Followers

Carian Dalam Blog Ini

Showing posts with label Sibuta Puisi. Show all posts
Showing posts with label Sibuta Puisi. Show all posts

Wednesday, December 12, 2012

~ sekahnya dahan cintaku ~

‎~ sekahnya dahan cintaku ~

gamitan ungkapan jiwa
membelah kesepian hati
membuncah rindu
melebarkan kasih
antara sekahnya dahan cintaku

terdampar di muara
letih lesu tak bermaya
penuh keliru mengaburi mata
merangkak mencapai ranting-ranting kesetiaan
cuba bangun dari hayalan

pukulan sindiranmu
ugutan dan celaan
bergendang setiap sudut fikiran
buat aku longlai
kelam ketakutan
antara sekahnya dahan cintaku

butir-butir mutiara setiamu
memancarkan sinar
bahang cintamu tetap terasa
lambaian kasihmu tetap kelihatan
buncahan rindumu masih jelas kedengaran
antara sekah dahan cintaku

apakan dayaku..aku masih ketakutan
sekahnya dahan cintaku
tawarnya azimat cintaku
bukan kehendakku
aku tidak mampu menungkah arus
untuk sampai kemuara kasih

Sibuta Puisi
Tanjung Gila
Kelang Bandar DiRaja
12.12.12
02.12

Monday, December 10, 2012

~ EPIGONI ~

~ EPIGONI ~

berjuang dalam perjuangan
memartabatkan indahnya mainan kata
halusnya seni bahasa
adakalanya merintih dalam bersyair
zaman berzaman bersulam tangisan
kerana usaha dipersia-sia

karyawan kelmarin
mengukir di belahan kulit kayu
menulis bersama kapur dan kalam batu
tanpa jemu demi indahnya seni pusaka
berjanggut panjang terlupa mencukur
urutan janggut punca ilhamnya

kini menjelma
parasit bahasa tiada pekerti
olahan cantik sesuka hati
pencarian ilmu tiada berguru
terhina kerana kepandaian meniru
adakah layak menjamah darjat
epigoni

modennya zaman
tidak akan merosakan perjuangan
segelintir karyawan menegakan panji
kesasteraan melayu
mereka inilah
epigoni zaman moden
tidak akan hilang melayu di dunia
selagi bahasa terpelihara

Epigoni teruskan perjuanganmu
sehingga kiamat datang

Sibuta Puisi
Kelang Bandar DiRaja
10.12.2012
12.12 malam

Friday, December 7, 2012

~ Negeri Perak ~

~ Negeri Perak ~

terkenal sejarah silamnya
hasil perlombongan tidak terkira
daerah Larut, Gopeng, Kampar
hasil bijehnya melimpah ruah
dari bumi melimpahkan kekayaan

Hutan Hujan DiRaja Belum.
kaya dengan biodeversitinya
belbagai flora dan fauna
indahnya refflesia menjadi kebanggaan
harimau, badak sumbu, gajah
penghuni liar rimba
enggang berterbangan menambah nilainya

rendang tok, pulut durian
mee udang banjir Kuala Sepetang
punya peminatnya
kopi puteh kopitiam
jadi kebanggaan deria selera
limau tambun, jambu batu, durian
hasil dari ladang jua dusun
menambah rezeki penduduk desa
jadi tarikan pelawat setia

indahnya Gua Tempurung
sejajar banjaran titiwangsa
lima kubah besar gagah berdiri
berbeza suhunya, aras airnya
setiap satu punya seninya

Kuala Kangsar
namanya agung
Istana Kuning menarik perhatian
Masjid Ubudiah tersergam cantik
Madrasah Idrisiah Bukit Chandan
Maktab Melayu Kuala kangsar terlalu agung namanya

Negeri Perak..uniknya tersendiri

Sibuta Puisi
06122012
Kampung Expo Tambahan
Taiping.

Monday, December 3, 2012

~ Lamunanku terhenti ~

~ Lamunanku terhenti ~

tiada pernahku berhenti
mengimpikan kerumusmu
lolarku mengejar
seribu bayangan
akhirnya aku tersungkur
hingga lena di lampit
kedinginan
tika mentari menyinar

teman
sulaman rindumu
hiasan kasihmu
bisikan cintamu
kadangkala buat aku
ambelas dan hanyut
dalam seribu rasa

azimat cintaku
sukar lagi menyulitkan buatmu
keinginanmu bukan keinginanku
ciah yang kaumahu
azimat cintaku tidak mampu
bukan lagi tembok penghalang

aku bukan epigoni
menyambung warisan
dan aku tidak mimpikannya
aku hanya menumpang
aku menulis bukan kerana nama

~ teman ketahuilah aku tidak pernah penat menyayangimu..~

Sibuta Puisi
Kelang Bandar DiRaja
03122012
12.45 malam

# Pencerahan
1. kerumus > memeluk / mencium
2. Lolar > gopoh gapah
3. Lampit > tikar rotan
4. Ambelas > masuk kedalam air / lumpur
5. Ciah > kelakukan bebas / buat sesuka hati
6. Epigoni > orang yang meneruskan / mengembangkan karya2 seniman lalu

Saturday, December 1, 2012

~ maafkan aku ~

~ maafkan aku ~

Temanku
hadirku hanya sepurnama
mengisi ruang seni
yang penuh warna
bagai pelangi
inginku terus belajar
mencari ilmu berkongsi rasa
yang kian hari kian berseri

kerana teruji
kerana cerca
aku menerpa dunia puisi
menerjah tak kira salah
berpuloh kali
jemariku terus menari
menterjemahkan isi hati
kerana aku memang tidak mengerti
apa itu PUISI
lantas
aku namakan diri
Si buta Puisi

terima kasih teman
banyak membantu
walaupun salahku
beratus kali
aku masih
belajar memahami
setiap warna-warna karya kalian
maafkan aku jika
kehadiran aku di sini
melelahkan

~ maafkan aku ~

Sibuta Puisi
Kelang Bandar DiRaja
01122012

Friday, November 30, 2012

11pp


11pp

Assallammualaikum
luangkan sepuloh minit
musnahkan tempat pembiakan nyamuk
sekitar rumah anda.

Assallammualaikum
luangkan sepuloh minit
musnahkan tempat pembiakan nyamuk
sekitar rumah anda.

Friday, November 23, 2012

~ aku masih di sini ~

~ aku masih di sini ~

aku
masih di sini
di padang kasih
di lautan cinta
menanti pelukan rindumu
menanti ciuman sayangmu

hanya dikau
kabur pandangan
dalam sulaman madah berhelah
asik dalam kegembiraan
kemaruk dalam laman maya
mencari darjat yang tidak bermakna

jangan kauhumbankan
alasan dan tuduhan
dan aku jadi sasaran
lihatlah dalam hatimu
ubahlah sikapmu
ubahlah bicara mulutmu
agar seiring dengan luahan hatimu

lihatlah kebenaran dalam hidup
usah kauhanyut dalam angan anganmu
kerana seribu tahun akan datang
bermula dari satu saat ini
runtuhnya istana cinta
kerana kaburnya pandangan
mata hatimu
dalam mencari
segala yang tidak pasti

aku masih di sini.........

Sibuta Puisi
Kelang Bandar DiRaja
23.11.2012

Sunday, November 18, 2012

~ aku hanya mampu bersimpati ....itulah kekuatan yang aku miliki ~

~ aku hanya mampu bersimpati ....itulah kekuatan yang aku miliki ~

lenamu penuh mimpi ngeri
mimpi yang kini
nyata dan jelas ngerinya
tiada rasa simpati
pada nenek dan datok tua
untuk ayah dan ibu seabad usianya
lelaki serta wanita
anak-anak tidak kira umur
bertempiaran menyelamatkan diri
dari jadi korban atau terkorban

raung dan jeritmu
menjadi bualan sedunia
kutukkan demi kutukkan
hanyalah laungan
sekuat jeritanmu
sekuat itu jugalah kutukkan itu

bom membunuh
bom memusnah
masih digugurkan
tembakan membunuh
tembakan mencederakan
masih dihalakan padamu
bangunan dan rumah musnah
yang rebah berdarah
putus nyawa di pangkuan
tangisan jadi teman

aku hanya mampu bersimpati ....itulah kekuatan yang aku miliki

Sibuta Puisi
17.11.2012
10.33 malam
Kelang Bandar DiRaja

Thursday, November 15, 2012

~ Bukan aku ~

~ Bukan aku ~

aku bukan
peradang yang kaukatakan
bukan bagai teledor
menyepertikan tukang abun-abun
juga bukan regisir

aku adalah aku
insan biasa
tabii yang sama
bersikap basa
berkabilan kadangkala

hatiku sengsai
tika kaumenyenggak
tika kau mencemehkan
menyempuk aku ke pinggiran
biarlah aku terpinggir
sekurang-kurangnya aku tahu
nilai cerita ini.

~ itu bukan aku ..fahamilah ~

Sibuta Puisi
15.11.2012
3.30pm
Taman Rimba Templer
Rawang.

# pencerahan #

*peradang = cepat marah
*teledor = tidak menjalankan tanggungjawab
*abun-abun = angan angan
* regiser = pemimpin & penganjur permaianan sendiwara
*berkabilan = berwas-was
*sengsai = sedih benar
*mengenggak = menengking
*mencemeehkan = mengejek
* menyempuk = mencampakkankan sewenang-wenangnya

~ hijrah, berhijrah, menghijrahkan

~ hijrah, berhijrah, menghijrahkan

tika sayang menjulang
waktu kasih berbunga
kala rindu membungkah
kata sepakat terpahat
janji hidup dan mati

runtuh tebing kejujuran
hanyut rasa setia
terkulai kepercayaan
bila hati berfirasat
sewaktu fikiran memberi pendapat
tika mata melihat
pudar segala harapan
terbang angan-angan

terpaku memikirkan
memilih satu persatu
madah-madah berhelah
kata-kata berhias
menyusun batu-batu asas
mencari kepastian
kembalikan keyakinan

~hijrah, berhijrah, menghijrahkan untuk segala kebaikan. ~

Sibuta Puisi
15.11.2012
12.26 tengahari
Rimba Templer,Rawang

Tuesday, November 13, 2012

~ maafkan cucumu ~

~ maafkan cucumu ~

kulintasi dawang gersang
dahulunya sawah menghijau
burung-burung terbang ria
sesekali menjunam ke pohon padi
terdengar suara riuh
menghalau burung

nenek dan datukku
sering bercerita
susah payahnya mereka
riang rianya mereka
bersama dawang ini
dulunya punca rezeki

khayalan nenek
agar ada anak cucunya
menyambung keringat mereka
hancur musnah
sawah terbiar
tidak siapa memandang
gedeng reput pelantar tumbang

nenek
pasti kecewa
maafkan aku kerana tidak upaya
tidak segagahmu
membanting tulang di dawang ini.

maafkan cucumu

*pencerahan*
# Dawang = kawasan ( keping ) tanah
#gedeng = bekas simpan padi setelah dituai

Sibuta Puisi
Hulu Yam Baharu.
Selangor Darul Ehsan
13.11.2012
11.58am
♥ pawana rindu ♥

wahai kekasih hatiku
tatkala malam kian jauh
pukulan rindu menerjah
bergelora dalam lubuk jiwa
resah gelisah

aku rindukan
belaian kasihmu
cumbuan rindumu
pelukkan cintamu
bisikkan setiamu
asik dalam pelukkanmu
amat membahagiakan aku

sayang
jarak bukan pemisah
rindu menjadi jembatan kasih kita
datanglah dalam mimpiku

aku benar-benar rindu moga pawana rindu menjadi kenyataan.

Sibuta Puisi
13.11.2012
1.23pagi
Kelang Bandar DiRaja

~ Akiyoshidai ~

~ Akiyoshidai ~

namamu
sentiasa dalam ingatanku
indah dan berseninya
juntaian batu kapur
titisan air memecah sunyi guamu

puncakmu mendamaikan
jauh kelihatan pekan Ogory
celah celah banjaran Yamaguchi.
gelongsoran salji memutih
bungkah-bungkah batu
menjadi bungkah-bungkah salji
menjadi landasan terbang tinggi

dataranmu
menghidangkan indahnya
alam semulajadi
dedaun sakura
rumpun buluh kekuningan
amat mendamaikan

~ Akiyoshidai aku akan datang lagi mendaki puncakmu bermain salji ~

Sibuta Puisi
12.11.2012
10.14malam
Kelang Bandar DiRaja

Monday, November 12, 2012

~ musim durian ~

~ musim durian ~

musim durian datang lagi
mana-mana ada durian
serata tempat bau durian
serata tempat jumpa kulit durian
tidak kira bangsa
ramai suka makan durian

dari durian
macam-macam menu
boleh jadi
tempoyak sudah pasti
bubur durian kerapkali
dodol durian ada juga
kuah durian sedap rasanya

durian kini
ada belbagai nama
durian kampung juga durian saka
durian kahwin punya banyak nama
hasil kajian saintis kita
suatu hari nanti mesti ada
durian 1 Malaysia juga.

musim durian datang lagi...menambah rezeki rakan rakan kita.

Sibuta Puisi
12.11.12
14.18pm
Pekan Tapah.Perak.

Sunday, November 11, 2012

~ ramuan kehidupan ~



aku tumis keringan
sehingga garing
campurkan peluh
sebagai perasa
campurkan keyakinan secukup nekad
gaulkan takwa sehingga rata
tambahkan doa pelengkap rasa
gaulkan semua amal ibadat

hidangkan dosa
hidangkan pahala
ambil bauan
wangi dan busuknya
bukan kita akan merasakan
bukan kita akan menilai
ada malaikat menjadi saksi
atas segala rempah ratus buruk laku
atas segala rempah ratus kebaikan

jika gagal neraka tempat simpanan
jika lulus surga tempat bersemadi
aku tidak tahu dimana tempat aku
lalai dan cuai
ilmu hanya sejengkal

Sibuta Puisi
111112
01.49pagi
Kelang Bandar DiRaja

Saturday, November 10, 2012

~ hayalan rindu ~

~ hayalan rindu ~

nondeng-nondeng
dalam kotak-kotak akal
menjalar serata hayalan
terpenjara dalam kandang kesal
gelap tanpa cahaya
teraba sana sini
dosa yang tidak terampun
dosa kemalasan
beroyal-royal
tanpa sendiri sedar

lihat sana
pandang sini
apa yang dipangku
sesal tidak berhenti
hayalan rindu menerjah jiwa
singgah-menyinggah umpama sinda
tenangnya hanya sepelompat
betapa sukarnya meninggalkan
tanpa bekas tanpa kesan

hayalan rindu mengusik jiwa
takala cemburu berbisik

sibuta puisi10112012
Kelang Bandar DiRaja

~ kelam dalam sepi ~

~ kelam dalam sepi ~

dingin
malam terang bulan
dingin menyapa jasad
rintik-rintik hujan masih bertaburan
deru angin sesekali melintas
mengisi kamar suramku

entah mengapa
kurasakan kesepian
mencengkam jiwa
hayalanku melilau
bagai kehilangan
apa yang aku mahu
aku sendiri keliru

tasbih rinduku
telah terpahat
tidak akan layu
tidak akan reput
tetap utuh dan kukuh
padamu

Ya Allah..apa sebenarnya
yang aku resahkan lagi

sibuta puisi
09112012
Kelang Bandar DiRaja

Wednesday, November 7, 2012

~ resah ~



malam kian dingin
membabarkan layar rindu
buat insan teristimewaku
terlalu jauh untuk kusapa
tidak mampu mata mengintai
namun aku tahu
sebentar tadi pasti engkau
merasai lamunan rinduku

tika aku mengabar rindu
mengulung kisah indah
antara kita
resah mengetuk
kelalaian tampil
menginsafi kesilapanku
dalam cinta
dalam rindu
aku tidak pernah
menyelami jiwamu

apa mahumu selain cintaku

sibuta puisi
Kelang Bandar DiRaja
07112012

Saturday, November 3, 2012

~ air dan hujan ~

~ air dan hujan ~

hujan
keajaiban ciptaan Tuhan
tika hujan tidak turun
tanah sawah gersang merekah
tanah pertanian kering berdebu
pohon-pohon kelayuan
kemarau akan mendatang

bila hujan turun
unggas berterbangan riang
pohon-pohon tumbuh subur
sungai mengalir deras
tasik menakung air
itulah rahmat hujan

bila hujan dan hujan mencurah-curah
tasik dipenuhi air
air sungai melimpah
saliran tersumbat sana - sini
bencana mula bertakbir
pusat pemindahan mula beroperasi
bomba, polis, jpam
tampilkan diri
membantu meringankan beban

sabarlah teman....itu semua dugaan Tuhan
pada mereka dalam Daerah Kelang

sibuta puisi
03.11.2012
20.55pm
Kelang Bandar DiRaja

doa

~ doa ~

tadahlah tanganmu
biar mengalir airmata
umpama engkau manusia kerdil yang hina
mengelepat dosa dosamu yang lalu
bagai kelemayuh yang merebak
betapa kelekiknya usaha
mengatasi raungan silap lalu

berpaut pada kasih
ranting yang rapuh
mengiblatkan cinta yang ikhlas
mengidungkan lagu asmara
dalam kamar indah berpelukkan

kini
segalanya kian melukat
menanti luruh satu persatu
menjelanak perlahan lahan
meninggalkan lopak dan kudis
kesan sengketa ayat ayat pujangga.

~ doaku takkan putus buatmu ~

sibuta puisi
01.29pm
02112012
Kelang Bandar DiRaja