Hari Anugerah Cemerlang
Kalimah keramat
anak itu ibarat kain putih
ibu bapalah yang mencorakkannya
hitam atau putih
cop sirim mana yang dipilih
terpulanglah
di sekolah
gurulah ibu
gurulah ayah
demi anak bangsa tercinta
amanat di pundak tanggungjawab digalas
melahirkan modal insan
yang cemerlang, gemilang terbilang
duniawi dan ukhrawi
yang rajin berusaha jaya
mengaut ilmu bak lautan tak bertepi
menyerap ilmu bak span
digelar bijak pandai
cerdik pintar bestari
dan entah apa-apa lagi
yang malas melepas
buat-buat pana
terlentang terkangkang terbungkang
gembira riang ria meriah
tetap datang ke sekolah
hari ini
pengisytiharan dimahsyurkan
kejayaan menduga akal
anugerah digapai
ibubapa besar hati bangga
senyuman meleret megah
anakku tahniah!
wahai ibu wahai bapa
anak-anak cerminan bayangan
darah daging kita
usah dipuja mulia
didewa-dewa
usah diburuk keji
dihina-hina
sepanjang masa
kerana IQ, EQ dan SQ
mereka berbeza-beza
anak-anak kita
pantulan kita
maruah kita
amanah kita
usah lupa
kain putih tercorak
sebagaimana acuan
begitulah jadinya
Cma
1.25 tengah hari
131213
No comments:
Post a Comment