Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Sunday, November 10, 2013

LAMA


LAMA

Dah lama tak bertamu
bukan merajuk atau jemu
cuma masa sering cemburu
kerja-kerja akhir tahun menghambat daku...

Dah lama tak menjengah
bukan sengaja bukan bertingkah
sibuk masukkan markah PKSR 2 yg dah sudah
dengan sistem yang lemah ini semua bukan mudah...

Dah lama tak berbicara
rindu dihati tidak terkira
jadi guru bukan bukan kerjaya manja
banyak kerja berganda-ganda...

Semua sekarang e- pokoknya
SPPBS masalah utama
itu penyumbang sakit kepala
sebab itulah lama bertapa
senyap sunyi tanpa kata...

No comments:

Post a Comment