Followers

Carian Dalam Blog Ini

Showing posts with label Eilausana Ladyboss. Show all posts
Showing posts with label Eilausana Ladyboss. Show all posts

Sunday, December 23, 2012

kawan baru


kawan baru

dulu kita kawan sudah
terpisah sementara..kenapa ya?
kini kaumuncul semula..bagai datangnya angin
ada tapi tak kelihatan..
maaf kalau yang bersembunyi itu aku
maaf kalau belum menjemputmu ke teratakku
kita kawan ya?..kawanlah sebaiknya
terima kasih juga atas semangat dan perangsangmu
aku berbesar hati..sungguh
cuma hormatilah statusku
selamat berkenalan kawan baru
yang tahu hanya aku
dan dirimu.....

villa eila : 22.12.12 ( 10.03 pm )

Sunday, December 16, 2012

Hatiku

Hatiku

Sekali aku jatuh cinta
Cinta itu yang benar
Sekali aku sayang orang
Sayang itu bukan semalam yang datang
Dalam benarnya
Kaumenepis perasaan itu
Kita bukan anak kecil merengek untuk dibelai
Dewasa sudah untuk menilai
Apa dayaku
Perasaan itu memang wujud untukmu
Apa dayamu
Takut hanyut menyintaiku
Terpisahlah kita sebelum masa
Berjumpanya kita...pun bukan pada masa
Hilang kamu kini
Bersama hatiku yang sarat merindu

villa eila :16.12.12 ( 4.31 pm )

Saturday, December 15, 2012

sayang

sayang

indahnya bila disebut
seindah meresap dalam jiwa
bergetar membahagiakan membangkit resah
sungguhkah sayang tanyaku?
sayang bagai kawan katamu
ahh...aku mula merindu ucapan itu
bagai ingin kauulang seribu kali
bagai ingin kauucap di depanku sendiri
malu...
hanya itu yang aku rasa
kini....dari dulu
sayang
amat bermakna buat diriku ucapan itu

villa eila : 15.12.12 ( 5.56 pm )

Friday, December 14, 2012

pilihan

pilihan

aku diberi 2 pilihan
dirimu dan dirinya
aku dapati 2 perbezaan
kasihmu dan cintanya
aku keliru dengan pilihanku
namun aku bangga terpilih untuk memilih
kasihmu menjengah bagai kilat menyambar
cintanya bersemi semusim dituai
sayang....keduanya
suka....keduanya
kalaulah aku tidak perlu memilih
aku mahu keduanya...semua
boleh kah ?

bukit palah : 11.12.12 ( 5.18 pm )

pesanan ringkas

pesanan ringkas

kita berkenalan melalui sms
komen , like , poke , chat
semuanya adalah rentak tari kita
hari berganti hari
berganti bulan
aku mengenalimu
kau mengenaliku
sayang juga menjengah
rindu juga mendatang
aku sepi tanpamu
kau resah tanpaku
sayang....kacau jiwaku kerana merindu
kubaca semula pesanan ringkasmu
cinta kita indahnya
seindah pesanan ringkas itu
kaupun tahu...

bukit palah : 11.12.12 ( 1.37 pm )

Susahnya membunuh



Kau ikatku kuat
Tidak boleh bersuara
Tidak juga boleh melangkah
Hanya mampu melihat kelibat
Aku lemas di sini sendiri
Leraikan ikatan ini
Atau longgarkan sedikit
Aku tiada erti bagimu kini
Jangan terus penjarakan aku dalam ingatanmu
Ingin aku membunuhmu
Dan kutanam dalam-dalam
Tanpa nisan
Sayangnya aku terlalu lemah dan sakit
Tiada daya untuk berdiri apalagi berjalan
Yang terbunuh akhirnya
adalah aku......

Villa eila : 13.12.12 ( 7.47 am)

Malam

Malam

Aku suka gelapnya malam
Kelam pandangan seperti aku
Aku suka sunyinya malam
Sepi dan kosong seperti aku
Dingin malam
Adakah sama sedingin hatiku ?
Cantiknya malam
Melenyapkan siang yang lelah
Mematikan langkah
Leka aku dipeluk malam sepi

Villa eila : 12.12.12 ( 11.40 )

Monday, December 10, 2012

tidak putus asa

tidak putus asa

hebat
luarbiasa
itu yang selalu aku katakan
pada setiap rakan perniagaanku
menghubungi selalu tanpa jemu
berkongsi ilmu ...ikhlas
cuma aku masih aku
berdiri tegak dengan caraku
terima kasih rakan seperjuangan
kita menuju jalan kejayaan
walau tidak melangkah seiring
aku mengagumi sifatmu
tidak putus asa..
seperti aku....

bukit palah : 10.12.12 ( 1.22 pm )

Sunday, December 9, 2012

debar

debar

keliru jadinya aku
serba salah buat pilihan
aku mahu yang itu...yang ini juga
pakai apa sajalah...
sayang...kau tunggu aku ya
malasnya jarum jam berputar
debar makin kencang menanti petang
aku menyanyi riang...
jangan tenung aku nanti ya
malu....
boleh aku jeling kau nanti
rindu...
debar menanti pertemuan kita
sore ini.....

villa eila : 8.12.12 ( 11.00 am )