Followers

Carian Dalam Blog Ini

Showing posts with label Mie Sah. Show all posts
Showing posts with label Mie Sah. Show all posts

Friday, July 5, 2013

BILA AKU TIDAK BOLEH BERKATA APA-APA

BILA AKU TIDAK BOLEH BERKATA APA-APA

tika ini
sukarnya menjadi seorang aku
memilih untuk diam
memilih untuk tidak berkata apa-apa
memilih untuk memerhati saja
....sukarnya menjadi perindu
menahan sarat rasa
hingga adakalanya menyesak dada
hingga adakalanya memenuhi kepala
...berpalingkah?
pergi begitu saja....

~HaSa
070713

Thursday, July 4, 2013

ADILNYA ALAM

ADILNYA ALAM

saat siang menerima takdirnya...
relakan saja malam itu hadir..
bak kehidupan ini..
pada setiap yang hilang akan ada penggantinya..
pada setiap yang pergi akan ada datangnya..
walau ...pastinya tidak sama..
kalau siang ada mentari..
pada malam juga ada bulan..
bukankah itu sudah cukup adil?
lihatlah pada indahnya malam
biarpun tidak sehangat siang...
yang cantik itu bukan hanya di mata..
hanya hati yang mengerti
....SELAMAT MALAM ... ~ HaSa 020713.

BUKAN TIDAK MAHU

BUKAN TIDAK MAHU

Bukan tidak mahu menerima

apalagi untuk menyimpan

Bukan tidak mahu berbicara

apalagi untuk bermesra

Bukan tidak mahu berjalan seiring

apalagi untuk berlari..

Bukan kerana tidak mahu..

tetapi.... kerana....

aku tidak ingin hati terluka

apalagi kecewa..

kuingin tinggalkan cerita lama

di dasar hati

biar mendap dan menjadi sisa..

~ HaSa
Taiping.

Sunday, June 30, 2013

SIA-SIA

SIA-SIA

tulisan akan hanya menjadi sia-sia bila tidak difahami maksudnya..
tulisan juga akan menjadi tidak bererti bila dipandang sepi..
dan
kata-kata menjadi celaru bila keliru bertemu..
kata-kata menjadi diam bila setiap huruf gugur satu per satu...
~ Hasa 300613