Followers

Carian Dalam Blog Ini

Showing posts with label Lafaz Kalbuku. Show all posts
Showing posts with label Lafaz Kalbuku. Show all posts

Saturday, September 29, 2012

Cahaya Cintamu

Cahaya Cintamu

Dari dunia kegelapan
aku melihat cahaya duniamu
terpancar lembut ke kamarku
aku cuba selusuri
mengharap secebis kemanisan
untuk kulepaskan sesakku
mendiami dunia cerahmu
bersama menuai bahagia
walau hanya sementara
izinkanlah aku
kecapi bersamamu
sebelum aku kembali
ke dunia gelapku
yang telah kuwarisi
sebenarnya duniaku
teruntuk buatku.

Lafaz Kalbuku
Sept 28 2012

Sunday, September 23, 2012

Demi Kasih Sayangku

Demi Kasih Sayangku

Bismillahirrahmanirrahim...
Aduhai alam,
sama-samalah kalian mengaminkan
permintaanku...
dalam dingin dini pagi ini
aku memohon setitis penawar
bagi mengubati insan-insan kesayanganku
moga mereka kembali sihat sejahtera
ceria dan bertenaga
sesungguhnya,
aku amat rindu dan tagihkan
kehadiran mereka di sampingku
Ya Allah, aku sentiasa mohon
perlindunganMU dan PenjagaanMU
Kaulah yang berhak ke atas kami
hamba-hambaMu yang seumpama debu
di dunia ini
Amin YaRabbal Alamin...

Lafaz Kalbuku
Sept 22 2012

Senandungkan ketulusan Hatiku

Senandungkan ketulusan Hatiku

Kebiruan tasik semulajadi ini
mengingatkan diriku tentang kejernihan
jernih dari kekotoran dalaman dan luaran
kembali kurenung tasik hatiku
bagaimanakah kejernihannya?
berdakikah dinding hatiku...
berkelodakkah dasar hatiku...
terapungkah hasad dengki mendiami hatiku...
oh, tertunduk lesu diriku menahan sebak
adakah hatiku sejernih air tasik ini?
mengalir membasahi tebing
menyuburkan tumbuhan menghijau
menyegarkan tekak yang kedahagaan
aliranku harus diteruskan demi
sebuah kesinambungan kehidupan.

Lafaz Kalbuku
Sept 23 2012

Bisikan Rindu Semalam

Bisikan Rindu Semalam

Semalam kauhadir mengucapkan
Selamat Tinggal Pujaan
abang akan pergi seketika
janjimu akan pulang segera
setelah lunas segala kerja
dengan berat aku lepaskan
kuiringi doa dan air mata
moga perjalananmu selamat segala
ketemu lagi kita di desa tercinta
memadu kasih mencambah setia
aku dan kamu pelakar cinta
tidak sanggup terpisah
walau hanya
sekelip
mata.

Lafaz Kalbuku
Sept 22 2012

Tuesday, September 18, 2012

Lipstik Segar

Lipstik Segar

Kecup bibirmu menguntum segar membasah
mengulum kepuasan sebuah sedutan manis
memerah mendekap sempadan bibirmu
lambang kasih terabadi dua insan bercinta
bersumpah setia dengan ijab dan kabulnya

dengan namamu berbapakan walimu
dengan hantaran bermaskawinkan diriku
tersingkap sebuah pelaminan indah
termetrai perjanjian dunia menuju akhirnya

terteralah ungkapan kau dan aku
berjanji setia sehidup semati
bersusah senang sama-sama dihadapi
berkekalan ke anak cucu yang diimpi
bersamalah sebuah bahtera dilayari
impian diriku dan dirimu terkunci.

Lafaz Kalbuku
Sept 18 2012

Monday, September 17, 2012

Kepulangan Wiraku

Seusai tanggungjawabmu segeralah pulang wiraku
tiada tega aku terus resah menanti di kamar sunyi
melempar sejauh pandangan harapan
mengharap sebuah kepulangan
wira yang aku nanti-nantikan
pulang dengan panji
kemenangan pastinya
bersama senyuman
terindah buatku di beranda ini
pasti itu juga harapanmu sayang
amanat yang engkau bisikkan padaku
sebelum kau berangkat hangat di minda
menanti penuh harapan engkau wiraku
wira jiwa dan ragaku milik negara dan bangsa
setia aku menanti kerana bangga dan kasih kepadamu
wira kebanggaan ibu pertiwi dalam menegakkan agama
biarlah ke titisan darah terakhir dirimu adalah milik negara
itulah yang engkau bisikkan terakhir di cuping telingaku
kembalilah segera merangkul piala keagunganmu, sayangku.

Lafaz Kalbuku
September 17 2012

Wednesday, September 12, 2012

Jambangan Indah Pemberianmu

Jambangan Indah Pemberianmu

Sungguh aku tidak menyangka
pintu kamarku diketuk sapa
lantas dirimu yang berdiri di sana
dengan senyuman mesra
wajahmu kutatap penuh gembira
tanpa sedar mengalirlah air mata
hadirnya dirimu di hadapan nyata
membuat aku terpegun manja keasyikannya
salammu hulur aku terima
senyum mesra kupeluk jambangan bunga
lantas kusedut harumnya menyusuk ke dada
engkau kucinta hadir di ruang mata
oh, diriku cukup rasa sempurna
bahagia yang terimpi sudah terlaksana.

Lafaz Kalbuku
Sept 12 2012

Monday, September 10, 2012

Belukar Cinta

Menjulang mencecah langit biru
memayungi ikatan luhur dua insan
asyik bercanda berpautan di celahan rindu
menyukat ruang-ruang cinta di balik dedaunan
bercambahlah putik-putik keharuman semulajadi
meremang dipanahi cahaya
menyemarak api asmara
membakar semangat sejiwa sehati dan seirama
istana syurga tercipta di rimbun belukar
wujudlah kota terindah pasangan sejoli
bersumpah berjanji
sehidup semati bersama
melayari bahtera terindah
tanpa keracunan dunia
asyik maksyuk
mengimani sebuah
anugerah cinta.

Lafaz Kalbuku
Sept 9 2012

Sunday, September 9, 2012

Detik Ini Tangisan Menemaniku

Kehausan taman cintaku
semakin kegersangan
rekahan di hatiku
semakin melebar mendalam
kontang bagaikan setahun
bumi tidak dijamahi hujan
amat membuak rinduku
hanyalah padamu sayang
terlekat bagaikan tidak mahu hadam
langit hitam riaknya turut bersimpati
ingin meruntuh membasahi resahku
ingin bersama merawat impi kepalangku
semakin merobek dada walangku
rebah juga aku akhirnya terkaparan
ditemani teman bisuku dengan deruannya
senyap dan semakin menghiba
kekasihku,
hadirlah menghirup tangisanku...

Lafaz Kalbuku
Sept 9 2012

Saturday, September 8, 2012

Sinarmu Mengganti Rembulan

Serakan sinaranmu
nyaman menunduk
menyegarkan pagiku
sebangkit subuhku
dalam kerendahan
sentiasa mengharap
jengukkan sapaanmu
lembut memimpin
langkahan kakiku
menikmati dunia
beriringan sejiwa
dalam senyum tawa
meniti bibir merahku
hingga tiba tempoh perpisahan
saling berdoalah kita
sehingga pertemuan lagi.

Lafaz Kalbuku
Sept 8 2012

Friday, September 7, 2012

Bebayang Di Mata

Bebayang Di Mata

Kulihat lengguk tarinya
diam kuikut rentak di hati
kuterpukau keasyikan
tanpa kerdipan mataku
menghayati tiap seninya
lantas kujatuh cinta
terus terpana di jiwa
melekat bersatu sebati
kuhormati dirinya
kusegani bicaranya
itulah anugerah yang dimiliki
membezakan antara insan
walau sama seninya
jiwa terzahir tetap berbeda
menjiwai kelebihannya
suatu kepuasan aku rindui.

Lafaz Kalbuku
Sept 7 2012

Wednesday, September 5, 2012

Utusanku Buatmu

Utusanku Buatmu

Sungguhpun jauh beribu batu
tiada istilah jauh dirimu dari hatiku
sentiasa kuutuskan senandung cintaku
penghubung kasih yang tiada penghujung

merpati putih terbanglah tinggi mencecah awan
sampaikan salam rindu berbunga rembulan
mengharum berkepul menghiasi alam
rindu berturap serata jalan
mengunjungi dirimu mengucapkan salam
khabarkan bahawa hatiku rindu mengawan

sesetia pungguk menunggu malam
itulah aku Si Juwita menghantar utusan
moga kau dan aku sentiasa bertautan
menikmati indahnya sebuah pertemanan.

Lafaz Kalbuku
September 4 2012

Teduhkan Rindu Kasihku

Di mana cinta kasih
kunanti lama sudah
berkurun menunggu kusanggupi
janji jangan dirimu mungkiri

seandainya aku rebah dan lelah
hadirlah mengetuk pintu hatiku
seluruh jiwa rela kumenyerah berserah
moga hadirlah rindumu menyapa kasihku

kekasihku jangan lama kaumenyepi
rundung walangku tidak bisa bertahan
sungguh hebat penangan tusukan cintamu
dipanah terik sehari kasihku kian kerebahan.

Lafaz Kalbuku
September 3 2012

Monday, September 3, 2012

Bicara Senja

Izinkan aku mengecap bahagia
walau hanya seketika
cukuplah untukku mengenal dirimu siapa
untuk kuluahkan kasihku yang tersimpan lama
peluang menyelami perasaanmu terhadap aku

adakah kita berhak hidup bersama
berbahagia seperti pasangan lainnya
menyatukan perasaan di jiwa
yang senak meruntun rasa
biarpun sementara agar terubat segalanya

izinkan aku mengecapi bahagia
bersama orang yang kucinta
biarpun hanya seteguk cuma
sebagai penawar duka yang lara.

Lafaz Kalbuku
Sept 2 2012

Sunday, September 2, 2012

Anugerah Sebuah Pelayaran

Layarkan bahteramu
ke tengah lautan terbentang
harungi hempasan badai
tenggelam timbul nasibmu
teruskan itulah perjalanan
sebuah perjuangan
jangan sesekali mengalah
tika didatangkan ujian
kerana Kekasihmu sentiasa memandangmu
ujian dan cabaran melengkapkan diri
sebuah persediaan untuk kembali
tiba di destinasiNya yang abadi

Sayang...kembalikan dirimu
jangan terikut hanyut diusik alun
sedarlah peritmu menongkah arus
turut mencarik hatiku...kekasihmu.

Lafaz Kalbuku
Sept 2 2012

Hadirlah Kekasihku

Detik bersama keindahan
aku ingin kecapi bersamamu
dirimu kekasihku
jika engkau tidak hadir
segalanya tidak bererti lagi
hilang segala seri
tiada guna keraian
tiada guna ucapan kasih
umpama jambangan indah yang tidak bertuan
hanya mengundang perit dan pilu
hadir menambah duka
biarlah aku sendiri
menyambut detik sejarahku
dengan linangan air mata ditemani deruan ombak
dihembus sang semilir dengan sebuah keluhan berat
pasti aku mengharapkan
sayangku...
segeralah hadir
menyambut
tanganku.

Lafaz Kalbuku
September 1 2012

Thursday, August 30, 2012

Langitpun Turut Berlagu Sendu

Khabar yang kuterima sungguh pilu
walau tidak pernah bertemu muka
engkau terasa dekat di jiwa
walau tidak pernah berbual mesra
namun sesekali menyapa
teguran mesra memaut rasa
sebuah keluarga besar di dunia maya tercipta
dengan ikatan minat dan ilusi yang sama
berbahasa molek indah ditarikan
lambang peribadi kesenian diri yang dikongsi
ilham dilontar mewakili diri
seketika hilangnya bayangmu di maya ini
seluruh alam amat terasa kehilangannya
temanku saudari Nurjiee Firdausi
semoga kasih Allah selamanya bersamamu
melindungimu memberi kekuatan kepadamu
setiap hela nafasmu sentiasa dalam pandanganNya
Amin YaRabbal Alamin...

Lafaz Kalbuku Ogos 29 2012

Wednesday, August 29, 2012

Langitpun Turut Berlagu Sendu

Khabar yang kuterima sungguh pilu
walau tidak pernah bertemu muka
engkau terasa dekat di jiwa
walau tidak pernah berbual mesra
namun sesekali menyapa
teguran mesra memaut rasa
sebuah keluarga besar di dunia maya tercipta
dengan ikatan minat dan ilusi yang sama
berbahasa molek indah ditarikan
lambang peribadi kesenian diri yang dikongsi
ilham dilontar mewakili diri
seketika hilangnya bayangmu di maya ini
seluruh alam amat terasa kehilangannya
temanku saudari Nurjiee Firdausi
semoga kasih Allah selamanya bersamamu
melindungimu memberi kekuatan kepadamu
setiap hela nafasmu sentiasa dalam pandanganNya
Amin YaRabbal Alamin...

Lafaz Kalbuku Ogos 29 2012

Senandung Semalam

Setiap bait alunan yang kumainkan
zahirnya dari dasar kalbuku yang paling dalam
menjelma mendayu penuh sulaman kasihku
dibuai selembut sutera dialun sang bayu
menyentuh jiwa-jiwa kecil sang penyair
agar turut sama menyelami rasa hatiku
menghayati keasyikan diriku melafaz gelora
gelora-gelora yang meruntun perasaan ini

runtunan aksara merindu sering aku lantunkan
menyemarak memenuhi ruang angkasa
itulah nyanyian yang aku sukai
andai diriku bisa melayang bersama
inginku membiarkan diriku terbang
terapung menari menghayati setiap rasa
kerana diriku terlalu sebati dengan hatiku
alunanku adalah cermin diriku yang sebenar

setiap senandungku adalah diriku
andai tiada lagi alunan ini sepilah duniaku
diriku akan diam terkiam di bumi sepi.

Lafaz Kalbuku
Ogos 29 2012

Tuesday, August 28, 2012

Dirgahayu Negaraku Malaysia Tercinta

Gemilang namamu gah di dunia
mercu tanda terpampang di angkasa raya
mengharum gemilang memacu namamu Malaysia
di persada bertahta kehebatan martabat bangsa
ayuh mantapkan jati diri penghuni tercinta
bangun mempertahankan kedaulatan diraja
jangan hidup bersenang-lenang penuh alpa
anasir subversif sentiasa mencari ruang terleka
menghunus melemah meruntuhkan jiwa
aduhai anak bangsa tercinta
persiapkan diri dengan semangat waja
kibarkan...laungkan...tunjukkan kewibawaan kita
anak-anak Malaysia generasi yang pencinta
menghormati dan mengagungkan negara
biar putih tulang kemerdekaan tetap dibela
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
tanggal 31 Ogos 1957 penuh nostalgia.

Lafaz Kalbuku
Ogos 28 2012