Followers

Carian Dalam Blog Ini

Showing posts with label Nurjiee Firdausi. Show all posts
Showing posts with label Nurjiee Firdausi. Show all posts

Saturday, August 25, 2012

BisikkanMu...

Terpisat-pisat kelabu mata
Sedar dari lena panjang
Yang membuai mimpi indah
Bisikkan itu
Ya bisikkan itu
Kasih seru dariMu.

Kudakap erat
Dipertiga malam
Tidak melengah melepaskan
Kerinduan meleraikan kekusutan
Yang sering membelengu raga.

Maha SuciMu
Tiada upayaku yang kerdil
Di sisiMu anugerah Rahmat dan keberkatanMu...

Nurul. Aug 25,2012
7 syawal 1433.

Thursday, August 23, 2012

Merindu bait kalamMu...

Merindu bait kalamMu...

Aku alunkan setiap ayat-ayatMU
huruf-huruf kuteliti
meresap merinding roma berdiri
tidak jemu-jemu kualun
hingga merindu andai tidak
menatap dan meneliti
jadilah daku seorang perindu...

merindu pada kasih Satu
KAU hidup segar di dalam sanubari
basah bibir ini bersentuhan
zikir dan tahmid
di situ semua terhimpun
persoalan juga jawapan
menyuluh nur kegelapan jiwa
kedamaian bersalut ketenangan.

Agungnya risalahMu
tersukar untuk digambar
hanya yang mengamal
akan ketemui nikmat kemanisan
rebutlah sesama insan
penawar tiada tolok bandingan
tiada ada dijual tepi jalan
hanya percuma ehsan dari Tuhan...


nurul ogos 23,2012
5 syawal 1433

Penyesalan itu ada...

Cinta kian pudar
hilang seri berwajah duka
enaknya kemanisan diragut sebegitu mudah
mudah tunduk mengikut telunjuk
telunjuk bernafsu serakah
keasyikkan cuma seketika
dosa-dosa menghambat seusia...

berbaloikah mengikut kata hati
menghamba diri dihina di sisi
amanah yang sepatut dipelihara
sebaliknya digugat dan dicemari

mengapa dunia kian tua
penuh nafsu sukar mahu dibendung
di mana silapnya manusia akhir zaman
diuji berbagai dugaan
pesan Nabi sering diabai
tidak lagi mahu mengikut sunnah
apakah kesenangan membuai kelekaan
bermalas bertaubat...keseronokkan dunia dihambat
telah tergadah baru tahu menadah ehsan
resamnya karma alam
petunjuk datang dari Tuhan
yang menggerakkan hati dan perasaan
tanda kasih menjadi pilihan
agar tidak hanyut mengikut syaitan
jahanam kekal bersama berteman.


Nauzubillabil zalikkk...menginsafi diri...

nurul ogos 23,2012
5 syawal 1433

Wednesday, August 22, 2012

KAU yang terindah...



KAU yang terindah
andai jauh terasa gelisah
jiwa mati kian termanah
yang pasti KAU tidak pernah
menjauh serta menyisih.

gelap gulita tidak bermakna
kian kosong ketandusan merekah
ke mana hendak ditadah
kalau bukan kepada KAU yang Satu.

seisi alam ciptaanMU
tiada upaya selain kepadaMU
mengharap kasih serta ehsan padaMU
agar tidak sesat menuju jalan nan satu.

hidup mati berlandaskan syahadahMu
kalam suci cahaya petunjuk
umat Muhamad saudara islam
berkasih sayang doa-mendoakan
kemungkaran serta fitnah
hidup jahiliah biar terhindar sudah.


walau beribu mohon meminta
tidak pernah tidak dimakbulkanNya
malahan sentiasa ada kasih
yang sentiasa mengingatkanNya
mengapa perlu ada sombong dan bermegah
andai esok kafan putih yang membalut
kepalsuan dunia mengaburkan pandangan mata
cuitkan kesedaran lontarkan hayalan.

manisnya iman syahdunya ketenangan
pemangkin diri mengenal Tuhan
setiap ujian dibalas dengan keredhaan
jalan penyelesian tersenyum dalam ketaqwaan...


nurul ogos 22,2012
4 syawal 1433

Dalam kesamaran mencari NurMU...

Dinihari
kualunkan kalamMu
dengan penuh syahdu lagi sayu
setiap bait surahMU
kuteliti satu persatu
linangan hangat sebak bertamu lesu
berjejeran menitis pada kertas itu.

ketenangan di dalam kedamaian
menyelubung meresap mengalir
ke setiap saraf merah ini
menapak tersemat di hulu jantung
rindunya telah lama tidak ketemu
leka mengabaikan tuntut itu
yang sememang itulah petunjuk.

Duhai
damailah di dalam kesamaran ini
tiada yang indah
zikir dan tahmid
yang membasahi ulas bibir
cinta dambaan kalbu
santapan naluri...


nurul ogos 22,2012
4 syawal 1433.

Tuesday, August 21, 2012

Renung-renungkan anak Malaysia...

Apalah guna menjadi anak Malaysia
jika hanya pada namanya
tidak bersyukur nikmat keamanan yang ada
hari ini hasil yang dianugerah kepada kita.

Apalah guna menjadi anak Malaysia
jika pemikiran kita
sama sahaja dijajah
pada anasir luar
yang sentiasa suka melihat kita rebah.

Apalah guna menjadi pewaris Malaysia
tidak mengenang jasa pada pejuang
masih leka dengan keseronokan dan juga hayalan
merosakkan diri dan juga bangsa
sememang tidak layak ada di Malaysia.

Apalah guna mengaku warga Malaysia
cuma terpamir pada pengenalan diri
namun dungu dengan pada rukunnegara
sehingga tidak mengenal siapa pentadbirnya.

renungkan ke dalam diri
perbaiki diri tanamkan motivasi
biar hidup penuh bererti
walau mati tidak dikenangi
namun berbangga menjadi anak jati.... Malaysia.


nurul ogos 21,2012
3 syawal 1433

Malaysia....

Tanah airku tercinta
dari lahir terbuka mata
kukenal namamu Malaysia
hasil dari perit jerih
warisan pejuang-pejuang negara
buat daku insan yang ada.

berbagai sejarah yang kudengar
dari moyang yang mempertahankan
demi tanah air yang tercinta
sanggup berkorban jiwa raga
daku tidak pernah mengenal
segala susah payah yang diharung
cuma mendapat hasil keamanan
dari insan-insan yang berjasa

apakah mampu daku membalas
setiap darah merah yang gugur
demi mewariskan kedamaian, kehormanian dan kedaulatan
yang daku nikmati sekarang
dakulah pewarismu...Malaysia
biar berbagai tohmahan dan cacian
padamu Malaysia
biar banyak anasir hitam yang cuba
mengoda pewarismu
tetap tersemat teguh darah merah Tun Teja
yang mengalir berjuang demimu Malaysia.

tidak mudah goyah
tidak mudah mengalah
tidak mudah membelot
dalam hati ini telah terpahat mati
Malaysia...terus dipertahankan
Malaysia...terus hidup
Malaysia...terus aman.


nurul ogos 21,2012
3 syawal 1433

Monday, August 20, 2012

Andai itu mahumu...

Mungkin benar
Dari penjelasan itu
Semua datang dari khilafku
Tidak sedar untuk
Menghargai sekeping hati itu
Dek leka dengan bayangan pelangi
Yang indah selepas hujan
Disinari mentari
Berselerakkan menyimbah alam

Puas mengejar bayangan itu
Namun lelah tersungkur
Tersembam luka menyesal
Sekeping hati itu
Telah diisi dengan cinta simpati
Terabai tidak peduli
Lalu berputik cambah
Bibit-bibit cinta simpati
Lahir dari meneguk di air keruh
Asal dapat puaskan nafsu dendam
Kesumat bermaharajalela.

Andai itu mahumu...puaskanlah kesumatmu.

Nurul. Ogos 20,2012
2 syawal 1433

Jejak-jejak kehidupan...

Jenuh menapak
Jejak-jejak kembali
Menyusuri bekas telapak
Yang terkesan daerah ini
Memula pada awal lagi
Agar tidak terjelepok.

Tanah kelahiran tampak suram
Kembali ke asalnya
Rutin harian yang tidak
Betah kenal jemu bermukim
Digalas segala amanah
Di pundak jemala ehsan
Pada rezeki yang dikais.

Bukan lara hati
Lantas rajuk bertandang
Namun demi masa yang kian
Cemburu terpaksa dijamah jua
Walau hati berat menghiba
Melihat sayu pada wajah tua
Apalah daya jika kudrat
Tidak mengizin sama.

Nurul. Ogos 20,2012
2 syawal 1433

Saturday, August 18, 2012

Salam syawal terakhir...

Salam syawal terakhir...

Syawal ini buat terakhir
Kali menyendiri
Tanpa kasih yang bersemi
Tidak lagi hari yang mulia ini
Merasakan nikmat seperti
Syawal yang lalui
Ke mana tawa dan seri
Syawal dahulu penuh nostalgia nan terimpi.

Cuma kini
Tahmid dan zikir
Di waktu pagi
Beralun penuh emosi
Yang menayat tangkai hati.
Sebak menbuncah bergelora pedih
Menahan seorang diri
Melihat wajah yang dikasihi
Basah lirik mata
Merindu pada yang telah pergi.

Masih hangat belaian tangan itu
Mengusap diubun penuh syahdu
Tersenyum melirik melihat
Sepasang baju kurung indah
Bersalut ditubuh kurusmu.

Mampukah diharungi
Syawal terakhir kali
Hambar pudar cerianya suasana
Yang ada kesuraman kelam
Menyeliputi pagi syawal ini.

Hanya doa kutitip pada kamu yang kukasihi.

Nurul ogos 18,2012
30 ramadhan 1433.

Friday, August 17, 2012

Kau yang kupanggil sayang...

Sayang
terima kasih hadir tika ini
saat diri tenggelam dalam rindu
rindu yang terhimpun lesu
tidak bermaya menyedut udara layu
titis jernih sebak mengalir
melihat senyuman yang indah
dari bibirmu yang merah
huluran kasih kaupamirkan
buat daku yang muram.

sayang
semahunya kupeluk
rakus dirimu
yang menghilang lalu
agar dapat kautahu
betapa ketandusan jiwa
dek gersang yang kering
bagai sahara berpupuk hangat.

sayang
usah berulangkali
cukuplah segala diuji
yang menyeksa diri
tidak termampu menyakiti
hati-hati milikmu yang abadi.

nurul ogos 17,2012
29 ramadhan 1433

Wednesday, August 15, 2012

Meneka dalam kesamaran...

Kekadang hati berguman sendiri
Tersenyum sipu melirik di hati
Duhai sang gerangan rusuk kiri
Dalam kesamaran menjadi teka-teki
Siang malam bertamu ternanti-nanti
Janji Allah itu pasti
Pasrah perjalanan hakiki
Andai sudah tersurat dari Azali

Debaran menari-nari tidak terhenti
Menujah persoalan bermukim di sanubari
Terungkaikah jawapan yang tidak di mengerti
Lantas sujud istikroh dipersetujui.

Masih meneka dalam kesamaran ini
Bayangan wajah tidak jelas diketahui
Redha andai
Itu rencana dari
Sang Pemilik Hati.
Sabar diuji berbagai halangan ditempuhi.

Nurul. Ogos 15,2012
26 ramadhan 1433

Tuesday, August 14, 2012

Buat bernama teman...

Untuk kamu yang kupanggil teman
Mahu aku di sini berbicara
Tentang kita yang kekadang lupa
Siapapun di antara kita
Hanya untuk eratkan pertemanan
Bicara bisu ini untuk kamu teman
Usah tersalah tafsiran
Di dalam kita berteman...

Baikku bukan untuk memikat
Baikku bukan mengoda
Baikku bukan cemburu
Baikku kepada semua yang kupanggil teman
Dalam meniti hari-hari
Kekadang di luar kemampuan
Memenuhi setiap layanan atau berbicara
Usahlah bersangka kurang pandangan
Singgahan maya hanya sekadar maya
Untuk apa terlalu memikirkan.

Datang dan pergi
Lumrahnya alam
Tiada daya untuk disekat kemahuan
Jika baik datang dari Tuhan
Jika sebalik kelemahan yang tidak disedar.

Ruang terhad ini
Aku memohon keampunan dan kemaafan
Nyawa bukan milik kita
Bila-bila masa akan dipanggil tiba.

Salam Ramadhan...salam lebaran
Buat kamu yang ku panggil teman...

Nurul. Ogos 14,2012
25 ramdhan 1433.

Monday, August 13, 2012

Lebaran dalam debaran...

Serasa lebaran ini
membuat kerisauan bertandang
mahu rasanya
tidak mahu pulang
ke tempat lahiran
berbagai gundah bergalau
menari-nari terimbau
dek keceluparan dalam gurau...

soalan bonus

sering terungkai
dalam canda gurau
ada pedih menikam
andai mampu
mahu disumbat
sembilu berbisa
emmmmmm....."bila nak kahwin...
memilih sangat kut....aduhhhh..."

melihat mata bonda

ada sendu di situ
seakan mengerti
hati anak daranya
apakah tidak lagi
kenal rencana Tuhan?
senang berkata-kata
tanpa peduli ada hati yang kecewa...

mahu rasanya kerja lebih masa....


nurul ogos 13,2012

24 ramadhan 1433

Sunday, August 12, 2012

Suasana



Hari raya terasa tiba
semua sibuk menyambut hadirnya
bagai tidak sempurna
jika tiada baju raya.

berlumba-lumba kembali ke tempat kelahiran
tersenyum bahagia ibu dan bapa
walau tiada membawa bekalan
cukup hanya sebuah senyuman ceria.

usah bermegah menayang rupa
ingatlah pada yang serba kekurangan harta
biar disambut cuma sederhana
asal cukup syarat dan sempurna.

bulan mulia bersama sanak saudara
tangan dihulur berjabat salam
ingat wahai semua
hulur sedekah kepada insan seislam.

juadah terhidang berbagai rasa
hati-hati dalam menjaga makan
usah dibedal segala ada
perutmu baru nak mulakan tugasan
setelah berehat sepanjang sebulan.


selamat hari raya buat semua warga maya
mungkin bicara sepiku tidaklah seindah
namun kuhulurkan kemaafan pada semua
halalkan segala ilmu yang sudah-sudah.

nurul ogos 23,2012
23 ramadhan 1433

Andai Rindu Menyapa

Puas dikeman menjadi kejap
namun terlucut jua berselerakkan
terlerai satu persatu
disapa sang bayu lalu
terbang mengikut haluan
entah hilang dari pandangan kelam.

termanggu membisu

tidak lagi seceria dahulu
bait-bait bisu
yang dahulu meriah
kini sepi ketandusan berlagu
senandung sumbang pincang
tiada kena irama dan aksara.

singgah berlalu

bermusim tidak berbunga sakura
pupus salji cair mengalir
pergi...berlalulah sendiri
ketemu nanti di lautan hati.

tolehlah di sini...andai rindu menyapa nanti...



nurul ogos 12,2012

23 ramadhan 1433