Alisyawawa Jb
PRK KUALA BESUT
Perangai macam ni
Rela aku lari darimu
Kerana aku tak mahu hanyut
Kau memang tak guna
Umur semakin meningkat
Aku dah pesan banyak kali
Letih aku menasihatimu
Aku rela tiada kawan sepertimu
Bersahur jarang sekali
Esok dah nak puasa lagi
Senyummu membuatkan aku geram
Umpama kerang basi
Tunggulah pembalasan dariNya nanti
Berpuasalah kita di bulan Ramadan
Followers
Carian Dalam Blog Ini
Showing posts with label Alisyawawa Jb. Show all posts
Showing posts with label Alisyawawa Jb. Show all posts
Sunday, July 21, 2013
Wednesday, December 5, 2012
Kelam Rindu Malamku
Kelam Rindu Malamku
Kelam
berbalam-balam
tak nampak apa-apapun
Cahaya neon tidak kelihatan
Rindupun bertandang
Rindukan bekalan elektrik
Mengapa selalu terjadi Blackout ni?
Rindupun bertandang
Rindukan bekalan elektrik
Mengapa selalu terjadi Blackout ni?
Sunday, November 25, 2012
10pp: dendam
10pp: dendam
... Dendam tak membawa kejayaan, ia hanya menuju jalan lembah kehancuran.
Cnm
Saturday, November 3, 2012
Baca tulis
Baca tulis
Aku tulis kau tak tulis
Aku baca kau tak baca
Kamu tulis aku tak faham
Kamu baca aku langsung tak dengar
Apalah nasib kamu ni
Murid pemulihan.....
Apalah nasib kamu ni
Murid pemulihan.....
Bahana
Bahana
Hujan turun lebatnya
bumbung rumah pula bocor
ibuku suruh......
aku cakap nanti dulu
Nenek aku bebel....
aku pekakkan telinga
Bapaku mencelikkan matanya
Aku tutup mataku
Tapi aku mesti kena buat juga
sebab itu salahku sendiri
Nak tahu apa yang terjadi?
Nenek aku bebel....
aku pekakkan telinga
Bapaku mencelikkan matanya
Aku tutup mataku
Tapi aku mesti kena buat juga
sebab itu salahku sendiri
Nak tahu apa yang terjadi?
Friday, November 2, 2012
Teruknya
Teruknya
Dah lama aku nanti
Aku dah tak tahan lagi ni
berapa lama lagi aku kena tunggu ni
Mataku dah berair ni
Dadaku dah berombak menahan sabar
Mukaku dah berubah warna ni
Cepatlah
Keluarlah dari tandas tu
Aku nak guna pulak ni
Dadaku dah berombak menahan sabar
Mukaku dah berubah warna ni
Cepatlah
Keluarlah dari tandas tu
Aku nak guna pulak ni
Jangan Ditanya
Jangan Ditanya
Ke manakah aku selepas ini?
Di manakah aku sekarang ini?
Bilakah aku dalam keadaan begini?
Dengan siapakah aku sekarang ini?
Mengapakah aku begini?
Bagaimanakah kesudahanku ini?
Berapa lamakah aku akan terus begini?
Mengapakah aku begini?
Bagaimanakah kesudahanku ini?
Berapa lamakah aku akan terus begini?
Tuesday, October 9, 2012
Serelung kemaafan Setitis Dendam
Serelung kemaafan Setitis Dendam
Aku insan yang lemah
berapa ribu kali kau mengkhianatiku
aku tetap maafkan
sebab aku ada serelung kemaafan
Aku insan yang lembut hati
Walaupun aku dihina dan dinista
Aku tidak berdendam
sebab aku hanya ada setitis dendam
Bolehkah setitis dendam memenuhi serelung kemaafan?
Aku insan yang lembut hati
Walaupun aku dihina dan dinista
Aku tidak berdendam
sebab aku hanya ada setitis dendam
Bolehkah setitis dendam memenuhi serelung kemaafan?
Cinta Ajaib
Cinta Ajaib
Aku tak kenal dia
Dia nak sangat kenal aku
Aku buat tak kisah
Dia makin mendekati
Aku cuba menolaknya
Dia makin berani
Aku jadi makin takut
Takut terjebak dengan cinta ajaib
Aku tetapkan imanku
Jauhkan dia dariku
Legoland Malaysia
Aku cuba menolaknya
Dia makin berani
Aku jadi makin takut
Takut terjebak dengan cinta ajaib
Aku tetapkan imanku
Jauhkan dia dariku
Legoland Malaysia
Sedapnya
Sedapnya
Aku dah lama mengidam
Rasa nak gigit-gigit
Apabila aku lihat wajahmu
Bibirmu merah
Tidak tertahan aku melihatmu
Tapi kau dijual mahal
Aku terpikat denganmu dan kawan-kawanmu itu
Kau dijaga dengan rapi
Sebabnya tak nak kau rosak
Aku akan makan kau
strawberi...ermmmm sedapnya
Tidak tertahan aku melihatmu
Tapi kau dijual mahal
Aku terpikat denganmu dan kawan-kawanmu itu
Kau dijaga dengan rapi
Sebabnya tak nak kau rosak
Aku akan makan kau
strawberi...ermmmm sedapnya
Sunday, October 7, 2012
Gangnam Style
Gangnam Style
Mbeekkkk
Oopppsss salah lah pulak
entahlah macam mana bunyi kuda tu
kat sekolah aku tu
budak-budak tu asyik buat aksi kuda
aku tanya mengapa jadi macam ni?
mereka kata Gangnam Style
aku tak tahu apa yang mereka cakap
melihat mereka teruskan aksi tu
aku suruh mereka menari masa rehat kat dewan
maka menarilah mereka dengan bersungguh-sungguh
perhhhh
ramai betul peminat mereka
yang menonton pun turut menari
adakah ini fenomena?
atau malapetaka??
budak-budak tu asyik buat aksi kuda
aku tanya mengapa jadi macam ni?
mereka kata Gangnam Style
aku tak tahu apa yang mereka cakap
melihat mereka teruskan aksi tu
aku suruh mereka menari masa rehat kat dewan
maka menarilah mereka dengan bersungguh-sungguh
perhhhh
ramai betul peminat mereka
yang menonton pun turut menari
adakah ini fenomena?
atau malapetaka??
Goblok
Goblok
Aku ketawa sendirian
orang tu panggil aku goblok
dia tak tau dia yang sebenarnya goblok
nak tahu mengapa dia panggil aku goblok?
wak jawa ni kawan aku
masa main takraw tu
dia cuba lipat bola takraw tu
aku tarik seluar dia sampai londeh
adakah patut dia panggil aku goblok?
Dia yang goblok
sebab tak pakai seluar dalam
nak tahu mengapa dia panggil aku goblok?
wak jawa ni kawan aku
masa main takraw tu
dia cuba lipat bola takraw tu
aku tarik seluar dia sampai londeh
adakah patut dia panggil aku goblok?
Dia yang goblok
sebab tak pakai seluar dalam
Gollllllllllllll..........
Gollllllllllllll..........
Aku hairan dengan manusia ni
aku ada tiang..namanya tiang gol
aku ada palang...namanya palang gol
aku ada orang yang menjaga aku di depan
namanya penjaga gol
mengapa tidak dinamakan penunggu gol?
aku ada jaring...namanya jaring gol
Tapi apabila bola masuk ke dalam aku
mereka menjerit golllllllllllllll.
terperanjat i tau...
mengapa sebut nama aku?
sebutlah nama lain......
masukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
namanya penjaga gol
mengapa tidak dinamakan penunggu gol?
aku ada jaring...namanya jaring gol
Tapi apabila bola masuk ke dalam aku
mereka menjerit golllllllllllllll.
terperanjat i tau...
mengapa sebut nama aku?
sebutlah nama lain......
masukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
aduhai...
aduhai...
aduhai...
dah berlubang
tapi tetap sayang
aduhai...
dah berbau
tapi tetap sayang
Aduhai..
dah lusuh
tapi tetap sayang
stokin...stokin
aduhai...
dah berbau
tapi tetap sayang
Aduhai..
dah lusuh
tapi tetap sayang
stokin...stokin
Erm....
Erm....
Malam tadi tak makan
nak diet lah konon
tengok perut dah besar macam labu
Pagi ini
aku bangun dengan segar sekali
aku terbau gorengan isteri
Mi goreng basah kegemaranku
terhidang di atas meja
Apa lagi nak ditunggu....
nyam..nyam..nyam....
Pagi ini
aku bangun dengan segar sekali
aku terbau gorengan isteri
Mi goreng basah kegemaranku
terhidang di atas meja
Apa lagi nak ditunggu....
nyam..nyam..nyam....
Thursday, October 4, 2012
Kisah batuk
Batuk mematuk-matuk tekakku
memahat nama pada botol ubatkku
Lalu disapa misi yang comel lagi peramah
"Kalau batuk bukan begini caranya
Habiskan antibiotik dengan sempurna
kalau tidak tak guna jumpa doktor"
Aku naik angin
Dikejarnya misi itu
kataku" kalau nak bebel bukan di sini
apalah kuasamu nasihatiku begini"
Ingatlah " Yang baik semuanya dari Allah
yang lemah tu memang sifat manusia"
Batuk...batuk....
Habiskan antibiotik dengan sempurna
kalau tidak tak guna jumpa doktor"
Aku naik angin
Dikejarnya misi itu
kataku" kalau nak bebel bukan di sini
apalah kuasamu nasihatiku begini"
Ingatlah " Yang baik semuanya dari Allah
yang lemah tu memang sifat manusia"
Batuk...batuk....
Wednesday, October 3, 2012
Calon Hati..
Calon Hati..
Masa kecil dulu
dah ada calon hati
tapi tak jadi
Sebab aku kecil lagi
Masa aku mula remaja
Dah seorang lagi calon
tapi tak jadi
sebab aku belum cukup dewasa
Masa aku mula dewasa
Ada seorang lagi calon
Aku suka dia
Dia tak kenal aku pun
Sedih tapi demi cinta
Aku sanggup
Dah hampir 25 tahun
Aku jumpanya hanya 5 tahun sekali
Aku makin tak sabar menunggunya semula
Bilalah PRU ni??
Masa aku mula remaja
Dah seorang lagi calon
tapi tak jadi
sebab aku belum cukup dewasa
Masa aku mula dewasa
Ada seorang lagi calon
Aku suka dia
Dia tak kenal aku pun
Sedih tapi demi cinta
Aku sanggup
Dah hampir 25 tahun
Aku jumpanya hanya 5 tahun sekali
Aku makin tak sabar menunggunya semula
Bilalah PRU ni??
Saturday, September 29, 2012
Bengang Vs Bangang
Bengang Vs Bangang
Aku bengang ni
Kalau aku bengang
sekejap lagi aku jadi bangang
Kalau aku dah jadi bangang
Tentu aku jadi bengang
Orang lain takut lihat aku bengang
Dan mereka lebih takut jika jadi bangang
Baik bengang ke
atau bangang?
Aku dah bengong ni....
Tentu aku jadi bengang
Orang lain takut lihat aku bengang
Dan mereka lebih takut jika jadi bangang
Baik bengang ke
atau bangang?
Aku dah bengong ni....
Ngantuk
Ngantuk
Setiap kali pergi masjid
Untuk solat Jumaat
Mata begitu berat
Fikiran melayang entah ke mana
Ngantuk sudah
Dah habis solat
Mata tak reti nak tutup
Fikiran menjadi lebih fokus
Akhir sekali
Aku balik rumah
ZZZZZZZZZZZZZZZZZ
Ngantuk sudah
Dah habis solat
Mata tak reti nak tutup
Fikiran menjadi lebih fokus
Akhir sekali
Aku balik rumah
ZZZZZZZZZZZZZZZZZ
Antara Kasih dan Kasihan
Antara Kasih dan Kasihan
Pada mulanya aku kasihan
Kasihan melihat engkau terkapai-kapai
Kasihan melihat engkau tanpa teman istimewa
Kasihan melihat engkau menagih kasih pada yang tak sudi
Kasihan mendengar cerita lama penuh duka
Kasihan sebab tidak ada orang suka akan kamu
Selepas tiga bulan
Kasihan bertukar menjadi kasih
Kasihku pada kamu semakin menebal
Kasihku padamu melebihi isteri pertamaku
Kasihku padamu berjaya mengembalikan sinar harapan
Kasihku padamu berjaya menarik orang lain menyayangimu
Yang aku tidak tahan
Kau selalu tidur di celah kelangkang aku
Pergi kau...kucing
Kasihan mendengar cerita lama penuh duka
Kasihan sebab tidak ada orang suka akan kamu
Selepas tiga bulan
Kasihan bertukar menjadi kasih
Kasihku pada kamu semakin menebal
Kasihku padamu melebihi isteri pertamaku
Kasihku padamu berjaya mengembalikan sinar harapan
Kasihku padamu berjaya menarik orang lain menyayangimu
Yang aku tidak tahan
Kau selalu tidur di celah kelangkang aku
Pergi kau...kucing
Subscribe to:
Posts (Atom)