku terjaga daripada mimpi
Duduk sejenak berfikir pagi-pagi
Sampai bilakah akan kuterus begini?
Hingga hari ini aku masih tidak boleh melepaskan kaupergi
Hingga hari ini diri ini masih tidak dapat menerima bahawa kautiada lagi
Tiada dalam hati tiada dalam jiwa ini tiada lagi memijak bumi ini

Keindahan Hari Ini

Keindahan Hari Ini

Aku bersyukur
Apabila kubuka mata, terdapat cahaya
Aduh, silau mataku!
Tandanya aku masih ada penglihatan

Aku bersyukur
Apabila kudengar kicauan burung
Wah, merdunya!
Tandanya aku masih ada pendengaran

Kuperiksa anggota badanku
Aku bersyukur semua yang dipinjamkan kepadaku masih ada
Kesihatan perlu dijaga
Kerana mahu hidup lama
Berbakti pada semua
Mahu mak dan ayah bangga
Hari Ahad aku rehat-rehat sahaja
Esok hari Isnin mula kerja
Tidak sabar menanti gaji pada hari Selasa!

Sunday, September 9, 2012

HAMPIR SERUPA TAPI TIDAK SAMA

Siapakah kamu yang sebenarnya?
Adakah kamu adalah dia?
Apakah dia adalah kamu?
Jawapanku tetap sama
Kami hampir serupa tetapi tidak sama.

Mereka membandingkan aku dan dia
Bagiku tidak sama sebenarnya
Pelbagai soalan diterjahkan kepadaku
Jawapanku tetap sama
Kami hampir serupa tapi tidak sama

Andai aku Shah Rukh Khan
Semestinya aku boleh menukar baju dalam masa yang singkat sambil menari-nari di taman bunga

Andai aku Jackie Chan
Semestinya aku boleh melawan sepuluh orang dengan tenagaku sendiri sambil melakukan aksi-aksi lagak ngeri

Andai aku P.Ramlee
Semestinya aku boleh berlakon dan bernyanyi sambil mengarah filem sendiri

Namun hakikatnya aku adalah aku
Mempunyai kelemahan tersendiri
Mempunyai kelebihan tersendiri
Jawapanku tetap sama
Kami hampir serupa tapi tidak sama

Idea asal SEAKAN SAMA TAPI TAK SERUPA oleh SAZALEE SULAIMAN