Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Thursday, November 14, 2013

CERITA INI

CERITA INI

Ini cerita kita
kita yang memilih tajuknya
kita juga yang mencorak jalan ceritanya
dan kita juga yang melakonkan wataknya
lalu kita mula memainkan peranan
…tanpa skrip
tanpa suntingan
tanpa arahan.

Cerita ini muncul tiba-tiba
kita lakonkannya dengan kata hati
wataknya mudah
kita bertemu
lalu jatuh cinta
cerita biasa
tanpa kejutan

:yang ada
cuma perasaan.

Cerita ini masih berterusan
belum ada titik pengakhirannya
cuma pentasnya telah bertukar
wataknya juga berbeza
dan di akhirnya cerita ini
kita masih bersama
namun berlainan pandang

…dan perasaan?

Cerita ini telah menceritakannya… .

Qalam Bertinta
Klang
13112013
1417pm

No comments:

Post a Comment