Followers

Carian Dalam Blog Ini

Monday, November 11, 2013

BENCI UBAT

BENCI UBAT

Tekak terasa perit
kepala sakit, ingin menjerit
perut meragam, senak menusuk-nusuk
air jernih mengalir, mengundang rintih.
Sakit.

Preskripsi. Ubat disuruh telan. Dua biji tiga kali sehari selepas makan. Ini arahan.

Muka bertambah kelat. Bibir muncung mengalahkan itik. Dua biji kecil katanya, namun tahukah dia kecil lagi si anak tekak. Rasa tersekat di kerongkong. Pahit. Maung. Kelat.

Benci. Benci. Benci. Benci nak makan ubat.

-LM/HN10112013-rasopariso-

No comments:

Post a Comment