Menyongsang bayu
dilayang kepak serindit
ukir ribuan tafsir
kitab-kitab hati pun terbuka
baca
bacalah
tanpa tahuku
kerana jurnal hidup
tidak pernah bertinta
bayang semalam
tancapan kasih yang menghilang
kauraba dengan sinar, nan sirna
lalu hujan pun kembali ke dasar
bertanya pada alam
ke mana cinta
yang paling mahal.
Di sini pernah tersasar kalimah
kusuterakan segala kisah
menjidat nafas ke muka arah
dalam sujud kian ratap
dan perjalanan adalah
menuju rumah harap
bertarikh kiamat.
~~~~~~~~
20121213,TA
tidak pernah bertinta
bayang semalam
tancapan kasih yang menghilang
kauraba dengan sinar, nan sirna
lalu hujan pun kembali ke dasar
bertanya pada alam
ke mana cinta
yang paling mahal.
Di sini pernah tersasar kalimah
kusuterakan segala kisah
menjidat nafas ke muka arah
dalam sujud kian ratap
dan perjalanan adalah
menuju rumah harap
bertarikh kiamat.
~~~~~~~~
20121213,TA
No comments:
Post a Comment