Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Monday, November 11, 2013

Masih adakah lelaki seperti dia?

Masih adakah lelaki seperti dia?

Janji terpateri
sumpah setia
tiga dekat berlalu
sudah jadi sejarah
kenangan menjauh
segala terlupa
tidak bersisa

masih adakah lelaki seperti dia?
muncul tidak dijemput
pergi tidak dihalau
tiba-tiba
terpacak di depan mata
menuntut janji diikat
cinta abadi zaman remaja
sedangkan usia
kini meniti senja

kembalilah ke benuamu
kita berbeza
citarasa dan anutan
andai terbelah dua bumi ini
andai batu sempadan
kautitipkan di tengah lautan
kita tetap tidak akan bersatu
sampai mati

percayalah kata-kataku
cinta monyet cuma untuk monyet-monyet
zaman batu
terimalah hakikat
tiada jodoh antara kita
pulanglah...

Cma
3.59 petang

No comments:

Post a Comment