KOMPAS I
Kata dia: Bukankah jalan ini yang awak telah pilih? Lantas apa perlu
awak menangis, merintih? Kuatkan hati untuk harungi segala yang perlu
dihadapi. Bukankah jalan ini yang awak telah pilih?
Pedih. Perit. Sakit.
Kata-katanyanya mungkin bermaksud baik, ingin mencabar naik semangat.
Memotivasi dengan caranya yang tersendiri. Namun adakala sedarkah dia
bahawa kata-katanya tetap berbisa, luluh segala rasa. Tertampar wajah
berkali-kali. Pedih hingga ke hulu hati. Perit hingga ingin menjerit.
Sakit.
Mengapa? Kerana bicara itu datang dari seorang sahabat, insan paling dekat, teman yang teramat rapat.
Pedih. Perit. Sakit.
No comments:
Post a Comment