BUKAN BENCI
aku lepaskan kauburung
bebas terbang mencari teman
bukan aku tidak sayang
benci pun bukan
aku lepaskan kauburung
dari sangkar yang mahal
belas kauterkurung
cari teman bina Taj Mahal
aku lepaskan kauburung
bila hati teranjut
pada sepi nan murung
cuma jangan terkejut
aku lepaskan kau burung
kerana aku rasa kaulemas
merengkok macam mengkarung
terpaksa dalam bekas
aku lepaskan kau burung
dari rasa murung
dari rasa terkurung
dari rupa macam mengkarung
aduhai bukan benci...
HONEY
MUAR
2492013
No comments:
Post a Comment