Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, September 29, 2012

WAU DI AWAN BIRU

WAU DI AWAN BIRU

Yang indah di awan biru,
Anak-anak corengan pun tahu,
Itu namanya wau,
Layangan yang diterbangkan seperti piatu,
Selamanya direka dicipta satu persatu,
Direnung jauh-jauh dari pantai tanjung kalbu.

Melayang dia juga,
Tali dipeggang dia juga,
Yang indah berawan larat dia juga,
Bunyi berdengung sahut bersambung dia juga,
Tak berbunyi pun dia juga,
Hati-hati menerbangkan ketinggiannya,
Tinggi di awan biru memanglah pesonanya,
Kalau putus talinya,
Sebenarnya kita telah membiarkannya,
Kehilangan nilai dirinya,
Lalu kita terasa,
Kehadiran dan ketiadaannya,
Kerana dia jugalah seni dan budaya kita.


Nukilan Pencinta Puisi,
Bayu.
Segamat,Johor.
290912@0942 hrs (Sabtu).

No comments:

Post a Comment