Di sini
Aku sampai di sini
di syurga dunia kamu
melebar senyum di wajah kamu
wahai suamiku ketahuilah
telah aku khabarkan pada sang camar
apa sahaja untuk kamu hatta ke awan putih kusanggup
telah aku bisik pada sang ombak
pasti semuanya untuk kamu walau ke laut biru kumampu
telah aku jeritkan pada sang bayu
akan semuanya untuk kamu biarpun ke gunung hijau kurela
kerana
engkaulah syurga bagi diriku.
No comments:
Post a Comment