Followers

Carian Dalam Blog Ini

Friday, September 27, 2013

Azimat buat Alisha

Azimat buat Alisha

Telah tersurat itu takdirmu
Aku menerima pilu
Sejenak diri ini bercelaru
Namun ini anugerah terindah
Untuk insan yang bergelar ibu, anakku

Alisha
Kasihku selalu untukmu
Jiwaku untukmu
Usahlah kamu ragu
Kamulah pengikat kalbu

Kamu senyumanku
Kamu sinar hidupku
Kamu jiwaku
Kamu tanggungjawabku
Kelak kamu penyelamatku

Alisha
Kuatlah untukku
Pelangikan hidupmu
Teruskan langkah itu
Dunia ini milikmu, anakku

Hanya satu pintaku
Ukirlah senyuman disepanjang hayatmu
Agar kubahagia sebagai ibu
Kerana aku terlalu menyayangimu

Alisha anakku...

262318Sep13
A.K
Lumut

No comments:

Post a Comment