Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Thursday, November 14, 2013

Perihal akal fikiran

Perihal akal fikiran

Bilamana akal fikiran mengalirkan isi sesuatu perkataan mahupun sesuatu huruf, ia singgah seketika ke pangkal hati lantas berbicara dengan bahasanya yang tersendiri, gaya bahasa bagaimana yang akan dipersembahkan untuk meninggalkan kesan yang terkesan. Lalu ianya kembali semula ke akal fikiran untuk menggerakkan jemari menulis di helaian sekeping kertas nan kosong yang tidak mempunyai baris-baris untuk memperelok susunan bait-bait kata. Ibarat menutur kata selembut mungkin, tetapi di sebalik lembut kata itu ada buah pukulan yang bisa mempertahankan diri untuk pukulan yang terakhir, kerna pukulan yang terakhir itu penutup suatu perkataan mahupun suatu huruf.

1135am 13 Nov 2013
Cucu Raja Gompong AnuarAhmad

No comments:

Post a Comment