APA NAK JADI
Lebih sudu dari kuah
kerana senduk periuk pecah
cawan retak air berkocak
pinggan berantak
cakap-cakap warung kopi
sana sini hasad dengki
tabur janji
menang jadi arang
kalah jadi abu
apa nak jadi
anak bumi
pusaka tinggal nama
salah siapa?
yahyaisa
Segamat Johor
28092013
No comments:
Post a Comment