Kaca.
Sudah kaulihat kaca itu retak
tapi masih juga engkau pijak.
Lantai kaca pecah berderai
cinta kita pun terlerai.
HAdira Kifly
12102013, 05:05
Keramat, Kuala Lumpur
Followers
Carian Dalam Blog Ini
Showing posts with label Hadira Kifly. Show all posts
Showing posts with label Hadira Kifly. Show all posts
Sunday, October 27, 2013
Tuesday, October 15, 2013
Jalanan.
Jalanan.
Aku melangkah di jalan yang terang
berliku, berlubang.
Aku melangkah di jalan yang gelap
kelabu, berasap.
Sesat?
Dipersilakan pulang.
HAdira Kifly
09102013 18:30
Aku melangkah di jalan yang terang
berliku, berlubang.
Aku melangkah di jalan yang gelap
kelabu, berasap.
Sesat?
Dipersilakan pulang.
HAdira Kifly
09102013 18:30
Wednesday, September 25, 2013
Menunggu Rebah.
Menunggu Rebah.
Sayap-sayap itu sudah tidak terbang tinggi
cuma hinggap di ranting patah
sasarnya begitu rendah
menunggu jatuh, lalu rebah.
HAdira Kifly
20092013 23:45
Keramat, Kuala Lumpur.
Sayap-sayap itu sudah tidak terbang tinggi
cuma hinggap di ranting patah
sasarnya begitu rendah
menunggu jatuh, lalu rebah.
HAdira Kifly
20092013 23:45
Keramat, Kuala Lumpur.
Wednesday, June 26, 2013
Teduhan Janji.
Teduhan Janji.
Menitis
air hujan
terpisah dua
jasad dan nyawa.
Menitis
air mata
berpisah juga
amal di dunia.
Mengalir
alir hiba
waktu bonda
dijemput Yang Esa.
Mengalir
alir duka
hilangnya bonda
kekasih suka duka.
Kupadam
api resah
kilang gundah
demi sebuah janji.
Kupadam
apisepi
mengejar mimpi
semoga jadi realiti.
HAdira Kifly
12062013 10:06
Pulau Pinang, Malaysia.
Menitis
air hujan
terpisah dua
jasad dan nyawa.
Menitis
air mata
berpisah juga
amal di dunia.
Mengalir
alir hiba
waktu bonda
dijemput Yang Esa.
Mengalir
alir duka
hilangnya bonda
kekasih suka duka.
Kupadam
api resah
kilang gundah
demi sebuah janji.
Kupadam
apisepi
mengejar mimpi
semoga jadi realiti.
HAdira Kifly
12062013 10:06
Pulau Pinang, Malaysia.
Wednesday, March 27, 2013
Melentur Hajat Bertemu Hasrat II
Melentur Hajat Bertemu Hasrat II
Biar berdarah pekat
pastikan hasrat tidak tersekat
pastikan pasak terpasak
bergerak terus maju
penuh semangat
tidak berlumpur
usah mabur
tidak luntur
selagi hajat
belum bertemu hasrat.
HAdira Kifly
Bandar Baru Bangi
21032013 23:38
Biar berdarah pekat
pastikan hasrat tidak tersekat
pastikan pasak terpasak
bergerak terus maju
penuh semangat
tidak berlumpur
usah mabur
tidak luntur
selagi hajat
belum bertemu hasrat.
HAdira Kifly
Bandar Baru Bangi
21032013 23:38
Sunday, January 13, 2013
Dosa Di Kota Cinta.
Dosa Di Kota Cinta.
Dia menari
dengan gaya seksi
di atas pentas
semua jadi saksi
mengutip dosa
di kota cinta.
Dia berdiri
dengan gaya seksi
di atas pentas
semua jadi saksi
mengutip dosa
di kota cinta.
Dia turun
tanpa gaya seksi
dari atas pentas
tidak lagi beraksi
mengutip dosa
di kota cinta.
HAdia Kifly
Bandar Baru Bangi
21122012 @ 21:05
Dia menari
dengan gaya seksi
di atas pentas
semua jadi saksi
mengutip dosa
di kota cinta.
Dia berdiri
dengan gaya seksi
di atas pentas
semua jadi saksi
mengutip dosa
di kota cinta.
Dia turun
tanpa gaya seksi
dari atas pentas
tidak lagi beraksi
mengutip dosa
di kota cinta.
HAdia Kifly
Bandar Baru Bangi
21122012 @ 21:05
Friday, January 11, 2013
Belum Lupa.
Belum Lupa.
Aku belum lupa
bentuk bulan yang kelihatan bulat
yang dipandang indah dari bumi
yang dipuja dengan teruja hati.
Aku belum lupa
lumpur yang kaupalit di dahi
yang dihidu busuk serba serbi
yang dihina dengan teruja hati.
Aku belum lupa
kauhimpun bulan dan lumpur
kaurangkumkan di kanvas beku
atas wajah milik aku.
HAdira Kifly
Bandar Baru Bangi
08012013 , 22:29
Aku belum lupa
bentuk bulan yang kelihatan bulat
yang dipandang indah dari bumi
yang dipuja dengan teruja hati.
Aku belum lupa
lumpur yang kaupalit di dahi
yang dihidu busuk serba serbi
yang dihina dengan teruja hati.
Aku belum lupa
kauhimpun bulan dan lumpur
kaurangkumkan di kanvas beku
atas wajah milik aku.
HAdira Kifly
Bandar Baru Bangi
08012013 , 22:29
Sunday, January 6, 2013
Lensa.
Lensa.
Lensa kamera itu aku petik
merakam matahari terbit
di luar sedar aku
aku rakam gadis dan teruna
asyik menikmati sinar suria pagi
aku terdiam.
Itu biasan engkau dan aku
sebelum dua jadi satu.
HAdira Kifly
Bandar Baru Bangi
08:49 22122012
Lensa kamera itu aku petik
merakam matahari terbit
di luar sedar aku
aku rakam gadis dan teruna
asyik menikmati sinar suria pagi
aku terdiam.
Itu biasan engkau dan aku
sebelum dua jadi satu.
HAdira Kifly
Bandar Baru Bangi
08:49 22122012
Sunday, December 16, 2012
CENDAWAN
CENDAWAN
Cendawan
dari atas nampak bulat
berdiri sendiri
menumpang di hujung kaki
putihnya suci
jalurnya kelabu
dimakan enak sekali
lembut dicelah gigi
dipijak lekat di telapak kaki
hilang seri
.
HAdira Kifly
Budak Kasut
Seremban, NS
10:54 15122012
putihnya suci
jalurnya kelabu
dimakan enak sekali
lembut dicelah gigi
dipijak lekat di telapak kaki
hilang seri
.
HAdira Kifly
Budak Kasut
Seremban, NS
10:54 15122012
Saturday, December 15, 2012
SEPETANG YANG BISU
SEPETANG YANG BISU
Petang itu masih bisu
tanpa nafas sang bayu
ada menemani aku
awan pun berarak berlalu
pepohon kelihatan layu
sayu
hanya titis gerimis
memecah lamunan
saat petang mula hilang
ditelan gelap malam
yang tinggal cuma aku
tenggelam dalam alunan lagu
mendayu
tanpa kamu
.
HAdira Kifly
Hati Arjuna
Bandar Baru Bangi
16:50 01122012
pepohon kelihatan layu
sayu
hanya titis gerimis
memecah lamunan
saat petang mula hilang
ditelan gelap malam
yang tinggal cuma aku
tenggelam dalam alunan lagu
mendayu
tanpa kamu
.
HAdira Kifly
Hati Arjuna
Bandar Baru Bangi
16:50 01122012
Friday, November 16, 2012
Thursday, November 15, 2012
REPUT
REPUT
aku terpaut
di dahan reput
angin yang berpuput lembut
aku terpaut
di dahan reput
angin yang berpuput lembut
membawa aku berlayar di tengah laut
hanyut
maut
.
-HAdira Kifly-
Sayang Cendana
Pokok Tampang
21:04 14112012
hanyut
maut
.
-HAdira Kifly-
Sayang Cendana
Pokok Tampang
21:04 14112012
Wednesday, October 31, 2012
HUJAN PELANGI
HUJAN PELANGI
Antara hujan yang jatuh membasahi bumi
selepas panas bertukar ganti
tompok awan hitam masih mengiringi
mencari bintik-bintik tari asli
mentafsir noda-noda benci
menghalang angin berlari.
Antara pelangi yang datang menghampiri
selepas sejuk salju mula berhenti
titisan hujan masih mengiringi
mencari rintik-rintik air di kali
melihat lahar gunung merapi
menghalang tanah terpalit salji.
HAdira Kifly
Hati Bidadari
Bandar Baru Bangi
27072012 , 23:20
tompok awan hitam masih mengiringi
mencari bintik-bintik tari asli
mentafsir noda-noda benci
menghalang angin berlari.
Antara pelangi yang datang menghampiri
selepas sejuk salju mula berhenti
titisan hujan masih mengiringi
mencari rintik-rintik air di kali
melihat lahar gunung merapi
menghalang tanah terpalit salji.
HAdira Kifly
Hati Bidadari
Bandar Baru Bangi
27072012 , 23:20
Saturday, October 27, 2012
SESAAT DI HUJUNG WAKTU
SESAAT DI HUJUNG WAKTU
Pandanganku jatuh ke belakang sesaat
dari payungku ke atas ribaanmu
melepaskan lelahku di angin lalu
dan aku pun berlalu.
Semoga nanti kita akan bertemu
di hujung waktu.
HAdira Kifly
Bandar Baru Bangi
Hati Arjuna
22102012 08:54
Semoga nanti kita akan bertemu
di hujung waktu.
HAdira Kifly
Bandar Baru Bangi
Hati Arjuna
22102012 08:54
Sunday, October 14, 2012
MELAPAH MUNTAH
MELAPAH MUNTAH
Meluahkan muntah dalam bakul sampah
menghamburkan nanah bersama darah
menyucikan mulut dengan kain basah
rupanya nasi itu bergetah
Daging itu masih mentah
tak lalu makan, lapah
jangan sampai kau muntah
nanti kau yang parah.
HAdira Kifly
Bandar Baru Bangi
Arjuna Hati
12102012 , 22:51
p/s: dorry, dira mmg saja nak bagi lari tajuk. so, harap tiada yang mempertikai tajuk tu. huhu -_-
Daging itu masih mentah
tak lalu makan, lapah
jangan sampai kau muntah
nanti kau yang parah.
HAdira Kifly
Bandar Baru Bangi
Arjuna Hati
12102012 , 22:51
p/s: dorry, dira mmg saja nak bagi lari tajuk. so, harap tiada yang mempertikai tajuk tu. huhu -_-
Tuesday, October 9, 2012
Teratai
Teratai
Di tasik biru lautan madu
berkocak air sampan berlalu
kiambang bertaut biduk berlalu
rindu terataiku rindu.
Dikelilingi wangian kasturi
indahmu bak bidadari
bila tersenyum sentiasa berseri
menari terataiku menari.
Dakap kasihku ditubuhmu
dengan selimut baldu
dari daun berwarna biru
sendu terataiku sendu.
Usah berembun di dedaunan
suria berkilau teratai kekeringan
embun pun hilang tanpa pesan
kasihan terataiku kasihan.
HAdira Kifly
Sayang Cendana
Bandar Baru Bangi
09102012 , 00:34
Khas buat Teratai Abadi dan Cik Comot. hehe
Dikelilingi wangian kasturi
indahmu bak bidadari
bila tersenyum sentiasa berseri
menari terataiku menari.
Dakap kasihku ditubuhmu
dengan selimut baldu
dari daun berwarna biru
sendu terataiku sendu.
Usah berembun di dedaunan
suria berkilau teratai kekeringan
embun pun hilang tanpa pesan
kasihan terataiku kasihan.
HAdira Kifly
Sayang Cendana
Bandar Baru Bangi
09102012 , 00:34
Khas buat Teratai Abadi dan Cik Comot. hehe
USAH HIRAU
USAH HIRAU
Usah hirau
apa jenis racun yang dihidang
dalam santapan ketika berperang
biarkan dan tinggalkan sendirian.
Usah hirau
gadis gila di jalanan
teruskan berjalan
jangan pandang ke belakang
kelak kau menyesal tak berkesudahan.
Usah hirau
jika si katak asik melalak
baik kau buat pekak
dari bising macam gagak.
Usah hirau
kalau kau mahu madu
bukan tuba atau hempedu
buat kau tersenyum ria
bila kau terus maju dan berjaya.
HAdira Kifly
Hati Bidadari
Bandar Baru Bangi
08102012 21:50
Usah hirau
gadis gila di jalanan
teruskan berjalan
jangan pandang ke belakang
kelak kau menyesal tak berkesudahan.
Usah hirau
jika si katak asik melalak
baik kau buat pekak
dari bising macam gagak.
Usah hirau
kalau kau mahu madu
bukan tuba atau hempedu
buat kau tersenyum ria
bila kau terus maju dan berjaya.
HAdira Kifly
Hati Bidadari
Bandar Baru Bangi
08102012 21:50
Sunday, October 7, 2012
SEBELUM TERHENTI, MATI.
SEBELUM TERHENTI, MATI.
Sehabis kata merapuh minda
guruh memecah angin lalu
halilintar pun bersabung memecah sendu
memanah ria dalam gelita
mencubit rasa mengail bahasa.
Usah termenung menunggu waktu
berjalan perlahan asalkan bermula
menangkap seruan si gembala
memulakan rangkap dalam membaca
agar nanti tidak kaku
lantas terhenti, mati.
HAdira Kifly
Hati Bidadari
Bandar Baru Bangi
06102012 , 21:51
mencubit rasa mengail bahasa.
Usah termenung menunggu waktu
berjalan perlahan asalkan bermula
menangkap seruan si gembala
memulakan rangkap dalam membaca
agar nanti tidak kaku
lantas terhenti, mati.
HAdira Kifly
Hati Bidadari
Bandar Baru Bangi
06102012 , 21:51
MENJAMAH ASA
MENJAMAH ASA
Yang penat menanti
hujan turun dari awanan mendung
menutup tirai lesu
embun pun menitis laju
menempias di jendela asa
aku pun terkaku
diam seribu bahasa.
HAdira Kifly
Hati Bidadari
Bandar Baru Bangi
06102012 , 23:34
menempias di jendela asa
aku pun terkaku
diam seribu bahasa.
HAdira Kifly
Hati Bidadari
Bandar Baru Bangi
06102012 , 23:34
Saturday, September 29, 2012
MEMANAH RINDU
MEMANAH RINDU
Belai jiwaku
elus lembut hujung rambut
katakan segunung rindu
dan sayang pun bersambut
pegang hatiku
andai engkau masih ragu
belah dadaku
rodok jantungku
alirkan getah merah beku
tadahkan semangkuk darah
yang kian bernanah
ditujam sebusur panah
HAdira Kifly
Arjuna Hati
Tasek Gelugor, PP
27092012 , 14:27
pegang hatiku
andai engkau masih ragu
belah dadaku
rodok jantungku
alirkan getah merah beku
tadahkan semangkuk darah
yang kian bernanah
ditujam sebusur panah
HAdira Kifly
Arjuna Hati
Tasek Gelugor, PP
27092012 , 14:27
Subscribe to:
Posts (Atom)