Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, November 12, 2013

AKU DUDA ISTERIMU(Drama)

AKU DUDA ISTERIMU(Drama)

Pagi yang indah, Isnin bertuah. Suasana kampung Sri Markisa aman dan damai. Hujan semalam mendinginkan bumi. Mata yang keletihan menambahkan berat untuk dibuka; kelopaknya. Bunga mawar yang berkembang mengeluarkan aroma semerbak mewangi menambahkan lagi kesucian suasana kampung.

Suasana yang damai kian terencat dipancar sinar mentari. Embun meniti kini berlari, dikejar sinaran hilanglah air yang membasahi tangkai-tangkai mawar. Aromanya tadi mula menyepi wangiannya kian pudar.

Sepasang mempelai kebongkokkan di tengah halaman. Pengantin baru telah dikhaskan pekerjaan mereka. Bergotong royong mencuci belanga diisyaratkan bagai saling bahu membahu untuk menghadapi segala rintangan, ketikanya nanti bahtera yang baru dibina, terumbang-ambing dibadai ribut kehidupan.

Aku melihat, tidak sampainya hati. Membiarkan mereka bergelumang sendiri. Kerak kuali memang sukar untuk dibasmi. Perlu disental kudrat lelaki yang gagah berani lagikan perkasa seperti aku.

Apa diharap tenaganya pengantin baru. Semalam mendayung mungkin pagi ini terdampar di tepian pantai kasih. Sudahlah letih seharian ditatap mata tetamu. Mereka dirai dari terbit mentari sehinggalah rembulan beradu. "Kesian mereka"

Aku merapat untuk menghulurkan bantuan. Kerana semalam aku kelewatan tiba ke rumah sahabatku ini. Kereta kupandu terdampar di jalan berbatu. Rosak gerangan terpaksa ditunda ke bengkel Pak Saman.

Aku memberi salam seraya menegur. Hajat menolong aku kata ingin dihulur. Pantas sahabatku menunjukkan dapur memanggil si isteri ingin diperkenalkan kepadaku dimasyhur.

Sayang di sayang, hajat dihulur terpaksa berkubur. Tatkala bertentang mata pandanganku kabur. Gegak gempita di hening suasana. Aku tersungkur berpinar mata di tangga dapur.

'JENG JENG JENG'

Ish! mana pula datangnya muzik latar ni. Aduhai!....

Kawanku bertanya keluarganya menyapa. Kenapa gerangan aku pengsan tiba-tiba. Adakah penyakit atau salah makannya...psst "Dorang takut aku keracunan makanan" hihihi...sehingga terjelepok jatuh di tangga dapur.

Mulutku tergagap takut disalah anggap. Namun kukuatkan juga semangat yang hinggap. Pantas berkata keluarlah suara...

"Akulah duda isterimu itu"

Hihihihi, adessss...sekian...TAMAT.

Sazalee Sulaiman ... 12/11/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment