Cinta sebutir telur.
Cinta itu boleh kuumpamakan
bagai sebutir telur goreng
di tepinya putih dan pejal, kenyal
di tengahnya pula kuning dan amat lembut
saling bergabung
dan saling tampung menampung
andainya hilang putihnya
akan sepilah kuning telur itu
dan hilanglah keindahan
sebutir telur goyang
di dalam sebungkus nasi lemak.
Hik hik hik,
lama tak buat lawak.
Jangan marah haaaaa!
ss/spl/pm ... 10/01/2013.
Followers
Carian Dalam Blog Ini
Showing posts with label Tema Kecindan. Show all posts
Showing posts with label Tema Kecindan. Show all posts
Friday, January 11, 2013
Topeng Pak Belang.
Topeng Pak Belang.
Pasti Jauhari tidak mengenali Manikam
kalau Manikam tidak menikam dari belakang
di sisi tepi Manikam buat-buat tak pandang
tapi di belakang dia tertawa girang.
Hai! Manusia belerang
memang suka menunjuk belang.
ss/spl/pm ... 09/01/2013.
Pasti Jauhari tidak mengenali Manikam
kalau Manikam tidak menikam dari belakang
di sisi tepi Manikam buat-buat tak pandang
tapi di belakang dia tertawa girang.
Hai! Manusia belerang
memang suka menunjuk belang.
ss/spl/pm ... 09/01/2013.
Tuesday, January 8, 2013
~ Seloka Nasihat Diri ~
~ Seloka Nasihat Diri ~
puh kaney puh kiri
hati seney duit mari
bilo seney mu suko bejoli
bejoli sano bejoli sini
tiko bejoli tak ingat hari
hari susoh baru mu tahu nanti.
pun kaney puh kiri
hidup seney jange lupo diri
jange megah dey agah samo sekali
tiko susoh saing sobat pun jauhi
kerano perangai buruk ore ramai jugok pun benci.
puh kaney puh kiri
tika seney ingatlah mati
kerano mati itu mesti
kito lari ia tetap akan cari
walaupun daley peti besi.
isma_iaf
puh kaney puh kiri
hati seney duit mari
bilo seney mu suko bejoli
bejoli sano bejoli sini
tiko bejoli tak ingat hari
hari susoh baru mu tahu nanti.
pun kaney puh kiri
hidup seney jange lupo diri
jange megah dey agah samo sekali
tiko susoh saing sobat pun jauhi
kerano perangai buruk ore ramai jugok pun benci.
puh kaney puh kiri
tika seney ingatlah mati
kerano mati itu mesti
kito lari ia tetap akan cari
walaupun daley peti besi.
isma_iaf
Friday, January 4, 2013
Mahu Gelak
aku bukan pelawak
yang boleh buat kamu ketawa terbak-bahak
aku hanya mencuit hati
dengan bait puisi
mahu gelak
tunggu maharaja lawak
aku tak melawak
sungguh lawak
itu rancangan maharaja lawak...
CNM
Hari Cemburu!
Hari Cemburu!
aku rasa
jika hari ada jiwa
tentu ada cemburu di hati mereka
yang paling ketara
tentu Jumaat paling terasa
kerana ramai manusia
berwangi-wangi bergurau senda
menambah mesra
intim bermanja
melepaskan gelora di dada...
kih, kih...
CNM
aku rasa
jika hari ada jiwa
tentu ada cemburu di hati mereka
yang paling ketara
tentu Jumaat paling terasa
kerana ramai manusia
berwangi-wangi bergurau senda
menambah mesra
intim bermanja
melepaskan gelora di dada...
kih, kih...
CNM
Thursday, January 3, 2013
Naik Lemak
Naik Lemak
kalau kita tak banyak bergerak
makan minum melepak
senamannya tidak
badan berketak-ketak
naik lemak...
kalau kita tak henyak
biar saja orang pijak
makin lama makin mendesak
diinjak-injak
naik lemak...
kalau asyik makan nasi lemak
lauknya bertimbun banyak
sampai nafas naik sesak
alamak!
kamu fikirlah, naik tak lemak?...
CNM, 2/1/13, 9.40pm, THMK
kalau kita tak banyak bergerak
makan minum melepak
senamannya tidak
badan berketak-ketak
naik lemak...
kalau kita tak henyak
biar saja orang pijak
makin lama makin mendesak
diinjak-injak
naik lemak...
kalau asyik makan nasi lemak
lauknya bertimbun banyak
sampai nafas naik sesak
alamak!
kamu fikirlah, naik tak lemak?...
CNM, 2/1/13, 9.40pm, THMK
Tuesday, January 1, 2013
dua hari bulan satu dua ribu tigasbelas
dua hari bulan satu dua ribu tigasbelas
cuti dah lepas
esok memula tugas
tugas banyak perlu digalas
membantu murid capai yang teratas
tak boleh malas
tak boleh culas
moga kaki tangan tak kebas
perut tak memulas
nak masuk kelas
bukan masuk tandas
buang hampas...
malam ni kena tidur pukul sebelas
esok pagi bangun badan cergas
tak terbabas
kena bergerak pantas
nanti sesak lalu lintas
hati jadi panas
emosi jadi ganas
tindakan boleh jadi luar batas
asyik nak melibas
orang pun rimas
melemas.
CNM, 1/1/13, 9.37pm, THMK.
Oreo.
Oreo.
Gosok-gosok perut
tersandar muka berkerut
perut sudah memboyot
bagai dalaman dibadai ribut
makan terlebih episod
berparut di tepi sudut
penangan biskut dicelup enjut.
Putar, jilat, celup dan makan.
ss/spl/pm ... 01/01/2013.
Subscribe to:
Posts (Atom)