Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, September 29, 2012

Semalam Qalbu Berbisik

Semalam Qalbu Berbisik

Semalam aku seorang muslimah sejati
Semalam aku seorang perempuan melayu
Semalam aku seorang berjiwa kental
Semalam aku seorang penyabar
Semalam aku si pemaaf itu
Semalam aku tahu apa mahuku
Semalam aku pengunjung setia rumah Allah
Semalam aku si penzikir tegar
Semalam aku hanya Lillahi ta'ala
Semalam aku...
Hanya tinggal titik nokhtah

Hari ini aku hanya mengikut gerak rasa
Masa depan entah untuk apa
Hanya mampu berserah kerana semalam aku...
Mungkin tidak lagi setia

Semalam aku bukan hanya mimpi semata
Kerna hari ini realiti yang membisik Qalbu
menyentap jiwa tanpa ragu

No comments:

Post a Comment