Followers

Carian Dalam Blog Ini

Showing posts with label Haney Qaseh. Show all posts
Showing posts with label Haney Qaseh. Show all posts

Thursday, October 25, 2012

~~BingkisanKu~~

~~Bingkisan Ku~~

Ingat
semasa cinta hadir
diuli hati kita
kita sama terima
antara cintaku
dan cintamu.
kita pasrah pada
pertemuian itu

Ingat
setelah kusentuh cintamu
kausentuh cintaku
kita mnejadi insan perindu
pada hari indah kita.
di sini kita bertemu
di sini kita mencurah rasa
kerana jarak kita terlalu jauh
namun cinta kita pupuk bersama
msg dan di muka buka.
berbisik rasa dihandphone..

Ingat
setiap bisikanmu
setiap bisikanku
kita simpan buat azimat cinta kita
di kala sepi mendatang
di kala rindu berkunjung..
kita tetap bahagia
kerana engkau dan aku
menjaga CINTA kita..(harapanku)

Ingat
setiap pejuru alam
telah kukhbarkan
bahawa aku sudah dimiliki
oleh insan yang memahami jiwaku
insan yang sentiasa tersenyum pada
tangisku
pada dukaku..

Itu adalah kau.............pujaan hatiku...

Kerana aku juga
insan yang lembut pada cinta..
sentiasa menjaga
walau sejuta kumbang yang hadir
aku pilihan dirimu...

Usah ragu.....

~~Haney Qaseh~~
9.44am
25102012

~~UNTUKMU~~

~~UNTUKMU~~

Dalam tutur bicara
kutelah cuba guna
seindah mutiara
yang sentiasa terpilihara
di dasar laut.

Sedalam mana
ungkapanku
pasti ku tahu
sebuah nilai kasihku
yang terlahir
di lubuk jiwaku

Kini ayat-ayat cinta
yang ku semat didada
kasihmu..
adalah hadir dari jiwaku
yang suci dan tulus
tiada sedikit tercalar
dek keraguanku..

Kerana ayat-ayat cintaku
bukan mudahku
taburkan pada semua insan
ia terlalu berharga
bagi insan yang mengerti
rindu dan sayangku
kerana aku terlalu
sayang pada tugu CINTAku..

Jagalah
hiaslah
seindah teman-teman
yang indah dan mekarlah
bersama bunga kasihmu..

Harapanku
terlalu tinggi
padamu...
hingga kini...

~~Haney Qaseh~~
8.40am
25102012