Followers

Carian Dalam Blog Ini

Wednesday, September 5, 2012

Utusanku Buatmu

Utusanku Buatmu

Sungguhpun jauh beribu batu
tiada istilah jauh dirimu dari hatiku
sentiasa kuutuskan senandung cintaku
penghubung kasih yang tiada penghujung

merpati putih terbanglah tinggi mencecah awan
sampaikan salam rindu berbunga rembulan
mengharum berkepul menghiasi alam
rindu berturap serata jalan
mengunjungi dirimu mengucapkan salam
khabarkan bahawa hatiku rindu mengawan

sesetia pungguk menunggu malam
itulah aku Si Juwita menghantar utusan
moga kau dan aku sentiasa bertautan
menikmati indahnya sebuah pertemanan.

Lafaz Kalbuku
September 4 2012

No comments:

Post a Comment