Followers

Carian Dalam Blog Ini

Showing posts with label Anis Ganu. Show all posts
Showing posts with label Anis Ganu. Show all posts

Tuesday, December 18, 2012

Dia

Anis Ganu

{ Dia }

dia tidak pernah
kenal senang

dia tidak pernah
kenal bahagia

dia tidak pernah
kenal selesa

dia hanya kenal penderitaan
kesusahan dan kesukaran

di laut
ia memburu ikan

di hutan
ia memburu rasa

akhirnya di ladang
ia memburu senang

~Anis Ganu~

Monday, December 3, 2012

pantai ini

......................pantai ini.............................

di pantai ini di gigi ombak
kubina istana pasir
tiga bilik tidur, satu bilik tamu dan dapur

kumerasa bahagia sekali biarpun ia hanya fantasi
seolah-olah aku adalah puteri raja
segala kumahu segala kupunya


oh indahnya hidup ini
kalaulah begini
namun ia hanya mimpi
kerana sebentar lagi
ombak akan datang
merobohkan istanaku ini
dan aku pun kembali ke alam realiti.........

karya: anis ganu

Thursday, November 22, 2012

ENGKAU

ENGKAU

engkau aku rindu,
engkau datang kepadaku di saat aku perlu,
engkau sentiasa bertanya khabar tenntang diriku,
aku merinduimu
cepatlah datang kepadaku,
engkau sentiasa di hatiku.....

karya: Anis Ganu