Demi Sinaran Ramadan:
Wahai perilaku bejat tanpa silu; pergilah sejauhnya dari jilbabku
hindarkan dirimu dari syurga hatiku, sesungguhnya aku saling merindu ~
pada ketenangan yang asyik memelukku...
Followers
Carian Dalam Blog Ini
Showing posts with label Sharifah El-Yahya. Show all posts

Sunday, July 28, 2013
Thursday, July 18, 2013
Ramadan
Ramadan
...dan jika tidak disebabkan sebilangan para ibadah,
menunaikan puasa dan kekhusyukkan dalam solah;
memakaikan jiwanya dengan wirid tunduk syahadah,
pasti bumi telah lama bergoncang tanda amarah,
lantaran masih ramai antara kita yang tidak betah;
untuk meminggir derhaka pada Dia Yang Maha Pemurah...

Monday, July 15, 2013
Siapa Kita
Siapa Kita
Siapa kita untuk menerbangkan jasad dengan gah: bukankah kita tercipta dari tanah likat di bawah; apakah kita ini cuma tahu mengira rukun kepentingan diri atau mungkinkah tergolong dari kumpulan yang mengujubi ~ sanjungan duniawi...

Ramadan:
Ramadan:
Menjabat tanganku penuh kemanisan
meronai seluruh pakaian sekudus keazaman
tiada lagi kupedulikan rerama rindu merayu palsu
kerana sanubariku terpaut terus tersangkut
pada azimat rahmat ~ dijanji Pemilik Nikmat

~Jalan Penentu~
~Jalan Penentu~
Dua jalan yang menentukan bagaimana kita ini pada akhirnya:
Pada kiri ~ kita menafasi hidup tanpa menggenggam kejituan hala tuju
atau pada kanan ~ merelakan kita mati demi menjunjung teras pegangan
yang cuma ada "satu" itu...

RAMADAN
RAMADAN
Ramadan satu perjuangan spiritual; meresapi roh, melepasi fundamental; mendepani masa, tak tertacap dek akal; melebihi penekanan fizikal; melangkaui garisan logikal; melimpah ruang makna metafizikal; puasa ~ nikmat-Nya penuh simbolikal...

Saturday, June 22, 2013
Hilang
Hilang
Yang hilang gagal datang menjelang: tidaklah dapat kita mencaturkan semula peristiwa yang telah kita tinggalkan bersama tinta masa yang kian pudar ronanya ~ kerana keterlupaan yang barangkali kita sengajakan...

Khilaf
Khilaf
Meski kekhilafan dan keterbatasan menjatuhkan aku berkali-kali ~ namun tiap kali kejatuhan mencambahkan nahu kendiri; bertongkatlah teori praktikalku untuk mendayakan usaha beratus kali lagi...

Friday, June 21, 2013
Katakan
Katakan
Katakan pada semua kota kemegahan dunia bahawa mereka pernah runtuh dan lumpuh kerana kealpaan serta kedurjanaan; katakan pada semua jiwa keangkuhan manusia bahawa mereka pasti kalah dan rebah kerana kebatilan dan kezaliman...

Thursday, June 20, 2013
Sorot Pandang
Sorot Pandang
Setiap engsel pintu, selama hidup ingin terus beredup; pada dimensi sorot pandang yang tepat, tenang dan terang ~ bukan selirat, lekang dan renggang...

Sifatnya Cuma Sementara
Sifatnya Cuma Sementara
Apabila kegagalan berhikmah membebaskanmu dari sesuatu peristiwa dan tatkala keberhasilan bernatijah mengikatmu pada sesuatu perkara: bebaskan hatimu dari sangat teruja atau terkecewa pada dunia ~ sifatnya cuma sementara...

Luka Yang Terbuka
Luka Yang Terbuka
Kebergantungan luar biasa terhadap manusia lain hanya akan mendatangkan kelukaan jiwa yang tiada tara sakitnya: kembalikan saja pada tuhan yang berkuasa mengatup segala luka yang terbuka...

...antara ketentuan dan kemahuan...(1)
...antara ketentuan dan kemahuan...(1)
siapakah antara kita menjarakkan
hingga terluka dan melukakan
SKETSA PERTEMUAN
siapakah antara kita membicarakan
hingga berdusta dan mendustakan
WADAH PERJANJIAN
siapakah antara kita mencemarkan
hingga tercalar dan mencalarkan
RONA PERCINTAAN
siapakah antara kita
kian melara
paling derita
pastinya sanggup kuberalah
memikul duka
penuh pasrah
terima kasih buatmu "A"
kasih sayangku itu
dibalas bicara penuh
BERDARAH
siapakah antara kita menjarakkan
hingga terluka dan melukakan
SKETSA PERTEMUAN
siapakah antara kita membicarakan
hingga berdusta dan mendustakan
WADAH PERJANJIAN
siapakah antara kita mencemarkan
hingga tercalar dan mencalarkan
RONA PERCINTAAN
siapakah antara kita
kian melara
paling derita
pastinya sanggup kuberalah
memikul duka
penuh pasrah
terima kasih buatmu "A"
kasih sayangku itu
dibalas bicara penuh
BERDARAH
DETIK
DETIK
Berapa kalipun kaubercerita tentang kepenatanmu cuba menawan cinta;
Berapa kalipun kauberbicara tentang kekhilafanmu melakari masa;
Berapa kalipun kauberduka tentang kesirnaan cita-cita,
Berapa kalipun kauberdurja tentang patahnya sendi usaha;
Namun berkali-kali tidak harus kaualpa,
Bahawa kita ini masih punya peluang berbaki;
Selagi detik masih belum terhenti...

RINDU
RINDU
Andai kita rindu menggenggam baldu berwarna putih salju; mana mungkin kita biarkan tangan tersalut lumpur ~ bernoda hitam berdebu...

CINTA
CINTA
Aku tidak betah menawarkan kesempurnaan tetapi hanya membentangkan kesungguhan: cinta bukan satu perlumbaan tetapi satu dokongan ketelusan sebuah kesetiaan ~ hidup dan mati atas nama iradat kemuliaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)