Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Thursday, September 26, 2013

GELANG DERITAMU

GELANG DERITAMU

Ibu...
gelang deritamu sentiasa berseri
memancarkan warna kepayahan dalam diri
bersama pancaran warna pengorbanan
memercikkan kilau bahagia buat insan
di sekelilingmu sedang engkau merintih
kesakitan memikul bongkah kewajipan.

Ibu...
dunia kasihmu sentiasa meluap
melimpahkan restu bonda
tumpah di bening hati menjadi kristal
tumbuh di jiwa menjadi mutiara
seindah senyum yang menari di bibir.

Ibu...
runduk warna keaslianmu
kian luntur dalam larutan redha
memimpin doa ikhlas yang jernih
membening balik tebing syukur
menghiasi lukisan diri yang penat.

SZA KAM Tapah 24.9.13

No comments:

Post a Comment