SENYUM
Kata ahli bahasa
senyum itu gerak bibir di muka
bayangan rasa gembira
tanda ceria dan ria
tanpa bunyi dan suara
Seniman pula berkata
senyum tidak perlu kata apa-apa
seorang saja yang mula
jadi ikutan untuk semua
Kata para pendeta
senyum itu penawar duka
terselindung di sebaliknya
hati dilanda kecewa
bawa bergurau senda
terukir senyuman wajah ceria
lega rasanya
Ilham leluhur dahulu kala
senyum kambing dalam maksudnya
menyindir salah laku manusia
jika tersimpul senyumnya
itu tanda gembira
manis pula seperti gula
itulah senyuman yang sebenarnya
Kata pakar perubatan
dengan sekali senyuman
otot-otot muka digerakkan
senyum itu tanda keriangan
riadah secara dalaman
suatu senaman kecergasan
mengelakkan tekanan
mengurangkan kesakitan
Sabda Rasulullah
senyum itu kuntuman indah
senyum itu sedekah
senyum itu ibadah
Jadi, selalulah beri senyuman
demi kesihatan badan
jika ikhlas dilakukan
Allah akan beri ganjaran
SMK Serian
7 November 2013
Followers
Carian Dalam Blog Ini
Showing posts with label Muhamad Amin. Show all posts
Showing posts with label Muhamad Amin. Show all posts
Sunday, November 10, 2013
SUDAH KUPINANG TAPI TAK DAPAT
SUDAH KUPINANG TAPI TAK DAPAT
Perit urat sendi mendaki gunung payah
nyanyian mergastua sinis yang lelah
puputan kencang bayu mengundang padah
menjunjung titah meminang puteri
Dang Raya Rani tegas berperi
akurlah tetamu lalu memohon pergi
Mengadap Tuanku di balairung seri
manis senyuman baginda tiada terperi
bersemayam dihadap segala menteri
menunggu sembah yang akan diberi
berdetak jantung membara nafsu berahi
Tun Mamat berdatang sembah
segala tersurat dan tersirat dikhabarkanlah
tujuh perkara menjadi syarat peminangan
susah apa, rakyat jelata jadi kerahan
gedung perbendaharaan dikosongkan
emas dan perak segera diserah
jambatan penghubung cinta resah
anak-anak gadis menjadi gundah
air mata syahdu dititis dan diperah
banyak mana air pinang muda
Raja Ahmad diminta semangkuk darahnya?
baru setahun jagung bakal pewaris takhta
tak sampai hati beta laksana
kalau begitu batalkan sahaja
Sang puteri menolak pinangan bertatasusila
demi mengelak sebarang sengketa
suatu lagenda mencelik mata nyata
pengajaran buat peneraju wibawa
nafsu serakah usah bermaharajalela
sebagai ingatan sepanjang masa
tinggi hajat tidak kesampaian akhirnya
biar bersederhana dalam bercita
ukur baju biar berpadanan sukatannya
segalanya atas restu yang Maha Esa
Ilham: Muhamad Amin
SMK Serian,
23 Jun 2013
Perit urat sendi mendaki gunung payah
nyanyian mergastua sinis yang lelah
puputan kencang bayu mengundang padah
menjunjung titah meminang puteri
Dang Raya Rani tegas berperi
akurlah tetamu lalu memohon pergi
Mengadap Tuanku di balairung seri
manis senyuman baginda tiada terperi
bersemayam dihadap segala menteri
menunggu sembah yang akan diberi
berdetak jantung membara nafsu berahi
Tun Mamat berdatang sembah
segala tersurat dan tersirat dikhabarkanlah
tujuh perkara menjadi syarat peminangan
susah apa, rakyat jelata jadi kerahan
gedung perbendaharaan dikosongkan
emas dan perak segera diserah
jambatan penghubung cinta resah
anak-anak gadis menjadi gundah
air mata syahdu dititis dan diperah
banyak mana air pinang muda
Raja Ahmad diminta semangkuk darahnya?
baru setahun jagung bakal pewaris takhta
tak sampai hati beta laksana
kalau begitu batalkan sahaja
Sang puteri menolak pinangan bertatasusila
demi mengelak sebarang sengketa
suatu lagenda mencelik mata nyata
pengajaran buat peneraju wibawa
nafsu serakah usah bermaharajalela
sebagai ingatan sepanjang masa
tinggi hajat tidak kesampaian akhirnya
biar bersederhana dalam bercita
ukur baju biar berpadanan sukatannya
segalanya atas restu yang Maha Esa
Ilham: Muhamad Amin
SMK Serian,
23 Jun 2013
KITAR OH KITAR
KITAR OH KITAR
Membukit timbunan
bahan buangan
melilau mata ke kiri kanan
denai berlumpur diselusuri
lorong berliku dijejaki
apa yang kaucari?
diam menyepi
Ah! itu dia
sudah jumpa
sepuluh semuanya
lega rasanya
Masih mencari
biar puas hati
yeah! dapat lagi
Dipenyek-penyek
masuk beg kresek
Ke pusat kitar semula
nah! ini wangnya
ke warung sana
Esok menanti
ke lorong sepi
semoga bertambah rezeki
Kuching
5 November 2013
Membukit timbunan
bahan buangan
melilau mata ke kiri kanan
denai berlumpur diselusuri
lorong berliku dijejaki
apa yang kaucari?
diam menyepi
Ah! itu dia
sudah jumpa
sepuluh semuanya
lega rasanya
Masih mencari
biar puas hati
yeah! dapat lagi
Dipenyek-penyek
masuk beg kresek
Ke pusat kitar semula
nah! ini wangnya
ke warung sana
Esok menanti
ke lorong sepi
semoga bertambah rezeki
Kuching
5 November 2013
PENGEMIS CELARU
PENGEMIS CELARU
Kulalui sebatang lorong luka
letaknya di tengah-tengah kota raya
di tepinya duduk seorang pengemis tua
di sisinya sebatang tongkat lara
kaki kirinya berbalut kain kasa
tangannya sedia menadah
kuhulur sekeping not merah
lalu disambut dengan ramah
Seminggu berlalu
kuselusuri satu lagi lorong sendu
terserempak pengemis yang sama
kukenal betul paras wajahnya
balutan kakinya kuperhatikan
hah, bertukar ke sebelah kanan?
Pelbagai soalan timbul di dalam hati
mengapa semua ini boleh terjadi?
di kota yang sebak ini
payahnya untuk mendapat sesuap nasi
hidup tidak menentu
pada siapa tempat mengadu
lalu menjadi pengemis celaru
Jejantas Satok
3 November 2013
Kulalui sebatang lorong luka
letaknya di tengah-tengah kota raya
di tepinya duduk seorang pengemis tua
di sisinya sebatang tongkat lara
kaki kirinya berbalut kain kasa
tangannya sedia menadah
kuhulur sekeping not merah
lalu disambut dengan ramah
Seminggu berlalu
kuselusuri satu lagi lorong sendu
terserempak pengemis yang sama
kukenal betul paras wajahnya
balutan kakinya kuperhatikan
hah, bertukar ke sebelah kanan?
Pelbagai soalan timbul di dalam hati
mengapa semua ini boleh terjadi?
di kota yang sebak ini
payahnya untuk mendapat sesuap nasi
hidup tidak menentu
pada siapa tempat mengadu
lalu menjadi pengemis celaru
Jejantas Satok
3 November 2013
UMAT WASATIYYAH
UMAT WASATIYYAH
“Ummatan wassatan”
yang adil dan menjadi pilihan
bercirikan kesederhanaan
sederhana dalam pembawaannya
bukan melampau dan tidak keterlaluan
dalam kepercayaan dan amalan
Keberadaannya di pertengahan
segala urusan dititikberatkan
tidak memandang ringan
segala yang diusahakan
terselindung mahupun kelihatan
dunia akhirat tidak diabaikan
Taat dan patuh kepada perintah Allah
berlandaskan sunnah Rasulullah
berpandukan kitabullah
apa sahaja yang menjadi masalah
diselesaikan secara telus muzakarah
Wasatiyyah sentiasa berseri
umatnya yang terbaik dalam segala segi
kaya yang tidak lupa diri
sentiasa membangunkan akal dan budi
sentiasa memuji
akan kebesaran Ilahi
Thagut adalah konsep yang berlawanan
sesuatu yang melampaui batasan
segala aspek yang berkaitan
berhala yakni al-asnam, al-ansab dan al-ausan
segala konco-konco Iblis dan syaitan
al-kahin atau ilmu berkaitan perbomohan
Thagut adalah amalan jahiliah
sesat pemikiran dan akidah
undang-undang tanpa lunas syariah
merujuk atau menyelesaikan masalah
khufur kepada thagut iman seseorang tidak sah
menyembah selain Allah
Itulah kekhufuran yang maha dahsyat
umat yang ingkar dan sesat
segera bertaubat
jadi, wasatiyyah jalan yang selamat
Allah akan memberi rahmat
Yang berkuasa melakukan kudrat dan iradat
SMK Serian,
5 November 2013
1 Muharram 1435
“Ummatan wassatan”
yang adil dan menjadi pilihan
bercirikan kesederhanaan
sederhana dalam pembawaannya
bukan melampau dan tidak keterlaluan
dalam kepercayaan dan amalan
Keberadaannya di pertengahan
segala urusan dititikberatkan
tidak memandang ringan
segala yang diusahakan
terselindung mahupun kelihatan
dunia akhirat tidak diabaikan
Taat dan patuh kepada perintah Allah
berlandaskan sunnah Rasulullah
berpandukan kitabullah
apa sahaja yang menjadi masalah
diselesaikan secara telus muzakarah
Wasatiyyah sentiasa berseri
umatnya yang terbaik dalam segala segi
kaya yang tidak lupa diri
sentiasa membangunkan akal dan budi
sentiasa memuji
akan kebesaran Ilahi
Thagut adalah konsep yang berlawanan
sesuatu yang melampaui batasan
segala aspek yang berkaitan
berhala yakni al-asnam, al-ansab dan al-ausan
segala konco-konco Iblis dan syaitan
al-kahin atau ilmu berkaitan perbomohan
Thagut adalah amalan jahiliah
sesat pemikiran dan akidah
undang-undang tanpa lunas syariah
merujuk atau menyelesaikan masalah
khufur kepada thagut iman seseorang tidak sah
menyembah selain Allah
Itulah kekhufuran yang maha dahsyat
umat yang ingkar dan sesat
segera bertaubat
jadi, wasatiyyah jalan yang selamat
Allah akan memberi rahmat
Yang berkuasa melakukan kudrat dan iradat
SMK Serian,
5 November 2013
1 Muharram 1435
Saturday, November 9, 2013
MANIK-MANIK INI
MANIK-MANIK INI
Manik-manik mutiara
mahal harganya
kubeli dari luar negara
kucantum dengan benang perkasa
kuikat dengan simpul setia
Manik-manik ini
kuuntai setulus hati
kumasukkan dalam sampul diri
lalu kututup dengan rapi
dengan kukuh berlakri
Lalu, manik-manik ungu
kuhadiahkan untukmu
kujadikan rantai rindu
kukalungkan di lehermu
dengan setulus hatiku
Manik-manik pengikat cinta
tanda seiya sekata
suntikan semangat mesra
kujadikan ia tanda mata
moga kekal selamanya
Manik-manik putih
kuadun niat yang bersih
bersama sekuntum bunga kasih
lalu kujadikan tasbih
munajat berserta segugus amal soleh
Manik-manik permata
kujadikan tanda mata
tangan kutadah dan berdoa
hiasan iman dan takwa
memohon petunjuk Yang Maha Esa
SMK Serian
3 November 2013
Manik-manik mutiara
mahal harganya
kubeli dari luar negara
kucantum dengan benang perkasa
kuikat dengan simpul setia
Manik-manik ini
kuuntai setulus hati
kumasukkan dalam sampul diri
lalu kututup dengan rapi
dengan kukuh berlakri
Lalu, manik-manik ungu
kuhadiahkan untukmu
kujadikan rantai rindu
kukalungkan di lehermu
dengan setulus hatiku
Manik-manik pengikat cinta
tanda seiya sekata
suntikan semangat mesra
kujadikan ia tanda mata
moga kekal selamanya
Manik-manik putih
kuadun niat yang bersih
bersama sekuntum bunga kasih
lalu kujadikan tasbih
munajat berserta segugus amal soleh
Manik-manik permata
kujadikan tanda mata
tangan kutadah dan berdoa
hiasan iman dan takwa
memohon petunjuk Yang Maha Esa
SMK Serian
3 November 2013
CORETAN TENTANG CAHAYA
CORETAN TENTANG CAHAYA
Sang suria memancar sumber tenaga
bulan mengambang terang suasana
kerlipan bintang di angkasa mengindahkan buana
biasan wap di udara membentuk spektra
itulah fenomena alam semesta
penyuluh kegelapan dari daksina ke paksina
Lantera berbalam-balam cahayanya
pelita melentok-lentok suluhnya
kandil malap kilaunya
lampu neon gemerlap sinarnya
pancaran laser ajaib kuasanya
itulah hasil inovasi manusia
Pelbagai tafsiran dapat diungkapkan
ilmu di dada pemberi cahaya kehidupan
kerdipan permata petanda kemewahan
kilauan emas lambang kejuaran
seri cahaya di muka penentu keriangan
namun, pudarnya cahaya membawa kesugulan
sesungguhnya Allah yang memberi cahaya kebenaran
SMK Serian
2 November 2013
Sang suria memancar sumber tenaga
bulan mengambang terang suasana
kerlipan bintang di angkasa mengindahkan buana
biasan wap di udara membentuk spektra
itulah fenomena alam semesta
penyuluh kegelapan dari daksina ke paksina
Lantera berbalam-balam cahayanya
pelita melentok-lentok suluhnya
kandil malap kilaunya
lampu neon gemerlap sinarnya
pancaran laser ajaib kuasanya
itulah hasil inovasi manusia
Pelbagai tafsiran dapat diungkapkan
ilmu di dada pemberi cahaya kehidupan
kerdipan permata petanda kemewahan
kilauan emas lambang kejuaran
seri cahaya di muka penentu keriangan
namun, pudarnya cahaya membawa kesugulan
sesungguhnya Allah yang memberi cahaya kebenaran
SMK Serian
2 November 2013
Thursday, November 7, 2013
DI AMBANG SATU MUHARAM
DI AMBANG SATU MUHARAM
Di ambang satu Muharram ini
bukan sekadar ke Padang Merdeka
menghitung detik “count down”
bukan sekadar percikan cahaya bunga api
bersamalah kita mengimarahkan masjid dan surau
disulami doa akhir tahun dan awal tahun
Misi kita menyelongkar khazanah Sunnah Rasulullah
kita tafsir rahsia kandungan Kitabullah
lalu kita jadikan panduan dan amalan
gema laungan berhijrah
sudahkah terlaksana azam terdahulu?
bagaimana azam mendatang?
Berjuang menegakkan syiar Islam
Allahu Akbar Allahu Akbar
laungan keramat mengisi kekosongan alam
Di lembah nan gersang
dibajai nur keimanan
ditanami pohon-pohon ketakwaan
untuk dituai hasilnya setahun mendatang
Di pintu Maal Hijrah ini
dinihari disirami embun tasbih
penuh syahdu Memuji-Mu
ya Rabbi ya Rahman
menginsafi kebatilan diri
berazam, bertekad menegakkan Amar Makruf Nahi Mungkar
SMK SERIAN
30 oktober 2013
Di ambang satu Muharram ini
bukan sekadar ke Padang Merdeka
menghitung detik “count down”
bukan sekadar percikan cahaya bunga api
bersamalah kita mengimarahkan masjid dan surau
disulami doa akhir tahun dan awal tahun
Misi kita menyelongkar khazanah Sunnah Rasulullah
kita tafsir rahsia kandungan Kitabullah
lalu kita jadikan panduan dan amalan
gema laungan berhijrah
sudahkah terlaksana azam terdahulu?
bagaimana azam mendatang?
Berjuang menegakkan syiar Islam
Allahu Akbar Allahu Akbar
laungan keramat mengisi kekosongan alam
Di lembah nan gersang
dibajai nur keimanan
ditanami pohon-pohon ketakwaan
untuk dituai hasilnya setahun mendatang
Di pintu Maal Hijrah ini
dinihari disirami embun tasbih
penuh syahdu Memuji-Mu
ya Rabbi ya Rahman
menginsafi kebatilan diri
berazam, bertekad menegakkan Amar Makruf Nahi Mungkar
SMK SERIAN
30 oktober 2013
AKAN TIBA LAGI
AKAN TIBA LAGI
Dua purnama yang terakhir ini
kemunculannya selalu dinanti
aneka rencana berlegar di hati
merancang pelbagai destinasi
sambil berlibur bersama famili
Ke gunung ke hutan belantara
ke pulau di tengah segara
semalam dua di inap desa
sambil merehatkan minda
sepanjang tahun memerah tenaga
kini lepas daripada belenggu tuntutan kerja
Musim tok mudim menajamkan pisaunya
untuk menyembelih ayam-ayam muda
sebagai tauliah menjalani hidup remaja
musim tok kadi menggoncang tangan teruna
resah menunggu malam pertama
gementar gadis di atas hamparan putih perkasa
bimbang tidak akan bertukar warnanya
Ibu bapa lain pula kerenahnya
lentik jarinya menjentik butang-butang sempoa
mencongak bajet keluarga
BRIM Pak Menteri sudah naik nilainya
entah bila akan masuk ke dalam akaunnya
Jabatan Meteorologi sibuk meramal cuaca
amaran tegas supaya berwaspada
ribut petir dahsyat bunyinya
sebelum banjir melanda elok pindah segera
dokumen-dokumen penting bawa bersama
anak-anak dengarlah kata
arus deras jangan dicuba
sesal kemudian tiada gunanya
semoga dilindungi Yang Maha Esa
SMK Serian
28 Oktober 2013
Dua purnama yang terakhir ini
kemunculannya selalu dinanti
aneka rencana berlegar di hati
merancang pelbagai destinasi
sambil berlibur bersama famili
Ke gunung ke hutan belantara
ke pulau di tengah segara
semalam dua di inap desa
sambil merehatkan minda
sepanjang tahun memerah tenaga
kini lepas daripada belenggu tuntutan kerja
Musim tok mudim menajamkan pisaunya
untuk menyembelih ayam-ayam muda
sebagai tauliah menjalani hidup remaja
musim tok kadi menggoncang tangan teruna
resah menunggu malam pertama
gementar gadis di atas hamparan putih perkasa
bimbang tidak akan bertukar warnanya
Ibu bapa lain pula kerenahnya
lentik jarinya menjentik butang-butang sempoa
mencongak bajet keluarga
BRIM Pak Menteri sudah naik nilainya
entah bila akan masuk ke dalam akaunnya
Jabatan Meteorologi sibuk meramal cuaca
amaran tegas supaya berwaspada
ribut petir dahsyat bunyinya
sebelum banjir melanda elok pindah segera
dokumen-dokumen penting bawa bersama
anak-anak dengarlah kata
arus deras jangan dicuba
sesal kemudian tiada gunanya
semoga dilindungi Yang Maha Esa
SMK Serian
28 Oktober 2013
Saturday, November 2, 2013
MANISNYA SIFAT TAWAKKAL
MANISNYA SIFAT TAWAKKAL
Ketika keluar rumah
diiringi lafaz zikrullah
“Dengan nama Allah
aku berserah diri kepada-Nya
dan tidak ada daya dan kekuatan
kecuali dengan pertolongan-Nya”
Tawakal ialah berserah diri
pengertian daripada Imam Al-Ghazali
menyandarkan diri
kepada Ilahi
tatkala menghadapi suatu kepentingan
tatkala menghadapi saat kesukaran
tatkala saat ditimpa bencana
teguh hatinya
tenang jiwanya
tenteram mindanya
Tawakkkal ialah suatu sikap spiritual insan
merupakan suatu keyakinan
keyakinan sepenuhnya
kepada yang Maha Esa
yang mencipta segalanya
menguasai dan mengatur alam semesta
lalu kita menyerah seegalanya
menimbulkan ketenangan
menimbulkan ketenteraman
menimbulkan kelegaan
menimbulkan keselesaan
tiada rasa curiga
tiada rasa prasangka
kerana Dia maha bijaksana
Malaikat akan berkata kepada umat manusia:
“sesungguhnya kamu telah diberi petunjuk (oleh Allah Ta’ala)
dicukupkan dalam segala keperluan
dijaga daripada segala keburukan
sehingga para syaitanpun tidak upaya mendekatinya
dalam kalangan para syaitanpun berkata kepada para temannya
bagaimana (mungkin) kamu
dapat (mencelakakan) seseorang yang telah diberi petunjuk
dicukupkan dan dijaga (oleh Allah Ta’ala)?”
Itulah nikmat yang kita rasai
kita bertawakkal atau berserah diri
bukanlah berserah diri kepada sesama insan
bebas dari gangguan syaitan laknatullah
telah diberi perlindungan oleh Yang Maha Esa
Kita letakkan sandaran
sematkan kepercayaan
seluruh jiwa dan raga
meyakini seseorang berlandaskan empat sifat utama:
Muntahal-Hidayah (kepercayaannya dan diyakini kebenaran),
Muntahal-Quwwah (paling kuat atau mempunyai kemampuan),
Muntahal-Fashahah (paling lancar dan cukup berpengetahuan),
Muntahas-Syafaqah (diyakini paling perihatin dan kasih sayang).
Namun, tiada insan yang mampu memiliki kesemuanya
kerana ia hanyalah milik mutlak Yang Maha Esa
hanya tawakkal semata-mata
tanpa berusaha
hanya umpama
mengharap hujan turun ke bumi
yang mungkin hanya mendung berarak pergi
mimpi indah pada siang hari
Cerita seorang sahabat
meninggalkan untanya tanpa ditambat
lalu Rasulullah menanya
mengapa demikian lakunya?
penjelasan daripadanya
dia telah bertawakkal sepenuh hatinya
Rasulullah memberi saranan
ikatlah dan bertawakkal kemudian
Ada kalanya tawakkal dan usaha kita
diiringi munajat dan doa
tanpa hasil yang diharapkan
tanpa buah kejayaan
eloklah cermin diri
muhasabah diri
cukupkah sudah ibadah kita?
cukupkah sudah kekuatan iman kita?
ikhtiar sedaya upaya
hadapilah dengan reda
tidak mudah berputus asa
Insya-Allah akan dimakbulkan juga akhirnya.
Muhamad Amin
SMK Serian
26 Oktober 2013
Ketika keluar rumah
diiringi lafaz zikrullah
“Dengan nama Allah
aku berserah diri kepada-Nya
dan tidak ada daya dan kekuatan
kecuali dengan pertolongan-Nya”
Tawakal ialah berserah diri
pengertian daripada Imam Al-Ghazali
menyandarkan diri
kepada Ilahi
tatkala menghadapi suatu kepentingan
tatkala menghadapi saat kesukaran
tatkala saat ditimpa bencana
teguh hatinya
tenang jiwanya
tenteram mindanya
Tawakkkal ialah suatu sikap spiritual insan
merupakan suatu keyakinan
keyakinan sepenuhnya
kepada yang Maha Esa
yang mencipta segalanya
menguasai dan mengatur alam semesta
lalu kita menyerah seegalanya
menimbulkan ketenangan
menimbulkan ketenteraman
menimbulkan kelegaan
menimbulkan keselesaan
tiada rasa curiga
tiada rasa prasangka
kerana Dia maha bijaksana
Malaikat akan berkata kepada umat manusia:
“sesungguhnya kamu telah diberi petunjuk (oleh Allah Ta’ala)
dicukupkan dalam segala keperluan
dijaga daripada segala keburukan
sehingga para syaitanpun tidak upaya mendekatinya
dalam kalangan para syaitanpun berkata kepada para temannya
bagaimana (mungkin) kamu
dapat (mencelakakan) seseorang yang telah diberi petunjuk
dicukupkan dan dijaga (oleh Allah Ta’ala)?”
Itulah nikmat yang kita rasai
kita bertawakkal atau berserah diri
bukanlah berserah diri kepada sesama insan
bebas dari gangguan syaitan laknatullah
telah diberi perlindungan oleh Yang Maha Esa
Kita letakkan sandaran
sematkan kepercayaan
seluruh jiwa dan raga
meyakini seseorang berlandaskan empat sifat utama:
Muntahal-Hidayah (kepercayaannya dan diyakini kebenaran),
Muntahal-Quwwah (paling kuat atau mempunyai kemampuan),
Muntahal-Fashahah (paling lancar dan cukup berpengetahuan),
Muntahas-Syafaqah (diyakini paling perihatin dan kasih sayang).
Namun, tiada insan yang mampu memiliki kesemuanya
kerana ia hanyalah milik mutlak Yang Maha Esa
hanya tawakkal semata-mata
tanpa berusaha
hanya umpama
mengharap hujan turun ke bumi
yang mungkin hanya mendung berarak pergi
mimpi indah pada siang hari
Cerita seorang sahabat
meninggalkan untanya tanpa ditambat
lalu Rasulullah menanya
mengapa demikian lakunya?
penjelasan daripadanya
dia telah bertawakkal sepenuh hatinya
Rasulullah memberi saranan
ikatlah dan bertawakkal kemudian
Ada kalanya tawakkal dan usaha kita
diiringi munajat dan doa
tanpa hasil yang diharapkan
tanpa buah kejayaan
eloklah cermin diri
muhasabah diri
cukupkah sudah ibadah kita?
cukupkah sudah kekuatan iman kita?
ikhtiar sedaya upaya
hadapilah dengan reda
tidak mudah berputus asa
Insya-Allah akan dimakbulkan juga akhirnya.
Muhamad Amin
SMK Serian
26 Oktober 2013
Friday, November 1, 2013
SAAT KITA DALAM KEGEMBIRAAN
SAAT KITA DALAM KEGEMBIRAAN
Busyra atau rasa gembira
bermula dari keluhuran jiwa
adalah bersifat maknawi
yang juga bersifat rohani
lahir secara semula jadi
datang dari jiwa yang murni
apabila kita berhadapan
saat yang menyenangkan
ia tiba tanpa paksaan
mekar hati dengan semburan wangian
serinya bak sekuntum bunga di taman
apabila diselubungi saat kedukaan
dipaksa dengan wajah kegembiraan
tampaklah ia seperti jeruk asinan
tanpa iman di dada
unsur takwa belum melata di jiwa
kegembiraan disambut dengan lonjakan
gemuruh suara sorakan
tepukan yang membingitkan
bagi golongan hartawan
tentunya berlibur dalam majlis kenamaan
dengan sajian penuh kemewahan
disinari kerlipan lampu gemerlapan
dengan hawa yang cukup mendinginkan
dengan tegukan yang memabukkan
saat duka dihadapi dengan kemurungan
kekesalan dan kemuraman
dengan tangisan dan raungan
dengan omelan dan kutukan
jodoh dan takdir dikesampingkan
namun insan yang penuh keimanan
jiwanya penuh ketakwaan
ia berjaya mengawal nafsu dan perasaan
tanpa mengira suasana
tampak ketenangan di jiwanya
kegembiraan diterima dengan kesyukuran
saat duka diterima dengan kesabaran
segala kejadian yang dihadapi
adalah ketentuan Ilahi
SMK Serian
23 Oktober 2013
Busyra atau rasa gembira
bermula dari keluhuran jiwa
adalah bersifat maknawi
yang juga bersifat rohani
lahir secara semula jadi
datang dari jiwa yang murni
apabila kita berhadapan
saat yang menyenangkan
ia tiba tanpa paksaan
mekar hati dengan semburan wangian
serinya bak sekuntum bunga di taman
apabila diselubungi saat kedukaan
dipaksa dengan wajah kegembiraan
tampaklah ia seperti jeruk asinan
tanpa iman di dada
unsur takwa belum melata di jiwa
kegembiraan disambut dengan lonjakan
gemuruh suara sorakan
tepukan yang membingitkan
bagi golongan hartawan
tentunya berlibur dalam majlis kenamaan
dengan sajian penuh kemewahan
disinari kerlipan lampu gemerlapan
dengan hawa yang cukup mendinginkan
dengan tegukan yang memabukkan
saat duka dihadapi dengan kemurungan
kekesalan dan kemuraman
dengan tangisan dan raungan
dengan omelan dan kutukan
jodoh dan takdir dikesampingkan
namun insan yang penuh keimanan
jiwanya penuh ketakwaan
ia berjaya mengawal nafsu dan perasaan
tanpa mengira suasana
tampak ketenangan di jiwanya
kegembiraan diterima dengan kesyukuran
saat duka diterima dengan kesabaran
segala kejadian yang dihadapi
adalah ketentuan Ilahi
SMK Serian
23 Oktober 2013
Saturday, August 31, 2013
SUNGAI APIN KIAN BERPUTIK MEKAR
SUNGAI APIN KIAN BERPUTIK MEKAR
Satu dekad yang lalu
airmu mengalir lesu
dengan sampan kolek memacu kehidupan
sendu menyusur arus zaman
menghilir ketika surut, mudik ketika pasang
dijana oleh enjin usang
dengan tenaga lima kuasa kuda
derunya longlai mengharung alun derita
Keadaannya kini tampak berbeza
rakyat marhaen dilanda kejutan budaya
dengan lingkaran turap perkasa
jalan Selangking menjalar seribu liku
deruan mobil mengganas sesak dan sebu
anak-anak muda giat berpesta di persada celaru
Awas anak-anak berjiwa waja
di sebalik ribut ghairah melanda
ada kumpulan durjana
sibuk membawa kantung dahaga
cuba menyemai benih-benih duka
menjaja gula-gula pesona
anak-anak janganlah tergoda
Dari lorong yang kelam menjadi cerah
itulah nadi pembangunan yang ramah
berkat cekal, tekun dan tabah
lambaian daun kelapa semakin lemah
daun sawit kini lebar menadah
pengusaha korporat semakin mewah
tenaga dari seberang dimanupulasi
terataknya dibina secara sembunyi
mana tahu diserkap diserkup suatu hari nanti
Nikmat kurnia-Nya disyukuri
semoga menggunung rezeki
semoga rakyat bertambah seri
tidak menumpang di tanah sendiri.
Pekarangan Masjid Kampung Sungai Apin
8 Ogos 2013
Bersamaan 1 Syawal 1434
Satu dekad yang lalu
airmu mengalir lesu
dengan sampan kolek memacu kehidupan
sendu menyusur arus zaman
menghilir ketika surut, mudik ketika pasang
dijana oleh enjin usang
dengan tenaga lima kuasa kuda
derunya longlai mengharung alun derita
Keadaannya kini tampak berbeza
rakyat marhaen dilanda kejutan budaya
dengan lingkaran turap perkasa
jalan Selangking menjalar seribu liku
deruan mobil mengganas sesak dan sebu
anak-anak muda giat berpesta di persada celaru
Awas anak-anak berjiwa waja
di sebalik ribut ghairah melanda
ada kumpulan durjana
sibuk membawa kantung dahaga
cuba menyemai benih-benih duka
menjaja gula-gula pesona
anak-anak janganlah tergoda
Dari lorong yang kelam menjadi cerah
itulah nadi pembangunan yang ramah
berkat cekal, tekun dan tabah
lambaian daun kelapa semakin lemah
daun sawit kini lebar menadah
pengusaha korporat semakin mewah
tenaga dari seberang dimanupulasi
terataknya dibina secara sembunyi
mana tahu diserkap diserkup suatu hari nanti
Nikmat kurnia-Nya disyukuri
semoga menggunung rezeki
semoga rakyat bertambah seri
tidak menumpang di tanah sendiri.
Pekarangan Masjid Kampung Sungai Apin
8 Ogos 2013
Bersamaan 1 Syawal 1434
Saturday, August 17, 2013
MASIH SEGAR DALAM INGATAN
MASIH SEGAR DALAM INGATAN
Masih segar dalam ingatan
berakit bergalah di atas daratan
mengharungi jalan berdebu
menelusur rel besi dengan dada pilu
jalannya berlumpur bernafas sebu
demi menjana minda dengan ilmu
Masih segar dalam ingatan
pesta regatta agenda tahunan
seluruh desa datang berkunjung
warga marhaen di tebing berkampung
tarian slowfox sebelah malamnya
mencari hiburan semalam cuma
Masih segar dalam ingatan
untuk menikmati harga berpatutan
khidmat ML Kian Tong, Tiong Huat dan Ping Ann
menyusur Sungai Sadong merentas Laut China Selatan
hasil mahsul diangkut ke kota Kuching
jagung, pisang tanduk dan kelapa kering
Zaman sukar kekal dalam kenangan
kini lingkaran jalan pemacu pembangunan
namun dikau tetap dibuai lena
pudar wajahnya ditelan usia
setengah abad kita merdeka
adakah dendam kesumat punca angkara?
anak cucu kita terima derita.
Pekan Simunjan
6 Ogos 2013
Masih segar dalam ingatan
berakit bergalah di atas daratan
mengharungi jalan berdebu
menelusur rel besi dengan dada pilu
jalannya berlumpur bernafas sebu
demi menjana minda dengan ilmu
Masih segar dalam ingatan
pesta regatta agenda tahunan
seluruh desa datang berkunjung
warga marhaen di tebing berkampung
tarian slowfox sebelah malamnya
mencari hiburan semalam cuma
Masih segar dalam ingatan
untuk menikmati harga berpatutan
khidmat ML Kian Tong, Tiong Huat dan Ping Ann
menyusur Sungai Sadong merentas Laut China Selatan
hasil mahsul diangkut ke kota Kuching
jagung, pisang tanduk dan kelapa kering
Zaman sukar kekal dalam kenangan
kini lingkaran jalan pemacu pembangunan
namun dikau tetap dibuai lena
pudar wajahnya ditelan usia
setengah abad kita merdeka
adakah dendam kesumat punca angkara?
anak cucu kita terima derita.
Pekan Simunjan
6 Ogos 2013
Friday, August 16, 2013
CINTA TERBABAS
CINTA TERBABAS
Akibat cinta terlarang
tingkahnya sumbang
mahramnya jadi sasaran
nafsunya bersifat kebinatangan
Daun hijau kekuningan lalu bertaburan
rumput di bumi ketandusan
kelapa muda ditebuk tupai gelandangan
air di danau kekeringan
itik berenang menggelupur kehausan
Semuanya memekakkan telinga
semuanya membutakan mata
dek kerana setitik nila
susu sebelanga rosak binasa
nasi ditanak bubur jadinya
kucing mengidam ikan di para
semerbak baunya membangkit selera
Cinta yang dirahmat
jika berlandaskan syariat
cinta yang dilaknat
jika syaitan yang menjadi sahabat
Akibat salahlaku ibu dan bapa
lahirlah zuriat putih tanpa sebutir dosa
pewaris di sebalik wajah duka
insaflah sebelum ditiup sangkakala
sementara pintu taubat masih terbuka
Taman Tasik Danu, Serian
11 Ogos 2013
Akibat cinta terlarang
tingkahnya sumbang
mahramnya jadi sasaran
nafsunya bersifat kebinatangan
Daun hijau kekuningan lalu bertaburan
rumput di bumi ketandusan
kelapa muda ditebuk tupai gelandangan
air di danau kekeringan
itik berenang menggelupur kehausan
Semuanya memekakkan telinga
semuanya membutakan mata
dek kerana setitik nila
susu sebelanga rosak binasa
nasi ditanak bubur jadinya
kucing mengidam ikan di para
semerbak baunya membangkit selera
Cinta yang dirahmat
jika berlandaskan syariat
cinta yang dilaknat
jika syaitan yang menjadi sahabat
Akibat salahlaku ibu dan bapa
lahirlah zuriat putih tanpa sebutir dosa
pewaris di sebalik wajah duka
insaflah sebelum ditiup sangkakala
sementara pintu taubat masih terbuka
Taman Tasik Danu, Serian
11 Ogos 2013
BELITAN KASIH
BELITAN KASIH
Termeterai satu setia janji
tak mungkin dilepaskan lagi
Selagi kasihnya sejati
langit masih membiru
laut tidak cemburu
gunung masih bercumbu
Mega mendung mengusir lara
Pawana berpuput manja
Unggas-unggas mengepak mesra
Mergastua menari ria
Bintang di langit berkelipan
pungguk yang setia menanti sinaran rembulan
embun menitis membasahi dedaunan pagi
fajar sidik menyingsing menerangi alam dini hari
Api di unggun semakin menyala
lantera malam semakin cerah cahaya
kabus kelihatan semakin menipis lalu sirna
air di perigi semakin perlahan kocakannya
padi di jelapang semakin tumbuh meninggi
jagung di padang semakin subur bersemi
Begitulah kukuhnya kasih sejati
yang semakin ketat belitannya
usahlah dilonggarkan lagi
berusahalah untuk memperkasakannya
dengan harapan mimpi menjadi realiti
teguhkan iman di dada
semoga mendapat restu Ilahi
SMK Serian
15 Ogos 2013
Termeterai satu setia janji
tak mungkin dilepaskan lagi
Selagi kasihnya sejati
langit masih membiru
laut tidak cemburu
gunung masih bercumbu
Mega mendung mengusir lara
Pawana berpuput manja
Unggas-unggas mengepak mesra
Mergastua menari ria
Bintang di langit berkelipan
pungguk yang setia menanti sinaran rembulan
embun menitis membasahi dedaunan pagi
fajar sidik menyingsing menerangi alam dini hari
Api di unggun semakin menyala
lantera malam semakin cerah cahaya
kabus kelihatan semakin menipis lalu sirna
air di perigi semakin perlahan kocakannya
padi di jelapang semakin tumbuh meninggi
jagung di padang semakin subur bersemi
Begitulah kukuhnya kasih sejati
yang semakin ketat belitannya
usahlah dilonggarkan lagi
berusahalah untuk memperkasakannya
dengan harapan mimpi menjadi realiti
teguhkan iman di dada
semoga mendapat restu Ilahi
SMK Serian
15 Ogos 2013
Wednesday, August 14, 2013
SEHELAI KAIN SUTERA
SEHELAI KAIN SUTERA
(Istimewa buat Nek Jemari-yang gigih menjalani liku-liku kehidupan)
Umpama sehelai kain sutera
di atas hamparan peterana
perlahan-lahan berengsot melalui gerbang senja
kemilau cahaya emasnya
tekun melakar warna-warna pelangi
membias cahaya indah berseri
Merdu suaranya menyanyikan lagu nostalgia
mendendangkan irama warga berlandas setia
berbahasa citra bersulam keinsafan
menganyam madah lirik kemaafan
seri wajahnya menguntum keceriaan
Gigih melempar butir-butir pasir nestapa
mencampak serpihan-serpihan kaca durjana
memadam catatan nota-nota pilu
memutih garisian-garisan kelabu
merakam wajah di lensa kehidupan
lalu mengabadikannya dalam album kenangan
Sebagai warga sutera bestari
dengan penuh kehalusan budi
jadi kebanggaan anak cucumu
dengan kucupan mesra yang syahdu
dengan rangkulan erat yang nikmat
mengharapkan kasih sayang yang berkat
Terimalah salam kami hulurkan
doa ikhlas semoga usia dilanjutkan
kata mutiaramu masih kami perlukan
sebagai panduan dan pedoman kami semua
dalam mengharungi kehidupan dunia penuh pancaroba
Kampung Pantong Melayu, Simunjan
1 Syawal 1434
8 Ogos 2013
(Istimewa buat Nek Jemari-yang gigih menjalani liku-liku kehidupan)
Umpama sehelai kain sutera
di atas hamparan peterana
perlahan-lahan berengsot melalui gerbang senja
kemilau cahaya emasnya
tekun melakar warna-warna pelangi
membias cahaya indah berseri
Merdu suaranya menyanyikan lagu nostalgia
mendendangkan irama warga berlandas setia
berbahasa citra bersulam keinsafan
menganyam madah lirik kemaafan
seri wajahnya menguntum keceriaan
Gigih melempar butir-butir pasir nestapa
mencampak serpihan-serpihan kaca durjana
memadam catatan nota-nota pilu
memutih garisian-garisan kelabu
merakam wajah di lensa kehidupan
lalu mengabadikannya dalam album kenangan
Sebagai warga sutera bestari
dengan penuh kehalusan budi
jadi kebanggaan anak cucumu
dengan kucupan mesra yang syahdu
dengan rangkulan erat yang nikmat
mengharapkan kasih sayang yang berkat
Terimalah salam kami hulurkan
doa ikhlas semoga usia dilanjutkan
kata mutiaramu masih kami perlukan
sebagai panduan dan pedoman kami semua
dalam mengharungi kehidupan dunia penuh pancaroba
Kampung Pantong Melayu, Simunjan
1 Syawal 1434
8 Ogos 2013
RINTIHAN
RINTIHAN
Senyap yang sunyi
sunyi yang sepi
sepi yang lengang
lengang yang lompang
kaku yang bisu
bisu yang kelu
kelu yang sebak
sebak yang rabak
rabak yang rompong
rompong yang kosong
kosong yang serong
Rintihan demi rintihan
yang tidak berkesudahan
entah bila tamatnya
entah bila sirnanya
menunggu dan menunggu
sungai yang tidak berhulu
kucing yang tidak bertanduk
kepala berkali-kali terhantuk
terngadah tidak juga terngadah
batu jalanan yang semakin bersepah
Merdeka oh merdeka
sudah keemasan usianya
apa yang ada pada kita
orang sudah mencakar langit
kita masih merangkak sakit
kita masih menjerit perit
semakin kontang telaganya
semakin kering pilinya
Bangkitlah dari tidurmu
kejarlah sekuat hatimu
kita bersaing di pentas perdana
membangun kita bersama
demi survival anak bangsa kita
Pekan Simunjan
10 Ogos 2013
Senyap yang sunyi
sunyi yang sepi
sepi yang lengang
lengang yang lompang
kaku yang bisu
bisu yang kelu
kelu yang sebak
sebak yang rabak
rabak yang rompong
rompong yang kosong
kosong yang serong
Rintihan demi rintihan
yang tidak berkesudahan
entah bila tamatnya
entah bila sirnanya
menunggu dan menunggu
sungai yang tidak berhulu
kucing yang tidak bertanduk
kepala berkali-kali terhantuk
terngadah tidak juga terngadah
batu jalanan yang semakin bersepah
Merdeka oh merdeka
sudah keemasan usianya
apa yang ada pada kita
orang sudah mencakar langit
kita masih merangkak sakit
kita masih menjerit perit
semakin kontang telaganya
semakin kering pilinya
Bangkitlah dari tidurmu
kejarlah sekuat hatimu
kita bersaing di pentas perdana
membangun kita bersama
demi survival anak bangsa kita
Pekan Simunjan
10 Ogos 2013
Wednesday, August 7, 2013
CANTIKNYA WANITA SOLEHAH
CANTIKNYA WANITA SOLEHAH
Kalam ini tentang wanita solehah
dipetik dari sumber sahih
sebagai renungan bersama
dalam menjalani hidup berkeluarga
Doa wanita lebih makbul daripada doa lelaki
ibu lebih penyayang
doa orang penyayang tidak dipersia-siakan
seorang wanita solehah
lebih baik daripada seribu lelaki tidak soleh
lebih baik daripada tujuh puluh lelaki soleh
lebih baik daripada tujuh puluh orang wali
Sabda Rasulullah SAW, “sebaik-baik simpanan seseorang,
adalah wanita solehah.”
apabila suami memandangnya, ia menyenangkan hatinya.
dialah ratu cantik yang indah dalam rumahnya.
Ketulenan wanita adalah kecantikan dalaman
kecantikan dalaman adalah kelembutannya
sifat keanak-anakan yang tidak melampau
sebagai pendorong lelaki untuk membelai dn menjaga
dan, membimbing mereka ke jalan yang diredai
Kecantikannya pada rupa parasnya
kecantikannya pada pada ilmu dan kepandaiannya
tokoh intelektual terbilang, Siti Aisyah r.a sebagai idola
kecantikan tingkat teratas pada akhlak yag mulia
sebagai ibu membelai anak penuh manja
sebagai isteri, pengubat suami saat duka dan lara
sebagai kekasih, dirindui setiap masa
tidak keterlaluan cemburunya
sopan santun dan memaniskan muka
Setiap wanita muslimah
berusaha menjadi solehah
menjadi sanjungan setiap masa
mengelak fitnah dan buruk sangka
menjadi idaman setiap teruna bertakwa
Ppnuh berkat, mendapat ganjaran berlipat ganda
Muhamad Amin
SMK Serian
6 Ogos 2013
Kalam ini tentang wanita solehah
dipetik dari sumber sahih
sebagai renungan bersama
dalam menjalani hidup berkeluarga
Doa wanita lebih makbul daripada doa lelaki
ibu lebih penyayang
doa orang penyayang tidak dipersia-siakan
seorang wanita solehah
lebih baik daripada seribu lelaki tidak soleh
lebih baik daripada tujuh puluh lelaki soleh
lebih baik daripada tujuh puluh orang wali
Sabda Rasulullah SAW, “sebaik-baik simpanan seseorang,
adalah wanita solehah.”
apabila suami memandangnya, ia menyenangkan hatinya.
dialah ratu cantik yang indah dalam rumahnya.
Ketulenan wanita adalah kecantikan dalaman
kecantikan dalaman adalah kelembutannya
sifat keanak-anakan yang tidak melampau
sebagai pendorong lelaki untuk membelai dn menjaga
dan, membimbing mereka ke jalan yang diredai
Kecantikannya pada rupa parasnya
kecantikannya pada pada ilmu dan kepandaiannya
tokoh intelektual terbilang, Siti Aisyah r.a sebagai idola
kecantikan tingkat teratas pada akhlak yag mulia
sebagai ibu membelai anak penuh manja
sebagai isteri, pengubat suami saat duka dan lara
sebagai kekasih, dirindui setiap masa
tidak keterlaluan cemburunya
sopan santun dan memaniskan muka
Setiap wanita muslimah
berusaha menjadi solehah
menjadi sanjungan setiap masa
mengelak fitnah dan buruk sangka
menjadi idaman setiap teruna bertakwa
Ppnuh berkat, mendapat ganjaran berlipat ganda
Muhamad Amin
SMK Serian
6 Ogos 2013
Monday, August 5, 2013
BERMUHASABAH DIRI DI AIDIL FITRI
BERMUHASABAH DIRI DI AIDIL FITRI
Aidil Fitri
kembali kepada fitrah azali
setelah sebulan berpuasa
meraikan kemenangan bersama
melawan nafsu, lapar dahaga
hari lebaran disambut riang
kata jiran dari seberang
tandanya tamat ibadah sebulan
Ramadan penuh keberkatan
1 Syawal penuh kesucian
ibadah puasa diharamkan
memohon keampunan sesama insan
salah dan silap sepanjang tahun
mohon sama dimaafkan
Dalam saat mengecapi keriangan
eloklah kita bermuhasabah diri
sempurnakah amalan kita sepanjang Ramadan?
tiga tingkat puasa mengikut Imam al-Ghazali
kita duduk pada peringkat mana?
umum, khusus atau khusus yang dikhususkan
yang umum hanya pada zahirnya, lapar dan dahaga
yang khusus batin dan zahir dan mengharap keredaan-Nya
khusus yang dikhususkan beristiqamah sepenuh hati
dengan khusyuk dan tawaduk di sisi duniawi di samping ukhrawi
Diri sendiri penentu kesempurnaannya
andai kepincangan masih ada
hanya munajat dan doa
semoga dipanjangkan usia kita
tahun hadapan insya-Allah sempurnalah ia
SMK Serian
5 Ogos 2013
Aidil Fitri
kembali kepada fitrah azali
setelah sebulan berpuasa
meraikan kemenangan bersama
melawan nafsu, lapar dahaga
hari lebaran disambut riang
kata jiran dari seberang
tandanya tamat ibadah sebulan
Ramadan penuh keberkatan
1 Syawal penuh kesucian
ibadah puasa diharamkan
memohon keampunan sesama insan
salah dan silap sepanjang tahun
mohon sama dimaafkan
Dalam saat mengecapi keriangan
eloklah kita bermuhasabah diri
sempurnakah amalan kita sepanjang Ramadan?
tiga tingkat puasa mengikut Imam al-Ghazali
kita duduk pada peringkat mana?
umum, khusus atau khusus yang dikhususkan
yang umum hanya pada zahirnya, lapar dan dahaga
yang khusus batin dan zahir dan mengharap keredaan-Nya
khusus yang dikhususkan beristiqamah sepenuh hati
dengan khusyuk dan tawaduk di sisi duniawi di samping ukhrawi
Diri sendiri penentu kesempurnaannya
andai kepincangan masih ada
hanya munajat dan doa
semoga dipanjangkan usia kita
tahun hadapan insya-Allah sempurnalah ia
SMK Serian
5 Ogos 2013
DIA SEORANG GURU SENJA
DIA SEORANG GURU SENJA
Dia datang dari desa terpencil
badan yang kurus dan kecil
dilatih dari institusi ternama
tanpa ijazah berjela-jela
namun pengalaman dan ilmunya
memenuhi setiap ruang di dada
bakti keringat dicurah penuh setia
Mencurah bakti di hujung peta
deruan enjin sangkut kuasa kuda
Mengharungi lurah dan paya
sesekali turun menyorong resah
bot tersangkut kerikil yang payah
menyingsing kaki seluar yang lelah
keringat mengalir pada tubuh yang pasrah
Seorang guru warga senja
lahirnya sedetik sebelum merdeka
di luar sana menghitung saat bersara
jari-jemarinya merencana aneka agenda
di sini kalamnya masih pedas berkata-kata
penanya masih penuh tinta, masih ligat menari
seolah-olah khidmat baktinya masih banyak berbaki
Keseronokannya terserlah ketika berkhidmat
bukan sekadar memburu gelaran dan pangkat
tugas dan tanggungjawab digalas penuh semangat
berbekalkan keyakinan diri, cekal dan tabah
dengan ikhlas tanpa mengenal penat dan lelah
menjaga maruah bangsa dan agama
menjana pembangunan Negara
Buahnya dituai harum penuh kenikmatan
hasilnya terserlah merentas darat dan lautan
berlipat ganda sanjungan dan pujian
hanya ucapan terima kasih mampu diberi
atas curahan jasa dan bakti
selebihnya terserah kepada kurniaan Ilahi
Muhamad Amin bin Bacho
SMK Serian
3 Ogos 2013
Dia datang dari desa terpencil
badan yang kurus dan kecil
dilatih dari institusi ternama
tanpa ijazah berjela-jela
namun pengalaman dan ilmunya
memenuhi setiap ruang di dada
bakti keringat dicurah penuh setia
Mencurah bakti di hujung peta
deruan enjin sangkut kuasa kuda
Mengharungi lurah dan paya
sesekali turun menyorong resah
bot tersangkut kerikil yang payah
menyingsing kaki seluar yang lelah
keringat mengalir pada tubuh yang pasrah
Seorang guru warga senja
lahirnya sedetik sebelum merdeka
di luar sana menghitung saat bersara
jari-jemarinya merencana aneka agenda
di sini kalamnya masih pedas berkata-kata
penanya masih penuh tinta, masih ligat menari
seolah-olah khidmat baktinya masih banyak berbaki
Keseronokannya terserlah ketika berkhidmat
bukan sekadar memburu gelaran dan pangkat
tugas dan tanggungjawab digalas penuh semangat
berbekalkan keyakinan diri, cekal dan tabah
dengan ikhlas tanpa mengenal penat dan lelah
menjaga maruah bangsa dan agama
menjana pembangunan Negara
Buahnya dituai harum penuh kenikmatan
hasilnya terserlah merentas darat dan lautan
berlipat ganda sanjungan dan pujian
hanya ucapan terima kasih mampu diberi
atas curahan jasa dan bakti
selebihnya terserah kepada kurniaan Ilahi
Muhamad Amin bin Bacho
SMK Serian
3 Ogos 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)