Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, September 30, 2012

Belalang dan Aku, Dulu dan Kini


Belalang dan Aku, Dulu dan Kini

Imbau zaman kanak-kanakku
Seronok berlari tanpa sepatu
Di batas sawah yang sedikit berbatu
Sesekali memandang padi yang tunduk begitu
Aku riang tersenyum sipu

Dan di kala itu
Aku mengukir senyum malu
Teman sepermainan mula memujiku
Memuji kehebatanku
Menangkap belalang di dedaun padi itu
Hatiku semakin malu bak semalu
Setelah kucucuk di buluh runcing itu
Belalang itu kupanggang di situ
Emm..sedapnya sungguh terkedu
Bersama teman kunikmati selalu

Zaman remajaku menginjak kini
Sawah padi kukunjung lagi
Kali ini sungguh berlainan sekali
Belalang hanya kupandang sepi
Bertenggek di dedaunan padi
Aku cuba merapati
Ah..belalang itu melompat tinggi
Seakan tahu aku sudah tidak sudi
Bermain riang di sawah padi
Seperti zaman kanak-kanakku yang telah pergi

Kini aku bergelar isteri
Belalang masih setia menanti
Angin bayu sawah padi kunikmati
Mataku menatap seekor belalang lagi
Begitu asyik meratah daun padi
Ah..biarlah ia berdikari
Tidak sanggup aku menangkap lagi
Kerana belalang itu juga bererti
Bererti pada alam semulajadi
Aku mula melangkah pergi
Meninggalkan belalang sendiri
Pergiku membawa senyuman bererti
Belalang dan sawah padi menjadi sahabat sejati
Oh! Sungguh tidak terperi

~SA~

No comments:

Post a Comment