Followers

Carian Dalam Blog Ini

Showing posts with label Puteri Hanny. Show all posts
Showing posts with label Puteri Hanny. Show all posts

Thursday, November 7, 2013

USAI

USAI

kesendirian ini
mengusai segala memori
yang dikambus sepi
seakan tidak kusedari

kesendirian ini
kadang aku hargai
insafi apa saja diri
doa sering kusulami

kesendirian ini
kucuba membina aksara
penuh cinta berahi
moga kekal membara

kesendirian ini
bina cinta bina rasa
bina semua berani
tapi dengan izinNYA ..abadi...

kesendirian ini
hanya aku ladeni
syukur dan nikmati
moga tidak terketepi

kesendirian ini...syukur Ya Illahi.

HONEY
MUAR

JANGANLAH

JANGANLAH

sayang
jangan merajuk
tika aku diam padamu
bukan aku tidak rindu
tapi kadang malu

sayang
jangan marah
tika aku tidak menyapa
bukan sengaja begitu
aku takut menganggu

sayang
jangan resah
kerana aku selalu ada
biar hanya memerhati
mendoakan kau sentiasa diberkati

sayang janganlah...

HONEY
MUAR
19102013

Tuesday, October 29, 2013

JANGANLAH

JANGANLAH

sayang
jangan merajuk
tika aku diam padamu
bukan aku tidak rindu
tapi kadang malu

sayang
jangan marah
tika aku tidak menyapa
bukan sengaja begitu
aku takut menganggu

sayang
jangan resah
kerana aku selalu ada
biar hanya memerhati
mendoakan kausentiasa diberkati

sayang janganlah...

HONEY
MUAR
19102013

Tuesday, September 24, 2013

JARINGAN INDAH

JARINGAN INDAH

di sini
lembah mewangi
menjalin mesra
pada kasih tercurah
akrab demi sillahturrahim
tidak ada dusta mencelah
menghancurkan jaringan indah
terikat dengan simpulan persaudaraan
berkat dari kuasaNYA
kita menganyam bersama
InnshaaALLAH

HONEY
MUAR
11:24:27

Wednesday, June 26, 2013

BILAKAH ITU BERLAKU

BILAKAH ITU BERLAKU

sering bermain dengan rasa
mencari pasti yang terhalang
dari kelonan dosa lampau
biar bertaburan ampun pada yang ESA
tetap terpandang laman yang berlalang
kerna leka pada dunia yang penuh payau
tapi keyakinan pada janjiNYA
sering berlagu soalan itu
bilakah akan berlaku
jasad dan badan akan terpisah
dari alam nyata ke alam barazakh
Ya Allah..
ampunkan aku hambaMU

HONEY
MUAR
11:55:47
24062013

Friday, June 21, 2013

10 pp

10 pp
...tidak seperti yang lain..
kau membuatkan aku sentiasa berwaspada
...hamdulilah..

2B7K: Biarlah

2B7K: Biarlah
....hendak menguji hati aku
silakan hingga puas...

Thursday, June 20, 2013

10pp

Puteri Hanny
10pp
...aku seperti lelayang putus tali..keluhan sahabat...tenangkan hatimu selalu...

10pp

Puteri Hanny
10pp
....ditegur tidak menjawap...dibiar kata sombong..jadi pusing kepala den...

Thursday, January 24, 2013

TERSIMPUL

TERSIMPUL

pada janji sendiri
tersimpul mati
lelah di atas pedati sepi
entah bila akan berhenti
sisa kasih terdampar di hati
mencari diri...

HONEY
MUAR
20012013

PELUPA

PELUPA

telah menjadi pelupa
bila usia memanjat
kena terima hakikat
cuba tambah bekalan akhirat
itu pun
kalau aku tidak pelupa.

HONEY
MUAR
20012013

Wednesday, October 10, 2012

SEBAK

SEBAK

mengenal diri
payah mencari
tapak yang hilang
kambus ditutup pasir
sebak
jika jejak tidak dapat dijejak..?

HONEY
MUAR
11:11:57