hati redalah dengan dendammu
Yang berlalu usah dikenang
tinggalan sejarah zaman lampau
telah diampuni segalanya
seikhlas hati
redalah dengan dendammu
pergilah dikau menghilang
bak air sungai mengalir
pergilah dikau terbang
menghanyut debu Gurun Sahara
yang gersang tidak berbekas,
tidak berjejak tidak berbukti
lupakan alpakan
sifarkan fikiran
saki baki kisahmu dalam mindaku
aku mahu tenang
di daerah kosong ini
jangan datang-datang lagi
walaupun parut yang hancur berselirat
kembali bersatu meninggalkan bekas
dalam hatiku yang masih bernanah
andanyai engkau muncul lagi
Wahai jasadmu!
matilah engkau dalam mindaku
lepaskan aku dari rantai kenangan
nyah engkau dari sini!
Cma
1.52 petang
101113
No comments:
Post a Comment