Itu ini begitu begini
Saya tak pergi...
suami tak izin
ada anak kecil
ada amali sains
anak demam panas
suami pergi Terengganu
macam-macam
ada lagi...
naik kereta sendiri
tumpang kawan
nak cepat balik
pergi dengan famili
naik motor besar
sedangkan bas disediakan
pelbagai ragam
meracau tingkah
rencah kehidupan
itu ini begitu begini
warna seorang guru
hanya kerana jamuan
sabarku berputar
tiga ratus enam puluh darjah
loya dan termuntah
melayah karenah
bila amarahku bisu
senyuman kelat terserlah
bahasa diamku ternoktah
padan mukaku!
Cma
2.15 petang
081113
No comments:
Post a Comment