Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Tuesday, November 12, 2013

Di manakah sekuntum bunga!!!

Di manakah sekuntum bunga!!!

Menguntum senyuman di hujung mekar sekuntum bunga
seri kelopaknya menutup tirai wacana semalam
merenung jauh melontar sisipan resah
walau hanya secarik cuma
mengutip rindu semalam dijadikan hamparan lena tidurnya
bermimpikan sepi di dalam bicara sinar rembulan.

Indah.... tiada bahasa mahupun kata-kata
untuk mentafsirkannya
biarpun biasan cahayanya itu tidak secerah mentari
namun ia bisa mencerahkan semula
sekeping hati yang ingin bertatih
mengorak langkah demi mengukir sebentuk senyuman
kerna terukir senyuman adalah lembaran mekar sekuntum bunga
di manakah sekuntum bunga!!!
di alam yang tiada tercoret tertulisnya

0655am 12 nov 2013
Cucu Raja Gompong AnuarAhmad

No comments:

Post a Comment