Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, September 26, 2013

Rinduku Terubat

Rinduku Terubat

Rindu bertamu di lubuk hati
Lara mencari jawapan;
Mendengar suaramu terubatlah rindu
Di kala sepi menyerang;
Kumenanti perkhabaran dari jauh
Apakah masih seperti yang dulu?
Merinduku satu kemestian?
Bertanya pada rembulan
Apakah dia merasai
Yang kurasai di saat ini?
Bertanya pada mentari
Apakah dia juga merindu
Seperti aku merinduinya?
Girang bukan kepalang
Bila hadirnya cukup bermakna
Biarpun di hatinya bukan aku
Tapi aku menghargai dirinya
Dan aku mengharap
Dia juga rasa rindu
Terima kasih kerana engkau
Ada untukku.

Rindu mendakap aku....

Ilham Minda,
Precious Hope
24/09/2013

No comments:

Post a Comment