WUJUDNYA RINDUKU
Aku merinduimu
bukan kerana wujudnya dirimu
aku merinduimu
kerana wujudnya cinta
yang ada di dalam dirimu
dan tanpa cintamu
rinduku juga tidak akan wujud.
Qalam Bertinta
11022013
1929pm
Followers
Carian Dalam Blog Ini
Showing posts with label Qalam. Show all posts
Showing posts with label Qalam. Show all posts
Sunday, February 17, 2013
Friday, January 11, 2013
LANGKAH SEORANG LELAKI TUA
LANGKAH SEORANG LELAKI TUA
Dia hanya seorang lelaki tua
yang telah jenuh berkelana
dalam dunia dan dalam hidup
dan kini mengisar setiap usia tersisa
bukan mencari tetapi memahami
melangkah duniawi
mengintai syurgawi
dalam renyuk harapan masih berbaki
yang tertinggal di langkahan belakang
tika hijab pandang dilitup maknawi
terserlah tapi tersembunyi.
Tanpa menghitung baki usia yang tinggal
dan tidak juga melihat kembali
akan setiap lakun kehidupannya kelmarin
lelaki tua itu menyusun
satu persatu derap langkahnya
walaupun gigil dan terketar
langkahnya penuh yakin
kerna dia tahu
langkahannya ini langkah yang terakhir
andai rebah sebelum ke titik perhentian akhirnya
maka rebahlah ia selamanya
rebah yang bukan di dunia
tetapi di sana
di titik terakhir yang tiada penghujungnya.
Qalam Bertinta
09012013
0119am
Dia hanya seorang lelaki tua
yang telah jenuh berkelana
dalam dunia dan dalam hidup
dan kini mengisar setiap usia tersisa
bukan mencari tetapi memahami
melangkah duniawi
mengintai syurgawi
dalam renyuk harapan masih berbaki
yang tertinggal di langkahan belakang
tika hijab pandang dilitup maknawi
terserlah tapi tersembunyi.
Tanpa menghitung baki usia yang tinggal
dan tidak juga melihat kembali
akan setiap lakun kehidupannya kelmarin
lelaki tua itu menyusun
satu persatu derap langkahnya
walaupun gigil dan terketar
langkahnya penuh yakin
kerna dia tahu
langkahannya ini langkah yang terakhir
andai rebah sebelum ke titik perhentian akhirnya
maka rebahlah ia selamanya
rebah yang bukan di dunia
tetapi di sana
di titik terakhir yang tiada penghujungnya.
Qalam Bertinta
09012013
0119am
Subscribe to:
Posts (Atom)