Kenangan Yang Tertinggal
Ada yang masih tertinggal di sini
Kenangan yang pernah kita lalui
Sekalipun tak secantik wajahmu
Tak seindah sinar matamu
Namun membekas dalam hatiku
Walaupun kini kausemakin jauh dariku
Walaupun kausudah tak mungkin dapat kumilik lagi
Walaupun setiap kemungkinan terlalu sulit untukku dapati
Namun aku tetap yakin kauadalah memori yang tak mungkin dilupakan
Nukilan Hati,
Hayatie Mn
Brunei
Followers
Carian Dalam Blog Ini
Showing posts with label Hayatie Mn. Show all posts
Showing posts with label Hayatie Mn. Show all posts
Wednesday, January 2, 2013
Monday, December 31, 2012
KERINDUANKU
KERINDUANKU
Kerinduanku semakin menggunung dalam hatiku...
Hanya hujan airmata yang menjadi temanku mencurahkan rindu ini...
Kegalauan hatiku semakin mendalam...
Merintih dalam hatiku yang kesepian ini..
Bilakah kerinduanku ini akan terhapus semuanya?....
Nukilan Hati,
Hayatie Mn
Brunei.
31/12/2012 (12:00 noon)

Thursday, December 13, 2012
ERTI PERASAAN
ERTI PERASAAN
Di kala aku merindu
Ingin aku tulis sejuta rasa yang terindah....
Ingin rasanya aku berkisah tentang semua keinginanku..
Di saat ini seolah aku sulit mencari
Dermaga yang berairkan tinta emas
Pena antik untuk mengukirnya
Aku takut terdampar di pulau sana
Yang penuh dengan tiada kepastian di penghujungnya.
Nukilan Hati
Hayatie MN
Brunei
13/12/2012....9:50pm
Dermaga yang berairkan tinta emas
Pena antik untuk mengukirnya
Aku takut terdampar di pulau sana
Yang penuh dengan tiada kepastian di penghujungnya.
Nukilan Hati
Hayatie MN
Brunei
13/12/2012....9:50pm
Saturday, November 24, 2012
TINGGAL KENANGAN
TINGGAL KENANGAN
Segala kenangan terlintas dalam bayanganmu
Tiada waktu untuk melupakanmu
Segala yang pernah kita lakukan
Disaat kita selalu bersama.....
Kini hanyalah tinggal kenangan
Namun diri ini selalu berharap
Agar kita dipertemukan lagi
Dan bersatu untuk mendapatkan kebahagian...
Seperti yang telah kita cita-citakan
Bak karang dilautan, berilah aku kesempatan
Menebus semua kesalahan yang pernah aku lalukan....
Nukilan Hati,
Hayatie Mn
Brunei....
24/11/2012....

Wednesday, November 21, 2012
RINDU
RINDU
Malam yang dingin
Sampaikan rinduku padanya
Dingin angin malam
Bisikan dia betapa aku menyayanginya
Mimpi indah sekali
Hadirlah dalam lena tidurku
Kusampaikan salam betapa aku sangat merinduinya
Semakin hari semakin kuat hati ini menanti kehadirannya dalam hidupku.
Nukilan Hati,
Hayatie Mn
Brunei
Mimpi indah sekali
Hadirlah dalam lena tidurku
Kusampaikan salam betapa aku sangat merinduinya
Semakin hari semakin kuat hati ini menanti kehadirannya dalam hidupku.
Nukilan Hati,
Hayatie Mn
Brunei
Saturday, November 17, 2012
CINTA
CINTA
Kauhadir kerana perkenalan
Kaubersemi kerana perhatian
Kaubertahan kerana kesetian
Kaubisa gugur kerana kebohongan.
Cinta
Kaubangun kerana kekesalan
Kaubersemi kerana taatmu pada-Nya
Kaubisa bertahan kerana sentiasa mengingati Nya
Namun Cinta kekal selama-lamanya hanya pada ALLAH.....
Nukilan Hati
Hayatie Mn
Brunei
Cinta
Kaubangun kerana kekesalan
Kaubersemi kerana taatmu pada-Nya
Kaubisa bertahan kerana sentiasa mengingati Nya
Namun Cinta kekal selama-lamanya hanya pada ALLAH.....
Nukilan Hati
Hayatie Mn
Brunei
Sunday, November 4, 2012
CINTA SETINGGI BINTANG
CINTA SETINGGI BINTANG
Itulah cinta yang tinggi setinggi bintang
Seakan-akan mentari berupaya meraih cintanya
Dan purnama merayunya dengan ungkapan cinta
Di sebalik cahayanya yang terang...
Cinta meraih cita-cita yang tinggi
Cinta berkesungguhan meraih cinta yang tinggi setinggi bintang..
Hingga cinta yang dapat membeda emas dan logam
Hingga hari-hari cinta lalui dengan seorang diri
Tanpa hadirnya cinta sejati yang setinggi bintang...
Nukilan Hati
Hayatie MN
Btunei Darussalam.

Sunday, October 7, 2012
“Terlalu Sayang”
“Terlalu Sayang”
Dulu ketika dia hidup,
Baktinya berbunga dan berbuah kasih sayang,
Dia teman hidupku
Di wajahnya ada NUR yg menceriakan dan ketenangan
Luka bertukar suka
Pahit ditelan manis
Segala derita hilang entah ke mana
Hanya dengan senyuman di wajahnya.
Aku tau dia pasti pergi
Saban hari aku mendoakannya
Tetapi dia tetap pergi jua selamanya
Sesungguhnya aku tidak tegar kehilangannya
Kehilangannya satu penyiksaan
Ikatan aku dan dia terlalu kuat
Biar berjauhan sekali pun
Aku tidak merasakan apa-apa
Bukan aku menghalang ketentuan Allah
Tetapi kerana aku terlalu sayang...
terlalu sayang padanya....
Tegarnya Allah merampas kekasihku
Apakah Allah ingin melihat aku berduka?.
Sekarang aku redha kehilangannya
Kerana ada Allah menjaganya di sana
Ada mahligai untuknya
Menanti aku ke sana.
Dia telah pergi
Bersama kasih sayang yang telah kami semai bersama
Segala kenangan aku dan dia di dunia
Terbina indah selama-lamanya.
Aku belajar menerima kehilangan..
Kehilangan dalam kehidupan...
Bukan aku tidak sanggup...
Kerana aku terlalu sayang
Kerana aku tidak mampu menerima hakikatnya
Kerana ikatan aku dan dia terlalu kuat.
Biarlah pahit, semuanya satu suratan dalam kehidupan.....
05/10/2012,
Hayatie Mn,
Brunei,

Subscribe to:
Posts (Atom)