Alisha...
Wahai Mummy
Senyumlah
Moga cahaya terus menerangi hidupmu
Gembirakan hati yang walang
Duniaku hanya untukmu
Tabahlah
Mummy...
Anakku Alisha...
Bagaimana mampu tersenyum
Perkhabaran itu bagai
disiat-siat dilumat-lumat
Hancur luluh separuh jiwa
Wahai anakku
berterbangan bagai debu
Membawa sekali runtun hati ini
Anakku Alisha...
Permata
Bidadari syurga
Jantung hati
Penawar duka
Wahai nyawaku sayang
Kuatkan semangatmu
Cekalkan hati
Mummy redha
Andai nyawa galang ganti
Ya Allah
Kering sudah air mataku
Redhaku dengan ujianMu ini
Hati...Sabarlah
Tinggalkan sedikit ruang untukku bernafas
Demi Alisha!
Kak Cma
10.27
24 September 2013
Bentong
*3 malam gagal utk menyudahkan puisi ini, kerana baru nakku susun
aksara..air mata mendahuluinya.....terlalu emosi...apatah lagi
Norzalinda Hamzah. Semoga allah memberi ketabahan melampau buat Linda
dan Poji...maafkan kak cm
No comments:
Post a Comment