Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, September 26, 2013

TIAP DETIK

TIAP DETIK

Pantas lalumu
Tiada berpatah kembali
Semalam yang ditinggalkan
Penuh nukilan sejarah

Manis kenangan itu
Buat kusenyum bahagia
Andai pahit yang menjelma
Kutelan jua

Hidup ini penuh warna
Punya aura tersendiri
Piilhan di tangan diri sendiri
Mahu coretan bahagia seindah pelangi
Atau sekadar tompok-tompok hitam juga kelabu
Yang tiada corak berseri

…itulah waktu

Shaheen
24092013

No comments:

Post a Comment