Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, September 30, 2012

Bersyukurlah!



Berlapanglah dada
bersyukurlah kita semua
selagi masih diberikan oleh-Nya
kelebihan rasa akan derita
derita cinta - derita yang penuh bernoda.

Rasa sedih walau kecewa
rasa pedih walau derita
rasa sakit walau diluka
dicalit cuka di atas kelukaannya
dicalit nista di bibir yang berdusta
bagai derita tiada penghujungnya.

Bersyukurlah kita ... ,
kerana itu yang sebaik-baiknya
yang harus dilakukan kita
kerana Allah SWT
masih lagi menyayangi kita
dengan memberikan kita sedikit dari dugaan-Nya.

Bersyukurlah! ... .

ss/spl/pm ... 29/9/2012.

No comments:

Post a Comment