BENCI UBAT
Tekak terasa perit
kepala sakit, ingin menjerit
perut meragam, senak menusuk-nusuk
air jernih mengalir, mengundang rintih.
Sakit.
Preskripsi. Ubat disuruh telan. Dua biji tiga kali sehari selepas makan. Ini arahan.
Muka bertambah kelat. Bibir muncung mengalahkan itik. Dua biji kecil
katanya, namun tahukah dia kecil lagi si anak tekak. Rasa tersekat di
kerongkong. Pahit. Maung. Kelat.
Benci. Benci. Benci. Benci nak makan ubat.
-LM/HN10112013-rasopariso-
Followers
Carian Dalam Blog Ini
Showing posts with label Lina Mahat. Show all posts

Monday, November 11, 2013
Saturday, November 2, 2013
Aku Tak Malu
Aku Tak Malu
Aku tak malu
umumkan pada ayah ibu
dia cinta hatiku
dia dambaan kalbu
dia calon suami pilihanku
walau dirinya pekerja kolar biru
bukan seorang peguam ataupun guru
Aku tak malu
kenalkan pada rakan-rakanku
dia cinta hatiku
dia dambaan kalbu
dia calon suami pilihanku
walau dirinya lebih rendah dariku
makan di restoran mewah tak guna sudu dan garpu.
Aku tak malu.
Ingin kujerit pada seluruh dunia bahawa dia kekasihku.
Aku tak malu.
-LM/HN26102013-

Monday, October 28, 2013
GULA GULA KATA
GULA GULA KATA
Gula-gula kata
digubah indah
membuka selera ingin merasa.
Gula-gula kata
impak maksima kalau kena gaya
buat membeli jiwa.
Ramuannya perlu tepat
terlalu sedikit, tak terasa apa
terlebih banyak, jelik memualkan
secukup rasa, syahdu seluruh deria.
Kurangkan gula dalam minuman. Lebihkan manis dalam senyuman.
Klise.
-LM/HN02102013-

Tuesday, October 15, 2013
GELAP
GELAP
Ada malaikat dalam gelap
bawa cahaya
bawa sinar
terpadam segala silap.
Hilang malap.
Hapuslah gelap.
-LM/HN05102013-
(Bengkel Asas Penulisan Sajak - anjuran KHS)

Monday, October 14, 2013
BURUK SIKU
BURUK SIKU
Semalam
dia hadir menghadiahkan sejambak senyuman berwarna jingga
harum mekar berkembang di taman hati.
Hari ini
dia datang merampas semula jambangan yang pernah diberi
pecah berderai pasu jatuh ke lantai.
Buruk Siku.
-LM/HN06102013-

Sunday, October 13, 2013
EMPATI 2
EMPATI 2
Semua orang ada keinginan untuk berkongsi perasaan: suka mahupun duka. Hanya adakalanya keadaan yang menidakkan keinginan itu. Semua orang ingin berbicara, namun amat sedikit telinga yang sudi menadah dengan rela. Menunggu andai ada yang sudi memberikan satu ruang dalam waktu, berkongsi kisah.
Empati yang diharap dan bukannya simpati ingin digarap. Bukan jua mati.
Hanya mencari erti.
~LM/HN04102013~

MENCURI
MENCURI
Mencuri.
Kalau ikut hukum Hudud, potong lengan kanan hingga ke pergelangan tangan.
Bagaimana pula
jika dia mencuri hati
mempermainkan
menghancur lumatkan dan
akhirannya meludahkan ke tepi jalan?
Dengan atau tanpa niat. Apa saja alasannya.
Gantung saja dia sampai mati.
-LM/HN03102013-

PERLAHAN
PERLAHAN
Panas mentari membakar, kenderaan bertali arus.
Tak putus-putus.
Setapak ke hadapan, selangkah terhenti.
Menghitung tar jalanan.
Umpama
siput babi yang buta berjalan undur ke belakang.
Perlahan. Amat perlahan.
~LM/HN01102013~

Friday, October 11, 2013
TANGISAN
TANGISAN
Adakala
tangisan tidak mengubah konklusi cerita, tidak melegakan kekacauan jiwa
malah
hanya menambah merah di hidung dan bengkak di mata.
Amat tidak comel, bukan?
-LM/HN30092013-

Friday, September 27, 2013
PEMERGIAN
PEMERGIAN
Tubuhnya terbujur kaku di atas katil.
Nafas terhenti, urat nadi tidak lagi berfungsi.
Suasana sekeliling amat sunyi; Sepi.
Dunia bukan lagi tempat yang layak untuk dia diami.
Telah tiba tikanya roh melangkah pergi
ke hadrat Illahi.
~Al-Fatihah.. doa dari kami di sini. Moga tenang bersemadi~
-LM/HN27092013-
SALAH
SALAH
Saat pegangan agama ampuh
masyarakat pantas menuding tuduh perempuan itu lacur,
rendah maruah, bertuhankan rasa, berpaksikan nafsu
tapi
bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi
lelaki juga bukan maksum, terlepas dari hukum.
Betul, bukan?
~LM/HN26092013~

KOMPAS I
KOMPAS I
Kata dia: Bukankah jalan ini yang awak telah pilih? Lantas apa perlu awak menangis, merintih? Kuatkan hati untuk harungi segala yang perlu dihadapi. Bukankah jalan ini yang awak telah pilih?
Pedih. Perit. Sakit.
Kata-katanyanya mungkin bermaksud baik, ingin mencabar naik semangat. Memotivasi dengan caranya yang tersendiri. Namun adakala sedarkah dia bahawa kata-katanya tetap berbisa, luluh segala rasa. Tertampar wajah berkali-kali. Pedih hingga ke hulu hati. Perit hingga ingin menjerit. Sakit.
Mengapa? Kerana bicara itu datang dari seorang sahabat, insan paling dekat, teman yang teramat rapat.

Monday, May 20, 2013
AIRMATA
AIRMATA
Airmata
bertakung
berlinang
perlahan mengalir membasahi pipi.
Malam kian suram
hatinya pasrah
moga penghujungnya bukan merah.
Airmata
bertakung
berlinang
perlahan mengalir membasahi pipi.
Malam kian suram
hatinya pasrah
moga penghujungnya bukan merah.
Friday, May 10, 2013
AKSARA
AKSARA
Tubuh yang lesu terasa segar kini. Air yang membasahi tubuh mengalir, mengheret pergi peluh dan kehangatan yang mengharungi diri. Dengan sebelah tangan melilit tuala ke kepala, sebelah tangan lagi pantas mencapai tetikus.
Sambil jemari menyelusuri laman muka buku, mata menari pada bait-bait puisi pelbagai tema dan rima. Minda menyelami rasa di sebalik aksara demi aksara. Mengagumi dalam diam. Mempelajari dalam perkongsian.
Lahir sebuah senyuman. Sudah lama menulis di wilayah maya ini. Masa terisi dengan pelbagai cetera: ada tawa, ada tangis, ada kawan menghulur persahabatan dan ada juga sebaliknya teman yang menjadi lawan. Setiap hari sehelai lembaran baru bermula dan sehelai lembaran lama tersimpan di laci minda.
Menekan butang 'hantar', melihat karya tersiar. Lembut terasa jiwa. Bersyukur kerana diberikan peluang untuk menulis pada hari ini. Hari esok, tiada siapa yang tahu, bukan?
Menyelitkan nota di diari kehidupan, selagi aksaranya belum lenyap. Terima kasih teman untuk segala kenangan ...
-LM/HN16042013-entri terakhir-

Wednesday, May 1, 2013
RETAK
RETAK
Adakala retak yang segaris, mampu menjadi gaung yang amat dalam bila berpanjangan.
Mungkinkah?
-LM/HN09042013-

RENTIK
RENTIK
Hidup adakala persis sebuah novel misteri. Ada sejuta pertanyaan dan persoalan yang jawapannya hanya dapat diketahui di muka terakhir. Sementara itu, tergugat ketenangan jiwa, resah gelisah menikam diri. Merentik seluruh tubuh, terbeban dengan pelbagai andaian.
Sabarkah diri membaca setiap halaman tanpa membuat keputusan drastik yang bakal membawa seribu penyesalan?
-LM/HN 06042013-

KEMAAFAN (1)
KEMAAFAN (1)
Kata dia:
Kejahatan jika di balas dengan kejahatan, itu adalah dendam.
Kebaikan jika di balas dengan kebaikan, itu adalah perkara biasa.
Kebaikan jika di balas dengan kejahatan, itu adalah zalim.
Tapi jika kejahatan di balas kebaikan, itu adalah perkara yang mulia dan terpuji.
Kata saya:
Secara teori, apa yang awak katakan nampak amat mudah.
Namun secara praktikal, ianya bukan sesenang membaca a,b,c. Adakala ianya bergantung kepada betapa besar dan beratnya kesalahan tersebut.
Amat sukar rasanya untuk membesarkan hati menghulur kemaafan, membalas kejahatan dengan kebaikan apabila kita pernah merasa terseksa, maruah tercabar, ego dipijak lumat akibat dari perbuatan seseorang itu.
Bagaimana hendak memaafkan seandainya melihat wajah orang tersebut saja rasa marah meluap kembali? Luka semalam terbuka kembali seraya racunnya menjalar ke segenap pembuluh darah? Perlukah diri menjadi hipokrit, mulut memaafkan waima hati sebenarnya tidak?
Mampukah?
-LM/HN04042013-

Tuesday, April 16, 2013
RASA HATI
RASA HATI
Membaling batu ke dalam sungai
jatuh tenggelam jauh ke dasar.
Hilang.
Membaling epal ke dinding konkrit
pecah bersepai jadi serpihan.
Punah.
Membaling hati ke langit tinggi
jatuh kembali ke dalam diri.
Lesu.
Harus bagaimana lagi, melontar rasa ini?
-LN/HN 31032013-

Thursday, March 28, 2013
INTROSPEKSI (III)
INTROSPEKSI (III)
Hidup, adakalanya suka, adakalanya duka. Adakalanya duka itu melebihi suka. Adakalanya dalam kita berduka, kita turut membuatkan dia terluka. Adakala tempoh dukanya singkat, adakala berpanjangan. Resmi manusia, mudah terasa dan rasa itu membuahkan asa.
Akan tiba satu waktu dan ketika di mana kita harus membuat pilihan.
Meneruskan ... atau ... melepaskan? Agar kita tidak lagi menyusahkan.
Memilih bagaimana mencorakkan sebahagian lagi saki baki perjalanan kehidupan yang tinggal.
Membuat perubahan di tengah-tengah perjalanan hidup, adakalanya menakutkan. Apatah lagi bila terbayang melakukan sesuatu itu sendirian. Mampukah?
Namun, usah terlalu risau kerana Tuhan itu ada bersama kita. Bukankah Allah akan tunjukkan pada hambanya jalan keluar dan rezeki dari jalan yang tak pernah terlintas difikiran. Semoga hati semakin teguh.
La haula wala quwwata illa billah...tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah.
Ketabahan.
-LM/HN 25032013-

INTROSPEKSI (II)
INTROSPEKSI (II)
Adakalanya, kita rasa yang kita telah cukup banyak memberi dan mengalah. Mungkin kita betul berdasarkan apa yang kita rasa. Namun ada kemungkinan kita juga ada melakukan kesalahan pada pandangan matanya.
Mungkin dia juga mempunyai perasaan yang sama. Ada rajuk dan ada hati yang terguris tapi tidak dinyatakan. Mungkin telinga tidak mendengar lagi apa yang dikata. Hanya penuh dengan pemikiran dan bisikan hati sendiri. Adakalanya kita ingin memberi penyelesaian namun sebenarnya kita hanya menambah kekusutan.
Adakalanya, kita cuba untuk prihatin, cuba memberinya jalan keluar. Namun dia terasa yang kita menghimpit dirinya ke penjuru, menekan perasaannya. Adakalanya kita cuba membantu dengan memberi jawapan, namun hasilnya hanya menambah persoalan di ruang mindanya.
Adakalanya, kita rasa yang kita telah mencuba yang terbaik yang kita mampu lakukan. Namun dia pula menafsirkan sebaliknya. Niat yang baik disangkakan ada tersorok tujuan tertentu. Semakin dicuba membetulkan keadaan, semakin kusut segalanya. Keikhlasan disangka mengambil kesempatan. Berlembut, di anggap lemah. Bertegas dianggap melawan. Berkeras, dikatakan diluar kebiasaan.
Pergolakan.
-LM/HN 30042012-

Subscribe to:
Posts (Atom)