Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, November 14, 2013

RENUNGAN

RENUNGAN

Hidup perlu jujur
hidup perlu terlus
hidup perlu ikhlas
dan hidup juga perlu
diuji
seada-adanya.

Begitulah yang perlu ada
di muka bumi
ataupun di mukabuku
yang terlebih banyak penyangak
penipu
dari penjujur
yang ingin
dan cuba mempertahankan erti kejujuran
di dalam setiap perbuatan.

Yang inginkan kejujuran
dan keikhlasan dalam perhubungan
akan pasti menguji
seorang sahabat
mahupun seorang teman
lelaki atau wanita
yang telah meluahkan perasaan
kesunyian mereka kepadanya;
terhadapnya

dan apabila seseorang itu
tewas dalam ujian yang dicaturkan
pasti kejujuran
dan keikhlasan yang diinginkan
tercalar,
maka akan terpampanglah
sebuah kemunafikan

yang bagi aku, adalah terlebih baik
terlebih laris
aku bawa diri, menjauh
dan berharap
orang-orang munafik ini
berhentilah
T.I.P.U
dan beronar
di dalam mukabuku
kerana menipu itu adalah
satu sifat yang keji.

'SAYONARA'

Renung-renungkanlah wahai pelayar mukabuku.

Sazalee Sulaiman ... 13/11/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment