D U K A
Di aras batu malam
hamparan hitam
percik lopak melumur
ke jasad nanar
lugu unggas menyerak
aroma liang
luruh muara sifat
batin merenang
setitis air di pipi
sempurnalah hukum
kekar terkulum mimpi
si tisu hati.
::◆◇◆◇◆◇::
:2013, TA
Followers
Carian Dalam Blog Ini
Showing posts with label Teratai Abadi. Show all posts
Showing posts with label Teratai Abadi. Show all posts
Saturday, June 22, 2013
Saturday, May 18, 2013
W A T H I I N
W A T H I I N
Seperti angin engkau
menyusup dalam jubah-jubah sunyi
berbisik tentang jauh
negeri bernama hayal
tidak daya aku
muntahkan seluruh rontamu
walau telah kuhirup rakus
seribu cahaya di gelas sabda
ratib para nabi para jawi
menunggang hati ke kaki langit
mengetuk pintu sebuah abadi
berpulang ke makam paling fitri
hingga hilang
hilang
seorang aku yang hasrat.
Kepalsuan sedang mendingin
untuk kaumasuk dan menari
tarian paling hanyir
kerana itu janjimu
ketika aku hadir
membuka rahsia kasih-Nya.
Gelisah ini kamu
gelisah ini aku.
----------------
:Mei 2013/ TA
Seperti angin engkau
menyusup dalam jubah-jubah sunyi
berbisik tentang jauh
negeri bernama hayal
tidak daya aku
muntahkan seluruh rontamu
walau telah kuhirup rakus
seribu cahaya di gelas sabda
ratib para nabi para jawi
menunggang hati ke kaki langit
mengetuk pintu sebuah abadi
berpulang ke makam paling fitri
hingga hilang
hilang
seorang aku yang hasrat.
Kepalsuan sedang mendingin
untuk kaumasuk dan menari
tarian paling hanyir
kerana itu janjimu
ketika aku hadir
membuka rahsia kasih-Nya.
Gelisah ini kamu
gelisah ini aku.
----------------
:Mei 2013/ TA
Sunday, May 12, 2013
C I N T A (?)
C I N T A (?)
Begitulah gadis
ketika Taj Mahal terbina di lidah pencinta
engkau belayar membayar gerhana
berdayung harum siluman prahara
hanyut jantung ke laut gelita.
Begitulah gadis
langit bukan biru warnanya
saat darah terbakar pesona.
-----------
:2013 TA
Begitulah gadis
ketika Taj Mahal terbina di lidah pencinta
engkau belayar membayar gerhana
berdayung harum siluman prahara
hanyut jantung ke laut gelita.
Begitulah gadis
langit bukan biru warnanya
saat darah terbakar pesona.
-----------
:2013 TA
M E M B A C A M U
M E M B A C A M U
Aku membacamu hati
dengan huruf-huruf sulit kufahami
aku membacamu hati
dengan kalimah tergigil didekap perih
aku membacamu hati
saat perjalanan ini diapung guris
membacamu membacaku
tertikam retak di tubuh usia
begitulah ketika kuletak fasih di pasir itu
hitam putih bersilang memanah jantung
berdesir rakus meracun saraf fitriku
detak menyuar tasbih paling seru
temani gema wujud-Mu
sesekali silau tiduri aku
kerana membacamu hati
mencabut duri takdir terhalus
yang sukar kufahami
ketika musim masih lelah
sedetik terbuka syahadah
lepas dari genggaman uri.
Ramahlah sifatmu hati
buka kitab paling hakiki
agar kabusku pergi
dan matiku tidak berkafan sunyi.
=======
:2013, TA
Aku membacamu hati
dengan huruf-huruf sulit kufahami
aku membacamu hati
dengan kalimah tergigil didekap perih
aku membacamu hati
saat perjalanan ini diapung guris
membacamu membacaku
tertikam retak di tubuh usia
begitulah ketika kuletak fasih di pasir itu
hitam putih bersilang memanah jantung
berdesir rakus meracun saraf fitriku
detak menyuar tasbih paling seru
temani gema wujud-Mu
sesekali silau tiduri aku
kerana membacamu hati
mencabut duri takdir terhalus
yang sukar kufahami
ketika musim masih lelah
sedetik terbuka syahadah
lepas dari genggaman uri.
Ramahlah sifatmu hati
buka kitab paling hakiki
agar kabusku pergi
dan matiku tidak berkafan sunyi.
=======
:2013, TA
WAJAH-WAJAH
WAJAH-WAJAH
Di tanah kaca ini
selirat jiwa tumbuh menjalar
rumputan pesona berbunga angan
jua anganan bersumbi dendam
melata di beting-beting hasrat
penghuni tanah kaca
ekspresinya menukang sukma berganda
jatuh-melurut-bangun bertanjak persetua
memikul beban nyata tidak berupa
terpadam senyuman kias-bicara
muntahan tinta sehabis lara
kadangkala ranjang sesekali berbisik
berbicara tentang negeri
nun bakal abadi.
Tawarlah harga berpencak iman
berparuh atau bertongkat hakikat
sehujung kuku merenang hayat.
======
:2013, TA
Di tanah kaca ini
selirat jiwa tumbuh menjalar
rumputan pesona berbunga angan
jua anganan bersumbi dendam
melata di beting-beting hasrat
penghuni tanah kaca
ekspresinya menukang sukma berganda
jatuh-melurut-bangun bertanjak persetua
memikul beban nyata tidak berupa
terpadam senyuman kias-bicara
muntahan tinta sehabis lara
kadangkala ranjang sesekali berbisik
berbicara tentang negeri
nun bakal abadi.
Tawarlah harga berpencak iman
berparuh atau bertongkat hakikat
sehujung kuku merenang hayat.
======
:2013, TA
Sunday, February 17, 2013
GERAHAM TERKACIP
GERAHAM TERKACIP
Ayuhai tuan
lama nian gemalai pawana
harum berserak kemenyan lama
bermandi rempah akar beradat
terhunus budi manakah sifat
jenuh pula ruam berasak.
Kita ini tidak pujangga hai tuan
harum kata moga harum juga dalam hakikat
langkara jangan tuanlah jangan
ditabuh berkali buana melintang
takut-takut hancur pula akal ditentang
demikianlah khabarnya
kita kecil orang gahara
mana tercampak santun terjaga
ilmu sejengkal tidaklah pula
menjadi nakhoda di laut kata
semoga tuan demikianlah juga
tidak jauhari bahtera maya
menunding hafaz persetua sengketa
asal bergendang hendak pula membuka pencaknya
lebur tuan janganlah lebur
jangan disindir anak menantu
tegur tuan boleh menegur
jangan hilanglah adab dan malu
itulah semak kata kita
kata bersulam akar ibunda
semoga menjadi ruah sentosa
buat berpijak di bumi nyata.
Ayuhai tuan
lama nian gemalai pawana
harum berserak kemenyan lama
bermandi rempah akar beradat
terhunus budi manakah sifat
jenuh pula ruam berasak.
Kita ini tidak pujangga hai tuan
harum kata moga harum juga dalam hakikat
langkara jangan tuanlah jangan
ditabuh berkali buana melintang
takut-takut hancur pula akal ditentang
demikianlah khabarnya
kita kecil orang gahara
mana tercampak santun terjaga
ilmu sejengkal tidaklah pula
menjadi nakhoda di laut kata
semoga tuan demikianlah juga
tidak jauhari bahtera maya
menunding hafaz persetua sengketa
asal bergendang hendak pula membuka pencaknya
lebur tuan janganlah lebur
jangan disindir anak menantu
tegur tuan boleh menegur
jangan hilanglah adab dan malu
itulah semak kata kita
kata bersulam akar ibunda
semoga menjadi ruah sentosa
buat berpijak di bumi nyata.
Monday, December 31, 2012
2 0 1 3
2 0 1 3
Perpisahan di matanya
adalah terjemahan waktu
tumbuh bersayap hilang
senyum pun senyap
menampi jejak kenang
ke mari pesona hawa
cinta terjual di mana-mana
harganya tidak pernah mahal
apalagi di pesta bersumbu girang
tahun nan jelang
tidak ada yang selamat
di tangan kafilah khayal
bumbunya percikan
warna-warni syaitan
kita pun berlaga bahu
saling memberi restu.
Selamat Tahun Baru warga THMK.
-----------------
:31122012,TA
Perpisahan di matanya
adalah terjemahan waktu
tumbuh bersayap hilang
senyum pun senyap
menampi jejak kenang
ke mari pesona hawa
cinta terjual di mana-mana
harganya tidak pernah mahal
apalagi di pesta bersumbu girang
tahun nan jelang
tidak ada yang selamat
di tangan kafilah khayal
bumbunya percikan
warna-warni syaitan
kita pun berlaga bahu
saling memberi restu.
Selamat Tahun Baru warga THMK.
-----------------
:31122012,TA
Wednesday, December 26, 2012
B A T A S
B A T A S
Lidahku sujud ke hati
renangi pulau fikir
hanyir madah biar bernaung di bawah malam
yang kuingin seorang nyaman
datang berkandil tenang
berdiri di tingkap hasrat
lalu kubuka pintu fajar
menyapu segenap ombak
bawa jiwaku ke pantai.
Aku bukan kitab terbuka
bisa kaubaca dengan satu mata.
------------
:2012, TA
Saturday, December 15, 2012
FAKIR PUTIH
FAKIR PUTIH
Menyongsang bayu
dilayang kepak serindit
ukir ribuan tafsir
kitab-kitab hati pun terbuka
baca
bacalah
tanpa tahuku
Menyongsang bayu
dilayang kepak serindit
ukir ribuan tafsir
kitab-kitab hati pun terbuka
baca
bacalah
tanpa tahuku
kerana jurnal hidup
tidak pernah bertinta
bayang semalam
tancapan kasih yang menghilang
kauraba dengan sinar, nan sirna
lalu hujan pun kembali ke dasar
bertanya pada alam
ke mana cinta
yang paling mahal.
Di sini pernah tersasar kalimah
kusuterakan segala kisah
menjidat nafas ke muka arah
dalam sujud kian ratap
dan perjalanan adalah
menuju rumah harap
bertarikh kiamat.
~~~~~~~~
20121213,TA
tidak pernah bertinta
bayang semalam
tancapan kasih yang menghilang
kauraba dengan sinar, nan sirna
lalu hujan pun kembali ke dasar
bertanya pada alam
ke mana cinta
yang paling mahal.
Di sini pernah tersasar kalimah
kusuterakan segala kisah
menjidat nafas ke muka arah
dalam sujud kian ratap
dan perjalanan adalah
menuju rumah harap
bertarikh kiamat.
~~~~~~~~
20121213,TA
Thursday, December 6, 2012
P E R U L A N G A N
P E R U L A N G A N
Dan kemudian kaukembali
mengambil senyuman semalam
yang lupa kupulangkan.
Racun tersangkut di gunung silamku
menghafaz sirah dari tujuh lautan kalbu
yang bulan, yang bintang, yang aku
yang tertafsir sulit dikalungkan, ke leher siang
mataku bertanya
di mana tunas retorikamu
seusai usia kelam tertanam
merusuh takzim, si cenderawasih bersidang
meratib atau tunggu jempolan awan.
Sepertinya
pemanjangan mimpi itu cuma melontar madah
sosokmu yang terbingkai menyungai upaya
aku pun lemas
mati di atas kematian.
Aku puisikan sayang
kisah dari makam prahara
kaujengahlah sebentar
dan kita pun sibuk menghitung ruang.
~~~~~~~~~
20121206,TA
@selamatmenitimaghribheheheh~
Racun tersangkut di gunung silamku
menghafaz sirah dari tujuh lautan kalbu
yang bulan, yang bintang, yang aku
yang tertafsir sulit dikalungkan, ke leher siang
mataku bertanya
di mana tunas retorikamu
seusai usia kelam tertanam
merusuh takzim, si cenderawasih bersidang
meratib atau tunggu jempolan awan.
Sepertinya
pemanjangan mimpi itu cuma melontar madah
sosokmu yang terbingkai menyungai upaya
aku pun lemas
mati di atas kematian.
Aku puisikan sayang
kisah dari makam prahara
kaujengahlah sebentar
dan kita pun sibuk menghitung ruang.
~~~~~~~~~
20121206,TA
@selamatmenitimaghribheheheh~
Thursday, November 29, 2012
S E S E K A L I
Teratai Abadi
S E S E K A L I
Sesekali ... pulang ke rumah diri
cari telaga wangi
...
S E S E K A L I
Sesekali ... pulang ke rumah diri
cari telaga wangi
...
hujankan mimpi-mimpi
sesekali
simbah musim dengan erti
tekuk mengenang segala sakit
butiran kristal bersungai perih
sesekali
hati dicium sore
bisik mengundang ke pangkal takdir
pernah hadir mengukir takwil
Sesekali
aku duduk-duduk tepian kali
merenung wajah di cerah alir
dan bertanya pada tafsir
ke mana hilang tahun nan getir.
Kekasih
bulan mungkin penuh
hati jangan runtuh
belai nurani melerai keruh
Engkau yang pertama
Engkau kurayu ke akhir darwasa.
Rindu!
~~~~~~~~~
:20121129,TA
sesekali
simbah musim dengan erti
tekuk mengenang segala sakit
butiran kristal bersungai perih
sesekali
hati dicium sore
bisik mengundang ke pangkal takdir
pernah hadir mengukir takwil
Sesekali
aku duduk-duduk tepian kali
merenung wajah di cerah alir
dan bertanya pada tafsir
ke mana hilang tahun nan getir.
Kekasih
bulan mungkin penuh
hati jangan runtuh
belai nurani melerai keruh
Engkau yang pertama
Engkau kurayu ke akhir darwasa.
Rindu!
~~~~~~~~~
:20121129,TA
CATATAN ORANG KECIL
CATATAN ORANG KECIL
Kuyup jiwamu direnyai pandangku
tangan nafsu terharus jauh menenggek rimbun
hayat senafas diam tertusuk satu persatu
...
Kuyup jiwamu direnyai pandangku
tangan nafsu terharus jauh menenggek rimbun
hayat senafas diam tertusuk satu persatu
...
pun, masin tegarmu membidai hidup
di mimbar kuasa kaumenyeru si bala tentera
memanggang takdir dengan gaya nan penuh pesona
vokal mendayu berkepak ranting di tinggi mahu
intan pun melentur, arah telunjuk tidak tercebur
duhai betara orang budiman
memasang hasrat jangan tergadai kampung halaman
telanjanglah hari tuturmu simpan dalam acuan
tolehlah kelmarin manalah tahu anakmu tertinggal?
Di tengah rimba puisi
aku cuma pucuk hijau melata sendiri
selirat akar telahku sepuh menduga hakiki
semoga tuan tidak tersentak dalam naluri
cuma katakulah
kata orang kecil
di balai rong sedang diskusi
di pojok sunyi mata menatap menatah ambisi
kita tunggu saat berdebur
hitung terpalung dendamnya ampun!
~~~~~~~~~
:20121128,TA
di mimbar kuasa kaumenyeru si bala tentera
memanggang takdir dengan gaya nan penuh pesona
vokal mendayu berkepak ranting di tinggi mahu
intan pun melentur, arah telunjuk tidak tercebur
duhai betara orang budiman
memasang hasrat jangan tergadai kampung halaman
telanjanglah hari tuturmu simpan dalam acuan
tolehlah kelmarin manalah tahu anakmu tertinggal?
Di tengah rimba puisi
aku cuma pucuk hijau melata sendiri
selirat akar telahku sepuh menduga hakiki
semoga tuan tidak tersentak dalam naluri
cuma katakulah
kata orang kecil
di balai rong sedang diskusi
di pojok sunyi mata menatap menatah ambisi
kita tunggu saat berdebur
hitung terpalung dendamnya ampun!
~~~~~~~~~
:20121128,TA
Wednesday, November 21, 2012
P A L E S T I N A 11
P A L E S T I N A 11
Tanah itu belum pecah
bulan pijar mengeram duka
Yahudi sinis berwajah Tuhan
menghempas badai leluhur kala
merekalah umatan pilihan
amanah syaitan mendomba dada
di tanah itu masih berdengung
syair-tangis suci syuhada rentung
dalam gerimis darah menampung pilu
bonda di syurga, nanda masih menggalas sengketa
aduhai Ya Ilahi
kalau aku punya azimat
telah kubakar sebuah kisah
menjadi jambatan penunjuk akhiran
engkau bukan bangsa banggan
hanya dogma memutar sejarah
siapakah
siapakah
sudi menghulur lerai
jernih pandangan anak-anak kedinginan
belum sempat mengental rindu
nafas putus dihitung peluru
dan kita basah di alir doa
hanya itukah mampu?
=========
:20121121,TA
merekalah umatan pilihan
amanah syaitan mendomba dada
di tanah itu masih berdengung
syair-tangis suci syuhada rentung
dalam gerimis darah menampung pilu
bonda di syurga, nanda masih menggalas sengketa
aduhai Ya Ilahi
kalau aku punya azimat
telah kubakar sebuah kisah
menjadi jambatan penunjuk akhiran
engkau bukan bangsa banggan
hanya dogma memutar sejarah
siapakah
siapakah
sudi menghulur lerai
jernih pandangan anak-anak kedinginan
belum sempat mengental rindu
nafas putus dihitung peluru
dan kita basah di alir doa
hanya itukah mampu?
=========
:20121121,TA
Tuesday, November 6, 2012
PUISI MASIH PAGI
PUISI MASIH PAGI
Belajar membuka waktu
langkah dari sejuta wajah
dia ada di mana-mana
untuk setiap nafas
dunia bergoyang
dalam kaleng hidup
pintu di buka
sudu di tepi cawan
bibir bergegar menghirup
rasanya pun terkurung
dalam monolog sendiri
negeri entah-berantai
dia lelaki
dia juga perempuan
dia punya hati
dadanya masih berlubang.
===============
:20121106, 10:15am, TA
@suatusudutduniainiadaakukamu~
langkah dari sejuta wajah
dia ada di mana-mana
untuk setiap nafas
dunia bergoyang
dalam kaleng hidup
pintu di buka
sudu di tepi cawan
bibir bergegar menghirup
rasanya pun terkurung
dalam monolog sendiri
negeri entah-berantai
dia lelaki
dia juga perempuan
dia punya hati
dadanya masih berlubang.
===============
:20121106, 10:15am, TA
@suatusudutduniainiadaakukamu~
Friday, October 26, 2012
K E R I N D U A N
K E R I N D U A N
Mama
keraguan adalah bayang menelanjangi fitrahku
seperti kenang kembali yang kita ukirkan
kasih celahan jemari dewimu
dan embun menitis
ke bendang cinta kita bajaki
tanpa musim kering.
Rindu adalah melati mam
kembangnya sayup di jauh malam perih
ruang legar hayat ini
begitu haruman baluti sunyi
lurah lembah gunung kita jejaki
bayunya belum cukup dingin
tawari redup tatapmu
katamu, “Bergurulah dengan alam anakku.”
aku sedang mam
dengan belikat yang berparut
paluan belati tidak pernah jemu
menata kepingan hariku, tanpamu
nun jauh dirobos waktu.
Di mimbar mimpi
tanyaku berkepak ke pulau fikir
dengan apa harus kulukis mama
bila kanvasku tidak berwarna lagi.
============
:20121026, 2am, TA
@selamataharirayahaji~~
dan embun menitis
ke bendang cinta kita bajaki
tanpa musim kering.
Rindu adalah melati mam
kembangnya sayup di jauh malam perih
ruang legar hayat ini
begitu haruman baluti sunyi
lurah lembah gunung kita jejaki
bayunya belum cukup dingin
tawari redup tatapmu
katamu, “Bergurulah dengan alam anakku.”
aku sedang mam
dengan belikat yang berparut
paluan belati tidak pernah jemu
menata kepingan hariku, tanpamu
nun jauh dirobos waktu.
Di mimbar mimpi
tanyaku berkepak ke pulau fikir
dengan apa harus kulukis mama
bila kanvasku tidak berwarna lagi.
============
:20121026, 2am, TA
@selamataharirayahaji~~
Monday, October 22, 2012
RINDU TIDAK BERTALKIN
RINDU TIDAK BERTALKIN
Hujan demikian lebat
geliat liar takungi lereng-lereng asa
sujud mengeluh di pekan masa
mata pun melurut pada nisan kata
terkubur dan diam
dalam diam
kalau malam ini purnama datang
ada pesanku belum pernah tumbuh di kaca hati
terjungkir merdu keluar dengan lidah kusta
pendek sekali biratnya tetap ada duga
sangka, sangkakala
bertiup membangunkan mati yang hidup
di jiwa-jiwa merana
tanah nurani telah tercemar
oleh petah dunia
tersanjung di sini cuma.
Rindu tidak bertalkin
kita pun lupa arah pulang.
==============
:20120912,2;30am,TA
terkubur dan diam
dalam diam
kalau malam ini purnama datang
ada pesanku belum pernah tumbuh di kaca hati
terjungkir merdu keluar dengan lidah kusta
pendek sekali biratnya tetap ada duga
sangka, sangkakala
bertiup membangunkan mati yang hidup
di jiwa-jiwa merana
tanah nurani telah tercemar
oleh petah dunia
tersanjung di sini cuma.
Rindu tidak bertalkin
kita pun lupa arah pulang.
==============
:20120912,2;30am,TA
Wednesday, October 17, 2012
JAUH
JAUH
Sungguh kanda
rohku cumalah pualam
yang menari di piala kenangan
kerana kita tahu
itu adalah benang
sutera penyambung
kasih pertama
kubaca tika tatapmu jatuh
dalam sahara waktu.
=========
:20120117,TA
@makansataysambilbergossip~
kerana kita tahu
itu adalah benang
sutera penyambung
kasih pertama
kubaca tika tatapmu jatuh
dalam sahara waktu.
=========
:20120117,TA
@makansataysambilbergossip~
Thursday, October 4, 2012
NOTA BUAT TEMAN
NOTA BUAT TEMAN
yang menyamakan kita detik ini cumalah, sepasang mata saling terpaku,
tanpa salam tanpa basa-sapa kita lalu duduk dan bercerita tentang kolong
hidup nian berdebu.
"ini, secawan teh hangat buatmu," kataku lirih.
engkau adalah keasingan yang kutemui seputar diri. begitu teguh dari
pantulan cermin-cermin hakiki namun hujan yang kaubawa tidak pernah
tinggal kering.
begitulah
dalam aroma nafas silam,
kita saling mendakap angin dan perlahan kita biarkan darah itu bergenang
dalam perih mengasyik. kausenyumkan aku dan aku ...
kita hilangkan kabusan sepi yang lahar.
kita saling memberi, dalam pekat haruman malam tiba-tiba becakan
bekas-bekas luka itu kembali mengental. kaukatakan itulah yang pertama,
kelelahan berkaca dalam redup matamu, bolehkah aku berbaring di situ? dan
mengusapmu dalam salju membiru ...
sesungguhnya teman, aku
mengerti itu. tidak ada anggukan yang kuperlu, cukuplah gumpalan kristal
di tebing asamu dan perihnya kusambut dalam sendu.
untuk
sekali ini, dengarlah pesanku ... andai bahu ini belum cukup lembut
buatmu, datanglah mendekat dan kusediakan ruang paling seni, di rumah
hatiku. tidak ada ombak, tidak perlu bulan tidak juga unggas dan alam.
cuma kamu dan aku.
dan kita tegar berlindung, dari duri masa lalu.
sudikah?
============
:20121004, 3pm, TA
yang menyamakan kita detik ini cumalah, sepasang mata saling terpaku, tanpa salam tanpa basa-sapa kita lalu duduk dan bercerita tentang kolong hidup nian berdebu.
"ini, secawan teh hangat buatmu," kataku lirih.
engkau adalah keasingan yang kutemui seputar diri. begitu teguh dari pantulan cermin-cermin hakiki namun hujan yang kaubawa tidak pernah tinggal kering.
begitulah
dalam aroma nafas silam, kita saling mendakap angin dan perlahan kita biarkan darah itu bergenang dalam perih mengasyik. kausenyumkan aku dan aku ...
kita hilangkan kabusan sepi yang lahar.
kita saling memberi, dalam pekat haruman malam tiba-tiba becakan bekas-bekas luka itu kembali mengental. kaukatakan itulah yang pertama, kelelahan berkaca dalam redup matamu, bolehkah aku berbaring di situ? dan mengusapmu dalam salju membiru ...
sesungguhnya teman, aku mengerti itu. tidak ada anggukan yang kuperlu, cukuplah gumpalan kristal di tebing asamu dan perihnya kusambut dalam sendu.
untuk sekali ini, dengarlah pesanku ... andai bahu ini belum cukup lembut buatmu, datanglah mendekat dan kusediakan ruang paling seni, di rumah hatiku. tidak ada ombak, tidak perlu bulan tidak juga unggas dan alam. cuma kamu dan aku.
dan kita tegar berlindung, dari duri masa lalu.
sudikah?
============
:20121004, 3pm, TA
Monday, October 1, 2012
K E N A N G A N
K E N A N G A N
ketika ini aku hanya duduk sayang, mengetik-ngetik rasa dengan sejuta
warna. engkau yang selalu pulangkan resah, dalam lamunan manakah kita
lagukan pasrah?
matahari hampir terbenam lagi. ada sepotong
mimpi yang kupuja dari aliran ikral tidak pernah tuntas. tiada permulaan
entah di mana pula akhiran. pilu menumbuhkan mendung di hati, berkarat
sudah namun tetap bergayutan tanpa talinya. selalu basah sayang, sunyi
itu merembes-rembas. rahsia pun jadi santapan luka. hingga calar-balar
seluruh ruang mengeja gelora. sakit sungguh bila namanya ketabahan.
aku hanya mampu hidangkan secangkir kopi, dari kepekatan kama nan
silam. tidak ada macaroons, apa lagi vanila dalam sulaman kasih sayang.
cuma kopi, aku dan masa lalu.
~~~~~~~~~~~~~~
:20121002,4:20PM, TA
aku hanya mampu hidangkan secangkir kopi, dari kepekatan kama nan silam. tidak ada macaroons, apa lagi vanila dalam sulaman kasih sayang. cuma kopi, aku dan masa lalu.
~~~~~~~~~~~~~~
:20121002,4:20PM, TA
Wednesday, September 5, 2012
SEBUAH CERITA
Engkau adalah takdir
yang pulang ke ranjang silam.
Ketika malam membangunkan rindu
daunan waktu pun berserak di kaki kamar
mengetuk-ngetuk pintu damai
bersama seberkas senyuman membuai
hingga dini begitu resah
memunggah benih hayat.
Ini darah
adalah keris
terukir dari rentasan
fajar yang gugur
ke lopak hari.
Engkau adalah takdir
yang tumbang dibakar gerimis.
==========
:Teratai Abadi
20120903,2:22am
@kamargelaptidakbernama~
Engkau adalah takdir
yang pulang ke ranjang silam.
Ketika malam membangunkan rindu
daunan waktu pun berserak di kaki kamar
mengetuk-ngetuk pintu damai
bersama seberkas senyuman membuai
hingga dini begitu resah
memunggah benih hayat.
Ini darah
adalah keris
terukir dari rentasan
fajar yang gugur
ke lopak hari.
Engkau adalah takdir
yang tumbang dibakar gerimis.
==========
:Teratai Abadi
20120903,2:22am
@kamargelaptidakbernama~
daunan waktu pun berserak di kaki kamar
mengetuk-ngetuk pintu damai
bersama seberkas senyuman membuai
hingga dini begitu resah
memunggah benih hayat.
Ini darah
adalah keris
terukir dari rentasan
fajar yang gugur
ke lopak hari.
Engkau adalah takdir
yang tumbang dibakar gerimis.
==========
:Teratai Abadi
20120903,2:22am
@kamargelaptidakbernama~
Subscribe to:
Posts (Atom)