Followers

Carian Dalam Blog Ini

Showing posts with label Citey Spectra. Show all posts
Showing posts with label Citey Spectra. Show all posts

Thursday, December 13, 2012

Letih yang Melampau

Letih yang Melampau

Sesekali lemah badanku
longlai tidak bermaya
bagai jasad kehilangan roh
benak kelelahan
puas diperah
kewarasan bagai hilang

lantas
senjapun aku terlena
azan menjemput jagaku
badan makin lemah selemah-lemahnya
bagai pemabuk terhuyung-hayang
segar sebentar menyahut Magribku
terus kusambung nyenyak yang panjang

kini
walau masih kelesuan
Isyakku sudah disempurnakan
kujenguk sebentar rakan dan taulan
kerana kerinduan menjelma datang
apa khabar agaknya akak abang adik dan teman-teman
pasti semuanya sudah kembali ke sarang
sudah tenggelam bersama mimpi-mimpi terindah
bermain bermanja dengan bidadari bidadara
di taman inderaloka ciptaan bahagia.

ICT~Selamat Malam Kasih Sayangku...Espie..

Sunday, December 9, 2012

Salam Rindu Salam Kasih Buatmu

Salam Rindu Salam Kasih Buatmu

Orang kata takkenal maka takrindu
di dunia maya ini lain sedikit ceritanya
yang kenal lama takbersua
pastilah merindu

lain halnya
apabila takkenalpun
hanya pernah terbaca nukilannya
turut terasa rindu
rindu pada nukilannya
langsung turut merindu pada penukilnya
lantas kukirimkan salam rinduku
salam rindu untukmu
wahai penukil-penukil kesayanganku

salam kasih kerinduan
pasti tidak dapat kuelakkan
istimewa buat saudara-saudara
keluarga besarku yang sering berkasih di layar maya
nanti pasti ada yang protes "sering berkasih"
maaflah diriku agak jarang berlayar kini
namun kasihku tidak pernah berkurang
sambutlah salam kasihku
terus kuhulurkan ke gerbang pintu hatimu
abang, adik, kakak, dan semuanya.

ICT~rinduku seluas lautan ♥ ...Espie..

Wednesday, November 28, 2012

Biar Kupugar Hanyir Hatimu

Biar Kupugar Hanyir Hatimu

Andai dilahir busuk hatimu
cucikanlah...

Andai dididik buruk lakumu
ubahkanlah...

Andai diserap hasad batinmu
bersihkanlah

Andai tercemar budi luhurmu
cerminkanlah
rawatilah
belaikanlah
sematkanlah
...keutuhan jiwa yang tenang

semoga dirimu sentiasa diberkati
kuiringi doaku bersama atur langkahmu teman
kerana engkau adalah pelengkap bagiku
terusik dirimu
sakitlah juga hatiku...temanmu.

ICT~berlagu sugul di hatiku...Espie

Tuesday, November 27, 2012

Kita Bukan Binatang!

Kita Bukan Binatang!

Aduhai kawan!
walau aku tidak cakap
walau aku tidak isytiharkan
kalian sememangnya aku sayang

buktinya...
sentiasa aku jaga tertibku untukmu
sentiasa aku jaga tuturku berhadapanmu
sentiasa aku jaga tingkahku bersamamu

dan tahulah kawan
satu yang pasti kamu tidak pernah tahu...
aku sentiasa berdoa kebaikan buatmu
buatmu kawan yang sentiasa tersemat di hatiku
rasa cinta kasih dan sayang
walaupun engkau haiwan dan tumbuhan

inikan pula kamu...!
kamu yang digelar insan
insan manusia
yang sama-sama didatangkan ke dunia
berstatus hamba pada Yang Maha Esa.

ICT~liurku tersekat dikerongkongku...Espi..

Friday, November 23, 2012

Bagaimanakah Mereka Tika Ini?

Bagaimanakah Mereka Tika Ini?

Damainya...
tetiba senja semakin berlabuh
tidak sedar kerana
aman bahagianya kita

di ketika yang sama
di sana...
berdesup berdesap
jet bom bertaburan
memburu insan tidak berdosa
tanpa mata
tidak mengira usia
meraung di sana-sini

dan aku di sini
membisu
menonton
mengalir air mata
tanpa sedar

marilah kita sama-sama berdoa
kesejahteraan saudara kita
dan keamanan dunia sejagat kita...

ICT~menyanyi tiada berlagu lagi...Espie

Thursday, November 22, 2012

Kabut Jingga Mencengkam Jiwa

Kabut Jingga Mencengkam Jiwa

Tidak berdaya untuk kuluah
api amarah dan api kebencian
mengusik dan bersarang di jiwa
menyinga jingga berbirat memerah hatiku
berkobar-kobar meluap
menjulang dengus kebencian
turut merasakan kerakusan mereka
bangsa laknat
meratah tubuh-tubuh lemah

bangsa terkutuk di bumi
tertulis di kalam Allah
tiada perasaan manusia walau setitik
sanggup mencarik merobek saudara seagamaku

dayaku terhimpit tangis
walau berair mata darah
bercampur nanah sekalipun
kutetap gagah mengutus doa kudusku
untukmu saudaraku Palestina
bersabarlah menerima ujian yang maha Esa
syurga pasti bersedia menyambutmu.

ICT~Love U Palestina...Espie

Monday, November 19, 2012

Remuk Hancur Terburai dan Terurai

Remuk Hancur Terburai dan Terurai

Mendap di kaki sungai mataku
terhiris bukan terguris lagi
lebih tepat tertusuk sembilu berduri berbisa
perit bagai merobek-robek jantung ini
terasak sungguh siksaannya

bukan takut yang menghuni diri
tika ini di waktu ini
sanggup andai diriku di hantar ke sana
walau tiada menghunus senjata api
semangat persaudaraan yang tertiris di hati
agama di puncak hadapan yang aku julangi

sedetik sakit di sana
selaksa terasa sakit di sini
Innalillahiwainnailaihirajiun...
Ya Allah kumohon perlindungan-Mu
teguhkanlah iman saudara-saudaraku di sana...
Amin Ya Allah Amin Ya Rabbalalamin...

ICT~berdendang pilu untukmu Gaza...Espie in love...

Saturday, November 17, 2012

Sungguh Hatiku Merindu

Sungguh Hatiku Merindu

Biarpun hanya di muka buku
teman-teman umpama satu keluarga
abang kakak adik ayah ibu
semuanya sentiasa tersemat di jiwa
tiada akan hilang selama-lamanya

Tika sendiri sepi menziarah hati
kembali kumainkan epilog puisi
semua kenalan yang aku ingati
begitulah demam di hati ini

Sungguh rindu halaman puisi
yang cukup bahagia aku singgahi
akan tetap bertahta di hati
selamanya sehingga mataku terlelap nanti

ICT...espie...kenang daku dalam doamu...

Saturday, September 29, 2012

Chiii Chakkk....

Chiii Chakkk....

Assalamualaikum kaum kerabat yang dirindui
di mana kalian tidak nampak di mataku
yang jauh yang dekat tetap sama sahaja
bersembunyi semua di belakang "fesbuk"
hanya bercakap dengan jemari meruncing
hye hye bye bye
halo halo apa khabar
di sana menunggu
di sini melangut
tapi tetap terasa sekali rindu di hati ini

chiii...
intai kami antara nampak esok jangan rindu-rinduan
tak gunalah mengintai Citey Spectra pasti tak akan nampakpun
buah keranji di dalam peti tiap-tiap hari pergi mengaji
datang ke mari hendak menguji
masih adakah yang ingat dan sudi padaku
si ct yang tak anggun cantik jauh sekali
tapi apakan daya comel tetap menjadi pujaan hati

chakkk...
hahahaaa gelak sang cicak
berdecit menahan gelinya hati
siapalah kamu untuk diingati
lebih baik kau undurkan diri
pergilah berdengkor kuncikan diri
daripada hadir menyemak di sini

chi chi chi chak chak chak...
pabila rindu sampai ke puncak
akan kuhadir melepaskan rasa kemuncak
di sinilah laman kurindu mula kuhadir bertapak
moga kasih sayangku tidak kering dan berlopak
oleh gersangnya kasih lama tak nampak

dadaaaaaa...sehingga berjumpa lagi no....

~ICT~mohon undur diri dahulu muahsss semua...espie..