Followers

Carian Dalam Blog Ini

Showing posts with label Alang Eynna. Show all posts
Showing posts with label Alang Eynna. Show all posts

Sunday, November 10, 2013

TUANGKAN WANGIAN NAN SECANGKIR

TUANGKAN WANGIAN NAN SECANGKIR

Sekitar yang hanyir
terbawa hidu semilir
menular di setiap desir
menyesak kelibat yang hadir

halilintar memetir
bukan salah takdir
jejak yang tercicir
menghilang mungkir.

Sekitar yang hanyir
tuangkan wangian nan secangkir.

~AE/061113~
::TintaMataPena::
...YangMerahItuSaga.

Tuesday, September 24, 2013

MENGEJA AKSARAMU

MENGEJA AKSARAMU

Di sana, hela nafasmu sejuta rasa
langkah tarimu dipersenda
cemar magismu sentuhan rasa
nian selokamu di hujung pena
dan, aku sekadar mengeja aksaramu
entahkan senada maksud garapanmu
namun aku cuba mengerti
dari sudut beku nan bisu, di sini.

~AE/120913~
TintaMataPena
::YangMerahItuSaga::

BELUM PERNAH MUNGKIR

BELUM PERNAH MUNGKIR

Memijak pepasir
lakaran terukir
hilang bersama air
rempuhan yang mengalir
seringkali hadir
bagai mengusir
lewat semilir.

Belum pernah mungkir.

~AE/090913~
TintaMataPena
::YangMerahItuSaga::

Monday, September 23, 2013

FASA AKHIR, PARAH...

FASA AKHIR, PARAH...

Ketika ia sudah memuntah
hanyirlah seluruh lembah
mungkin bisa punah,

ketika ia sangat parah
tak terkutip segala resah
mungkin hanya menadah,

sesal yang tak sudah
meratap air mata darah
amarah menjadi barah,

membilang salah
tanpa sudah.

~AE/060913~
YangMerahItuSaga.

Monday, August 5, 2013

SEBENTAR CUMA

SEBENTAR CUMA

Sebentar cuma
sapaan yang menggoda
memimpin lemah sang jiwa

bukan payah dirangkul
cuma sukar dipikul
dari ketukan sunyi
entah terkesan bunyi
entah berhenti tak bererti
kesalkah nanti tatkala pergi
dan berlalu bak mimpi

kerana sebentar cuma
sekilasnya, seperti tak bermakna.

~AE/010813~

Thursday, July 18, 2013

10PP: MANISNYA GULA

10PP: MANISNYA GULA

Pujian serta sanjungan itu berbahaya, kadangkala membawa racun membinasa; berwaspada.

~AE/17JULAI13~

Monday, July 15, 2013

TARIKH LUPUT

TARIKH LUPUT

Ketika sendu berpaut pada jantung
ada yang Maha Agung
menjaga dan menolong.

Kenapa sering sombong
melihat tapi kosong
ada jiwa lohong,

dan denyut jantung
tetap akan dipotong!
usah memuja sombong.

~AE/13JULAI13~

Sunday, July 14, 2013

KEMBARA RAMADHAN

KEMBARA RAMADHAN

Kembara ramadhan pun bermula
semoga perjalanannya terjaga
hingga kemenangannya terasa
tanda cinta buat yang ESA
syukur atas rahmatNYA.

Raikan ramadhan dengan keinsafan.

~AE/10JULAI13~
::1RAMADHAN1434::

Sunday, July 7, 2013

CERMIN RASA

CERMIN RASA

Berkaca di cermin rasa
yang jelas belum nyata
kabur di sebalik dusta
mimpi berkabus nista
lilitkan sempadan rahsia
tak akan pecah terduga
biarkan diam berjeda

cermin rasa suluh jiwa.

~AE/7JULAI13~

TANGIS

TANGIS

Hentikanlah tangis
usah terus menghiris
darah bagai direnjis
setiap detik menitis
tekad tak pernah habis

ketawa menggilis
wajah-wajah iblis
suatu saat, engkau pasti menangis!

~AE/6JULAI13~

Friday, July 5, 2013

KACA DI DINDING DELIMA

KACA DI DINDING DELIMA

Seperti kaca di celahan dinding delima
merahnya menutup silau mata
tersembunyi akan bisanya
luka melukakan pinggir jiwa

dan merahnya menutup luka
seakan tiada.

~AE/JULAI13~

SENGKETA

SENGKETA

Hanyir dalam selut noda
semilir iri manusia
membusut prasangka
pecah memuntah sengketa
manusia sering lupa.

~AE/JULAI13~

MASANYA PASTI TIBA

MASANYA PASTI TIBA

Lontaran bicara itu tanpa suara
larut dalam seribu bahasa
menyimpul keramat makna rahsia
berbunga takziah bersama luka
sisipan rindu perwaris bangsa
jalannya penuh peluru bermata
mendambakan cinta yang setia
melindung jiwa nestapa
biarpun sejasad nyawa
masanya pasti ada.

~AE/JULY13~

Sunday, June 30, 2013

DURI

DURI

Selangkah mencari erti
di hadapan penuh ranjau dan duri
cekal dan teguh azimat diri

duri akan menjadi permaidani.

AE/29JUNE13

SUNGAI HATI

SUNGAI HATI

Andai sungai hatimu mengalir lesu
zikirkan aliran arusmu
agar segar dan jernih selalu.

Maafkan sekitar sungai hatimu
yang mendekatkan daki dan debu
bersihkan dari terus membelenggu.

Pesanan buat hati sendiri
::AE/29JUNE13::

PERCA-PERCA CERITA

PERCA-PERCA CERITA

Engkau hanya perca-perca cerita
terbanglah dibawa angin ke mana jua
biar hilang dari pandangan mata
usah singgah menjenguk hiba
mencubit lara yang tiada.

Engkau perca-perca cerita lama
usah mimpi dijahit semula
hanya mengundang sakit pastinya.

AE/29JUNE13
Bingkisan Cerita

Friday, June 21, 2013

SEORANG AKU

SEORANG AKU

Andai sutera di tanganmu
dan kaca di kakiku
yang terpijak olehku
sedang sutera itu
tidak layak buatku
biarkanlah terus begitu
luka itu milikku
dan kau pasti tahu
seorang aku.

~AE/19JUNE13~

A D I L

A D I L

Hati yang jengkel
suara yang memanggil,

jiwa yang kerdil
akal yang membedil
nafsu yang degil
kerana jahil.

Hidup perlu adil.

::Dinihari kian sunyi::
~AE/JUNE13~

Thursday, June 20, 2013

BADUT DAN KASUT

BADUT DAN KASUT

Jenaka yang semakin tawar
riuh senda tercalar
hasut yang melebar
kusut wajah lukisan sukar
cerita tak terselam ke dasar
pesona semakin pudar
lontaran tawa tersasar,

dia badut, hatinya terbakar
kasut tak bertukar.

::TintaMataPena::
~AE/JUNE13~

Tuesday, May 28, 2013

IRONINYA, BARAT DAN TIMUR

IRONINYA, BARAT DAN TIMUR

Barat dan timur itu perbezaan
sempadan garisan pertembungan
sifat perantaraan membezakan
santun dan jerkah melontar berbandingan
simpulan erat membekam peraturan
mungkar dan sukar sebuah percaturan
makna mimpi tak pernah seiringan
lontaran kesengsaran menakutkan
melakar peradaban setiap insan.

Insan tetap insan
barat dan timur jaraknya lautan
gelora terpisah dari akal tanpa kewarasan
barat dan timur hanya perbezaan
isinya bakal dibentangkan, kemudian.

#AE/28MAY2013;14:05#