Followers

Carian Dalam Blog Ini

Showing posts with label Mokhtar Yusof. Show all posts
Showing posts with label Mokhtar Yusof. Show all posts

Saturday, September 29, 2012

Milik siapa


Milik siapa

Melalui denai malam
terhiris luka ditelapak hiba
terpalit kenangan disitu
telah kulupa tak kudamba
garis sembilu meronak pilu
dihamparan rasa kutersiksa

Semakin berjalur denai itu
langkah kaki menjadi beku
tak terkesan berbekas lara
lenyap ditelan waktu teruja
tika detik berlonjak duka
hanyut impian di telan masa

Kini kusedar dari upaya
di denai penuh selut dusta
limbah terisi janji nestapa
berwajah kasih tiada rupa
indah hanyut dimuara
hilang tak berupa
milik siapa.

Cheyy...My.
26.September.2012@
2216 hrs.

Saturday, September 22, 2012

Tika musim berlari

Tika musim berlari

Deruan angin meniup rahsia berlalu
tiada terselak di dedaunan redup
resah pilu tersembunyi di lubuk wajah
dalam lena mengutip mimpi
tentang impian yang ada

Kita cuma bersalut hayat yang subur
sering meniti di titian yang teguh
menggalas nasib sejahtera
meredah hutan maya yang tenang
tiada gerah, berjauhan sengketa
segala-galanya manis yang mesra

Tika beburung saujana kembali
menganyam sarang kasih di perdu usia
dedaunan merendang
ombak nafas kehidupan berkaca
wajah ria berbayang di dalamnya

Tika angin lembut hadir menyapa
kita sama menoktahkkan harap
sambil menadah doa sesama
diiring kekuatan dan keikhlasan
tika musim berlari.

Cheyy....My.
20.September.2012@
2358 hrs.

Sunday, August 19, 2012

Suara rindu...

Terbenam rasa di pelabuhan rindu
bersujud kumencari erti
tak terjangkau kudratku
tanpa doa merebah dosa
pada hari semalam
kutinggalkan

Manik manik kesal menitis
bertaburan di ribaan kaku
menadah doa keampunan
agar fitrah setia kekal
menakluk diri

Telah kurebahkan nista
dibawa arus sesal
dibasuh dengan zikir
agar bersinar cahaya iman
mendakap diri bersama
suara rindu...
rindu pada-Nya.

Cheyy...my.
19.Ogos.2012@
2309 hrs.

Senja itu melakar makna


Redup di mata memakna
tiada cahaya erti
telah mati warna itu
suram dan kelam
menjadi pusara lama

Mentari semakin jauh
membawa seribu makna
pada diri dipasung diam
hilang lenyap suara
ditelan gelombang nista
pada bahu memberat rasa
di mata tiada sinar

Berlarilah cengkerik malam
mengalun lagu semalam
dalam rindu mendakap lesu
terbaring angan berlalu
tiada sekilas keliru memburu
dibatas kudrat berlalu tika
senja itu melakar makna

Cheyy....my.
19.Ogos.2012@
2200 hrs.